Aku pernah mendengar
Seorang YB berkata di dalam dewan
"Bersetuju tak"
"Remaja yang bunuh diri"
"Mereka terdorong"
"Dengan drama Korea"Duhai tuan!
Sikapilah tuan dalam berkata!
Jangankan kerana nila setitik
Dirosakkan susu sebelangaTuan Yang Behormat
Saya yakin tuan salah kata
Pada kaca mata saya
Bukan lakonan yang punca
Tetapi,
Suara lunak menjadi penentang nyata
Tetapi lagi,
Itu bukan punca nyata
Sebaliknya ada yang tak cerdik belaka
Walau Tuhan berikannya otak
Tetapi tidak di gunakannyaSikapilah tuan!
Remaja boleh musnah dek anasir luar
Tetapi ingatlah tuan,
Perangai tak Mumaiyiz tuan-tuan
Punca remaja muak
Dalam menyintai watanMaka sebelum menyalahkan anasir
Salahkanlah dulu diri tuan
YOU ARE READING
Bagai Nombor Binari: Sebuah Antologi Puisi
PoesieHasil Tulisan Tokku Dakwat Tumpah Al-Johori. Saya akan tulis sedikit, demi sedikit. Mana yang ingat, atau terilham, barulah saya tulis. Kalau hasil penulisan saya kurang memuaskan, komen lah kerana saya orang baru belajar