Hatiku bagai ombak yang redam
Redam dihempas bebatuan pantai
Laraku lama sudah aku tanggung
Laraku membelenggu, sesak nafasku
Menyeksa jasadku, meruntun batinkuDuhai langit malam
Tatakala gelap-gelimat menyelubungiku
Yang kelihatan bintik titik nur dilangit itu
Berserakan yang terang dan malap lalu hilang
Aku tertanya-tanya
Disana adakah ada yang sepertiku?
Adakah kalian sudi mendengar luahku?Pantai Duka ini sudah penuh
Dengan mayat Yang Tersiksa Batin Kalbu
Matinya di telan lautan bernama Laut Rindu
Duhai langit malam
Engkau saksi semua ini
Kerana pekikanku tiada manusia peduli
Kerana penglihatanku tiada siapa ketahui
Saksikanlah, kemerapuan, bahana celaka
Kemeranaan yang menuntut manusia mati
Mati membunuh diri sendiriDepanku Teluk Kekosongan Kalbu
Airnya selalu gelora, karangnya tajam
Jasad siapa tersangkut di situ
Tiada siapa mengetahuinya
Melainkan langit malam
Dan penghuni Pantai Duka
YOU ARE READING
Bagai Nombor Binari: Sebuah Antologi Puisi
PoetryHasil Tulisan Tokku Dakwat Tumpah Al-Johori. Saya akan tulis sedikit, demi sedikit. Mana yang ingat, atau terilham, barulah saya tulis. Kalau hasil penulisan saya kurang memuaskan, komen lah kerana saya orang baru belajar