Chapter 36

791 87 26
                                    

Let's rewind, shall we?

30 minit lepas...

"Should I make something to drink?"Omelku, sendirian.

Aku melihat setiap bahan yang aku ada.

"Alahai, takde soda la pulak"Kataku sambil mencebikkan bibir.

Baru fikir nak buat air buah berkarbonat yang baru sahaja aku layari dari Youtube.

"Terpaksa la keluar, aku ni dah la jenis pemalas"Omelku lagi sebelum mendaki tangga untuk menukar pakaian.

Setelah selesai memakai pakaian yang sopan, aku keluar dan mengunci pintu sebelum membawa kereta keluar daripada perkarangan rumah. Aku tidak lupa juga untuk mesej Nik bahawa aku keluar untuk membeli barang.

Sekarang...

Serius aku menyesal keluar sekarang ni.

"Sara buat ape dekat sini?"Tanya lelaki jahanam yang berada di hadapanku ini.

Kau nampak aku buat apa, baiki jamban tersumbat ke? Kang aku jawab camtu berdosa pulak.

"Beli barang"Kataku dengan nada yang bosan.

"Suami Sara mana?"Dia memandang persekitarannya.

"Kerja"Kataku, sepatah. Malas untuk memanjangkan ayat lagi.

"Whaaat? Sepatutnya suami la kena teman isteri dia shopping. Itu ke lelaki sejati?"Tanya Hakim dengan nada mengejek.

Hahaha shut your freaking mouth!

Urat merah muncul di dahiku.

"Suami saya mencari rezeki untuk saya. Saya sebagai isteri kena la tolong dia dalam hal rumah. Apa function saya sebagai isteri dia?"Aku menekankan perkataan 'suami', biar dia sedar bahawa aku sudah melupakan tentang masa silam kami berdua.

Aku sudah tidak terasa selesa tatkala Hakim merenungku. Mata tu aku cucuk satgi kang!

"Then, I'll be going. Saya nak masak untuk suami saya"Kataku setelah aku mengambil barang yang diperlukan sebelum membelakangi Hakim.

Tiba-tiba aku terasa seperti sebuah tangan menggenggam lenganku. Aku memandang manusia yang berani menyentuhku, nasib baik dia tidak memegang kulitku.

"Let. Go!"Aku menjeling Hakim yang tersenyum sinis manakala aku cuba untuk menarik lenganku.

"What's the rush? Suami Sara takkan la balik awal kot?"Hakim mengangkat kening sebelahnya sambil mendekatkan dirinya ke arahku menyebabkan bulu romaku menaik.

Aku teringat apa yang diajar oleh sepupuku Aliff.

"Remember, if a guy hold your hands too tight and you can't escape, kick where the testis is..."

'At his nuts!'

Aku menendang bahagian di mana sperma dihasilkan. Mata Hakim terbeliak sebelum dia terjatuh dan memegang bahagian bawahnya yang sakit. Aku mengambil air soda tanpa menghiraukan Hakim yang mengerang kesakitan.

"Y-You!"Aku memandang ke arah Hakim dengan senyuman sinis.

Padan muka kau, setan!

Aku terus beredar ke arah kaunter pembayaran dengan hati yang gembira.

Nik POV

Aku masih lagi berada di dalam pejabat sambil menjeling ke arah dokumen yang menggunung di hadapanku.

"Pa, Rish nak kena siapkan harini jugak ke?"Aku memandang ke arah bapaku yang menghirup kopinya dengan tenang.

"Kamu taknak balik ke?"Bapaku mengangkat kening sebelah sambil menghadiahkan senyuman sinis. Sekarang aku faham perasaan Fahmi.

Encik Headprefect SengetWhere stories live. Discover now