Saudara dan saudari
Biar berseni dari suka hati
Bukan berseni dalam cedera hatiSeni perlukan hati
Dari hati bergeraklah diri
Baik dari tangan
Baik dari mulut
Baik dari kaki sampai ke badanKita harus ingat
Seni perlukan keringat
Seni perlukan semangat
Seni perlukan sahabat
Seni perlukan ditingkatNamun
Mereka manusia biasa
Ada tarikh luputnya
Luput ingat
Luput kudrat
Manusia juga
Akan terlupa usaha merekaKetahuilah
Mereka adalah insan
Yang mewarnakan dunia
Dalam mereka tahu
Karya mereka
Akan terkubur bersama mereka
Tanpa mereka
Siapalah kita
YOU ARE READING
Bagai Nombor Binari: Sebuah Antologi Puisi
ŞiirHasil Tulisan Tokku Dakwat Tumpah Al-Johori. Saya akan tulis sedikit, demi sedikit. Mana yang ingat, atau terilham, barulah saya tulis. Kalau hasil penulisan saya kurang memuaskan, komen lah kerana saya orang baru belajar