Chapter 39

535 44 0
                                    

Pagi Subuh telah pun menjelma. Aku sedang membaca buku sementara aku menunggu Nik untuk habis solat Subuh.

"Kenapa awak tak makan lagi?"Aku mengangkat muka dan memandang ke arah Nik yang baru sahaja turun.

"Saya tunggu awak la, boleh jugak bergosip sebelum awak pergi ke kerja"Aku tersengih manakala Nik hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.

"Nak gosip apa je? Saya ni mana ada benda nak gosip"Kata Nik sebelum dia melabuhkan punggungnya di sebelahku.

"Rancangan awak dengan Ryl la, apa lagi"Aku menjongketkan kedua keningku.

"Awak tanya la Ray, dia jugak master mind"Aku mencebikkan bibir.

"Dia mana nak kongsi, dia takut saya cerita dekat Hani la tu"Terangku.

"And awak takkan cerita?"Nik mengangkat kening sebelah.

"Unless Ryl beri kebenaran, of course saya takkan cerita"Aku mengangkat kedua belah tanganku manakala Nik hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Tak sempat pon kalau saya nak cerita, balik nanti saya cerita"Aku mencebikkan bibirku menyebabkan Nik mencubit pipi kiri milikku sambil tersengih.

"Balik nanti saya belikan udon dari Family Mart, nak?"Mataku bercahaya tatkala mendengar nama makanan yang sudah lama aku tidak makan.

"Okay!"Kataku dengan perasaan gembira manakala Nik tertawa kecil.

Setelah kami selesai makan, Nik akhirnya keluar untuk pergi ke kerja manakala aku mula mencuci pinggan. Tiba-tiba telefon pintarku berdering.

"Hello?"Tanyaku setelah aku menekan punat hijau serta pembesar suara kerana aku masih lagi sibuk mencuci pinggan.

"Eryn~!"Kedengaran suara Fatin di dalam talian.

"Oh Fat, lama tak call aku"Kataku tanpa memandang ke arah telefon pintar milikku.

"Sorry la, kitorang kan busy nak selesaikan segala barang untuk nikah"Terang Fatin.

"Then, asal call?"Tanyaku.

"....because I miss you?"Aku menggulingkan bebola mataku.

"Nice try but I know you lied"Kataku menyebabkan Fatin tertawa kecil.

"Okay fine, aku nak mintak kau jadi jurugambar tak bergaji kitorang time nikah nanti"Terang Fatin.

"No money, no talk"Kataku dengan selamba.

"Amboi~ Nik tak bagi duit dekat kau ke?"Kedengaran suara Farah di dalam talian.

"La, kau pon ada. Asal diam je dari tadi?"Tanyaku.

"Aku tengah makan, lapo tau tak?"Aku tertawa kecil.

"Kau tak tau Eryn, minah ni dah bertimbun nasi yang dia telan macam tak makan seabad"Terang Fatin dengan suara yang kuat.

"Eh aku luku kepala kau tu, nanti tak dapat nak menikah"Marah Farah dari dalam talian.

"Takpe la kalau macam tu Far, boleh la duduk berduaan dengan bakal suami kau je"Kataku sambil tersengih.

"Ha'ah kan? Bijak jugak idea kau tu"Kata Farah.

"Farah!"Aku tergelak bersama dengan Farah.

"Anyway, aku dengar ex kau buat hal"Aku mengeringkan tanganku setelah aku selesai mencuci pinggan.

"Husband to be kau yang cerita kan?"Tanyaku dengan senyuman sinis walaupun aku tahu Farah dan Fatin tidak nampak riak wajahku.

Encik Headprefect SengetWhere stories live. Discover now