Chapter 35

1.3K 108 23
                                    

Aku turun ke dapur setelah selesai solat Subuh berjemaah bersama dengan Nik. Aku membuka kabinet untuk mengeluarkan bahan memasak.

"Nak masak lempeng ke atau masak nasi?"Omelku, sendirian.

"Need a hand?"Aku memandang ke arah belakang.

Kelihatan Nik berjalan ke arahku.

"Bukan awak nak pergi kerja ke?"Tanyaku, pelik.

"Start kerja lambat lagi, baik saya tolong awak. Lagi berfaedah, ya tak?"Nik mengangkat kening sebelahnya sambil tersengih.

"Ha kalau macam tu, awak terasa nak makanan benda berat or ringan?"Tanyaku.

"Kalau saya nak awak je tak boleh?"Aku memukul lengan Nik dengan pantas menyebabkan Nik tergelak.

"Awak nak kena baling dengan toaster ke? Jangan nak buat hal"Aku menjeling ke arah Nik dengan mukaku yang terasa panas dek kerana malu dengan apa yang dikatakan oleh Nik.

"Masak lempeng jelah, takut mengantuk pulak time kerja nanti"Aku hanya akur sebelum mengeluarkan tepung dan sudu penyukat.

Skip

"Saya gerak dulu"Aku menganggukkan kepalaku sebelul menyalam tangan kanan Nik.

"Kerja baik sikit, jangan overwork pulak. Paling utama, jangan tak buat kerja dan lebih kepada berbual dengan kawan awak"Nik tersengih.

"Tau je"Aku menjeling ke arah Nik manakala dia tergelak kecil.

"Yelah, saya kerja tujuh puluh peratus dan tiga puluh peratus saya berbual dengan member"Aku hanya akur sebelum Nik beredar keluar daripada rumah.

"Now then, what should I do?"Omelku, sendirian.

"Nak kacau Ryl ke eh? Tapi mamat tu kerja dekat office papa pulak. Kalau kacau Hani, dia keluar dengan abang dia"Keningku berkerut tatkala memikirkan apa yang boleh aku lakukan.

"Takpe la, aku belajar buat dessert buah"Kataku dengan gembira. Kalau aku dah ada dapur sendiri, memang senang la nak buat apa je dengan dapur aku tu. Kalau kotor ke, terbakar ke, aku takkan kena cubit dengan mama aku.

Aku terus berjalan ke arah dapur untuk mencari bahan untuk membuat snek yang sesuai untuk hari yang panas.

Skip (Nik POV)

"Urgh!"Fahmi meletakkan kepalanya di atas meja.

Kami berempat berada di dalam kafe yang berada berdekatan dengan syarikat milik Rayyan.

"Kau dah kenapa?"Tanya Rayyan, bosan.

"Aku tadi check dokumen yang ayah aku bagi while dia duduk chill sambil hirup kopi. Sakit kepala aku"Kata Fahmi tanpa memandang ke arah kami.

"Aik, korang tak busy ke dengan persiapan nak nikah?"Aku mengangkat kening sebelahku.

"Mak kitorang kata tak payah nak risau, dorang suruh kitorang risau dengan duit je. Kang takde duit pulak untuk anak"Kata Danish sebelum dia menghirup teh ais miliknya.

"Asal kau chill sangat part anak tu?!"Jerit Fahmi dengan mukanya yang sedikit merah kerana malu tentang subjek anak.

"Kau fikir waktu aku first dengar pasal anak tu pon aku tak malu ke?"Danish menjeling ke arah Fahmi.

"Awal betul parents korang fikir pasal anak"Kataku.

"Tulah masalah dia, lagi la aku rasa gelabah dengan tarikh nikah ni pon yang nak dekat"Fahmi mengusutkan rambutnya.

"Jangan gelabah macam Eryn pulak, tangan tu menggeletar je time dia nak sarungkan cincin dekat jari aku"Aku tertawa kecil tatkala mengingati adegan itu.

Encik Headprefect SengetWhere stories live. Discover now