Berapa ramaikah
Yang hilang arah
Dalam musafirnya
Tatkala dia terpedaya
Dengan pekan yang cantikKeesokkannya
Apabila dia tersedar
Yang menemaninya
Hanya debu pasir
Di padang pasir yang tandusBekal airnya dilihat
Tinggal sedikit
Padahal
Tiada pekan mahupun penempatan
Sejauh mata memandangEntah apa nasib
Dia hampir mati
Atas rahmat Tuhan
Dia berjumpakan bangsa nomad
Yang baru tiba di situSejak itu
Dia mula menyusun arah
Agar dia
Tidak sesat dalam musfirnya lagi.
YOU ARE READING
Bagai Nombor Binari: Sebuah Antologi Puisi
PoetryHasil Tulisan Tokku Dakwat Tumpah Al-Johori. Saya akan tulis sedikit, demi sedikit. Mana yang ingat, atau terilham, barulah saya tulis. Kalau hasil penulisan saya kurang memuaskan, komen lah kerana saya orang baru belajar