Chapter 42

460 35 5
                                    

"Eryn, tak perlulah nak masam muka macam tu"Tegur Nik yang memandu kereta manakala aku masih lagi memandang ke arah luar.

"Dorang pon ada sekali, cemana saya nak suka? Confirm dorang report dekat opah"Kataku dengan nada yang bosan.

"Macam la opah nak marah awak, cucu kesayangan dia pulak tu"Nik memandangku daripada ekor matanya.

"Hah! That will be Ryl actually. Kalau saya dengan dia dalam kebakaran, opah akan pilih untuk selamatkan Ryl"Kataku sambil tertawa kecil.

"Eh tak baik cakap macam tu. Tapi kalau betul pon, saya la yang akan selamatkan awak"Ceh, sempat lagi nak flirt.

Akhirnya kami sampai di hadapan rumah kampung yang moden milik opah. Aku dan Nik keluar daripada kereta.

"Oi, baru nak sampai ke?"Tegur Elina yang baru sahaja membuka pintu rumah.

"Traffic buat hal la"Kataku sambil tersengih.

"Yan mana?"Tanya Elina.

"Dia sibuk, nanti petang baru sampai katanya"Kata pula Nik yang muncul di belakangku.

"Eh mak ngah mana?"Tanyaku pula.

"Parents aku gi dating berdua dekat Langkawi"Elina mencebikkan bibirnya manakala aku tergelak.

"Sama la kita, parents aku gi bercuti sebab dah lama papa tak rehat daripada company dia"Terangku sambil menggelengkan kepala.

"By the way, opah ada dekat dalam ke?"Tanyaku.

"Berbual dengan Fadhil"Oh ya, Fadhil merupakan suami slash crush lama Elina.

"Yang lain dah datang ke?"Tanyaku lagi sambil membuat muka.

"Alhamdulillah dorang tak sampai lagi"Aku melepaskan nafas yang lega.

"Nanti kitorang tidur dekat mana?"Tanya Nik.

"Korang tidur dekat bilik yang dekat dengan dapur"Kami hanya akur sebelum kami mengeluarkan barang daripada kereta dan berjalan masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum!"Kata kami berdua.

"Waalaikumussalam, Eryn dah sampai rupanya"Tegur opah sebelum aku berjalan ke arahnya dan menyalam opah.

"Opah sihat?"Amboi, nak ambik hati opah ke tu?

"Alhamdulillah opah kuat lagi, nak opah buka langkah silat ke?"Aku tergelak. Dia macam tetiba benda random yang tak disangka keluar daripada mulut opah.

"Uih jangan opah, takut dengar bunyi tulang retak je. Kus semangat nanti"Tegur Elina menyebabkan opah mencuit lengan Elina yang tergelak besar.

"Bertuah punya cucu"Kata opah sambil menggelengkan kepalanya.

Walaupun opah sudah masuk 100 tahun, semangat opah masih lagi membara seperti orang muda.

"Rayyan mana? Tak datang sama-sama dengan kamu berdua ke?"Tanya opah setelah Fadhil membantu opah untuk duduk di atas sofa yang terdekat.

"Dia tengah siapkan kerja, nanti petang macam tu baru dia datang sini dengan isteri dia"Terang Nik.

"Haih, kerja lagi penting dari opah ke?"Mampos kau Ryl, opah merajuk.

"Dia kerja untuk cari rezeki, opah. Lagipon cucu kesayangan opah kan ada dekat sini?"Elina meletakkan dagunya di atas kedua tapak tangannya sambil mengelipkan matanya ke arah opah.

"Kesayangan apa? Kamu tu jatuh tempat keempat, tahu?"Mata Elina terbeliak luas manakala aku menahan tawaku.

"Opah lagi sayang Mia dari Eli? Eli yang baik lagi sopan ni?!"Elina memegang dadanya seperti dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh opah.

Encik Headprefect SengetWhere stories live. Discover now