Penggal ini
Penggal ke-14 kerajaan Malaysia
Penggal yang telah
Memenggal kepala rakyat
Kerana rakusnya pemimpin
Akan kuasa
Yang tak bawa masuk kubur punPakatan Harapan, katanya
Menang atas dasar fitnah
Menang atas dasar janji manis
Menifesto melangit
Menjangkau ke Kerajaan LangitAnak muda termakan janji
Yang anyaya tua dan kecil
Semua masalah tiada dialog lain
"Kerajaan dulu," kata tiada henti
Janji yang diberi
Tak mampu ditanggung lagi
"Menifesto bukan kitab suci"
Tanda pemimpin semua munafik!Kabinet Kerajaan Persekutuan
Lantas huru-hara
Kerana terbubar
Yang Di-pertuan Agong bijak sana
Kerajaan baharu dibentuk
Pakatan Nasional namanyaMalang, seribu malang
UMNO datang membuat hal
Entah apa yang merasuki
Gila kuasa?
Gila perhatian?
Gila sokongan?
Entahlah!Kalau kerajaan ini jatuh lagi,
Demi Allah dan Rasul!
Tak akan ada lagi YB berparti
Penggal ke-15 Kerajaan Malaysia
Di dalam Parlimen
Di dalam Dewan Undangan Negeri
Semua kerusi
Bebas yang miliki!4 haribulan Ogos 2021
Rabu
YOU ARE READING
Bagai Nombor Binari: Sebuah Antologi Puisi
PoesieHasil Tulisan Tokku Dakwat Tumpah Al-Johori. Saya akan tulis sedikit, demi sedikit. Mana yang ingat, atau terilham, barulah saya tulis. Kalau hasil penulisan saya kurang memuaskan, komen lah kerana saya orang baru belajar