Chapter 23

3.5K 221 49
                                    

Aku bangun daripada mimpiku setelah terdengar bunyi telefon pintar milikku.Aku melihat jam sebelum bangun daripada perbaringanku dan ke arah tandas.

Setelah habis solat,aku membangunkan Elina.

"Ape?"Tanya Elina dengan suara seraknya.

"Gi mandi,lepas ni kita gi jalan² kat kawasan kampung"Elina mengeluh sebelum bangun dan beredar ke tandas.

Kami keluar daripada bilik setelah memakai tudung.

"Eh,kenapa kamu bangun awal ni?"Tanya opah,pelik melihat kami.

"Saje,boleh gak tolong opah dekat rumah ni sebelum kitorang jalan² kat luar"Kataku sinis.

"Ha bagus la tu,tolong opah bungkus nasi lemak ni"Kami hanya akur lalu duduk di atas meja dan mula membuat kerja.

"Kenapa opah buat banyak sangat ni?"Tanya Elina pelik.

"Opah selalunya bagi nasi ni kat kedai Pak Tam untuk jual"Kami hanya menganggukkan kepala sahaja.

"Amboi,rajin betul kamu berdua ni"Kami tersengih ke arah mamaku.

"Dah solat ke belum?"Aku menganggukkan kepalaku.

"Ais Batu Campur"Kata Elina sinis.

"Eww,kau jangan samakan dengan ABC favourite aku boleh tak?"Elina tergelak manakala opah dan mamaku hanya menggelengkan kepala.

"Yan mane,ma?"Tanyaku.

"Yan dengan Aliff tolong papa kamu dekat kebun"Aku menganggukkan kepalaku.

Akhirnya sepupu yang paling kami tidak gemari keluar daripada bilik.

"Ha Mia,macam baru bangun aje ni.Dah solat?"Tanya opahku.

"Mia tak boleh"Kata Mia sambil menguap.

"Aik,minggu lepas pon Mia bukan tak boleh ke?"Tanya opah pelik.

"Mane la Mia tau,hish!"Kata Mia sebelum masuk ke dalam tandas.

"Apekebenda la,kurang ajar dengan opah lak tu"Kata Elina sambil menjeling ke arah tandas.

"Opah,nak Eryn smackdown die?Eryn ade tali pinggang hitam"Bisikku ke arah opah.

"Tak payah la,tak baik berdendam"Kata opah.

"Ape lak opah,die tak hormat opah kot.Kena la ketuk kepala die biar die ingat sape opah ni"Opah hanya menggelengkan kepala sahaja.

Setelah selesai,opah mengarahkan aku dan Elina untuk menghantar nasi lemak ke kedai Pak Tam.Kami terus berjalan ke arah kedai Pak Tam yang juga merupakan tempat lepak kaum adam.

"Kenapa la dorang tak balik aje?Menyemak la"Kata Elina geram.

"Dah dorang pon keluarga kita,nak buat cemana lagi"Kataku.

Akhirnya kami sampai di kedai Pak Tam.

"Eh Eli,Eryn,dah besar kamu ni.Makin cantik"Tegur isteri Pak Tam.

"Beshe je"Katak Elina sambil tersengih.

"Ini opah ade buat nasi lemak"Kataku sebelum menghulurkan plastik.

"Terima kasih,tunggu kejap ye?Makcik nak ambik duit semalam"Kami hanya akur lalu duduk di kerusi yang telah disediakan.

"Rindu gile dengan tempat ni"Kataku.

"Tu ah,tempat ni ah kita selalu lepak lepas main kat kebun"Kata Elina.

"Pastu mandi sungai"Kataku.

"Tangkap serangga"Kata Elina sinis.

"Aku nak jadi budak² balik boleh tak?"Tanyaku manakala Elina tergelak.

Encik Headprefect SengetWhere stories live. Discover now