Bab 12 ~ Ikhlas ~

5.3K 334 54
                                    

PELUH dingin membasahi tubuhku. Bukan itu saja, aku turut menggigil ketakutan. Memandang kosong setiap manusia yang lalu-lalang. Naura masih lagi mendapatkan rawatan kecemasan. Sekuat mana sekalipun aku cuba berfikiran positif, ia langsung tak membantu. Peristiwa tadi diibaratkan sebagai mimpi ngeri yang tak mungkin aku lupakan.

Aku sedar itu bukankan kali pertama aku berhadapan dengan situasi begitu. Sebelum ini, Fathina juga pernah mengelar lehernya di depan mataku sendiri. Namun, momen itu tidak seberat sekarang, kerana doktor yang merawat Fathina hadir tepat pada masanya. Sekurang-kurangnya, beban itu tak harus aku pikul sendirian.

Mataku terpejam, tak mampu membayangkan kisah hitam itu lagi. Air mata yang menitis, aku tepis. Ya Allah, Engkau selamatkanlah Naura. Bagaimana mampu aku tempuhi hidup seperti biasa jikalau teman sebilik sendiri meninggal bersaksikan mata ini? Tak ada orang lain yang boleh dipersalahkan, melainkan aku. Terlalu cuai dalam memahami situasinya.

Sejak pertama kali kami bertemu, Naura sudah menunjukkan simptom orang depresi. Berat badannya yang turun mendadak, tidur telalu banyak dan hilang motivasi ke kelas mahupun belajar. Malah, dia turut menyampai mesej yang dia nak mati beberapa hari lepas. Tapi aku yang terlalu buta untuk nampak semua tu. Aku buta.

"Anak saya mana? Naura! Naura!" laung seorang wanita sejurus memasuki pintu ruangan kecemasan. Itulah ibu Naura, Dr Zetty. Dia hadir bersama suaminya, Dr Mahmud. Mereka berdua merupakan orang hebat. Seorang pensyarah sains dan doktor pakar perubatan yang dihormati ramai. Mungkin sebab itu, Naura dipaksa mengikut jejak langkah mereka.

Aku bangun. Berjalan perlahan mendekatinya dengan penuh debaran. Air mata cuba aku sekat sebaik mungkin daripada menuruni pipi. Di depan keluarganya, aku harus tampil kuat. Jikalau bukan aku, siapa lagi?

"Erm... Doktor tengah check Naura..."

Mata Dr Zetty mengembang. Seolah-olah ingin mengeluarkan bebola api.

Pang!

Terpaku aku seketika. Pipi kanan yang terasa perit, aku sentuh. Terkesima akan tindakan Dr Zetty. Langkah kakiku terdorong ke belakang dek penangan kuat itu.

Dr Mahmud kemudian menarik kasar lengan isterinya yang melakukan cubaan kedua untuk menampar wajahku. Wanita itu meronta-ronta, minta dilepaskan.

"Saya dah suruh awak tengok-tengokkan anak saya kan?! Pelajar course psychology jenis apa awak ni? Berbulan awak kongsi bilik dengan Naura, takkan budak sakit macam tu pun tak nampak, hah?! Dah nyawa-nyawa ikan baru nak sedar!" jerkahnya tanpa mempedulikan orang-orang yang memandang.

"Sa..saya min...ta maaf..." Bibirku terketar untuk meluahkan rasa. Titisan yang jernih yang aku tahan mula menuruni pipi. Begitu berat ujian kali ini. Teramat berat untuk digalas seorang diri. Kenapa aku yang dipilih, ya Allah?

"I don't need your apology. Semua salah awak. Kalau apa-apa jadi dekat anak saya, I'll make sure that someday, you'll be punished accordingly." Habis berkata, dia kemudian cuba menolak bahuku.

Walau aku sudah bersedia dilayan seperti sampah, satu tangan berurat menampar tangan Dr Zetty daripada menyentuh tubuhku.

Kepala aku dongakkan ke sisi, wajah Will hadir, memenuhi pandanganku. Dia kemudian mengambil alih, berdiri tegak berhadapan kedua ibu bapa Naura. Seperti seorang abang yang hendak mempertahankan adiknya.

"Don't mindlessly touch her if you don't wanna book a place in jail."

"Kau siapa nak ajar aku? Hidup baru berapa hari dah nak mengugut orang tua. Biadab."

"She's my master. And believe me, you don't wanna deal with her. 'Cause she's untouchable. Not someone within your reach, old woman." Will melontarkan kata-kata berunsur provokasi.

Pengganti Paling Setia ✔Where stories live. Discover now