Bab 35 ~ Deanna ~

7.3K 379 81
                                    

PINTU besar gedabak milik keluarga Khairul terbuka luas, mempamerkan beberapa orang tetamu yang sememangnya kami nantikan sekian lama. Seorang jejaka sedikit berumur hadir dengan seorang wanita anggun bertudung litup. Wanita itu tampak tak kurang manisnya, selesa memeluk lengan lelaki di sampingnya.

Kening aku terangkat. Bukan itu yang aku jangkakan. Wajah Khairul aku pandang sekilas, sebelum kembali mengamati kedua tetamu yang ditunggu-tunggu itu. Mereka tampil dengan baju sedondon. Isteri daddy Khairulkah? Muda benar nampaknya.

Di belakang mereka, berkumpulnya tiga chipmunks yang sedang tersenyum-senyum. Betullah kata Khairul, ketiga-tiga mereka, Will, Nazrul dan Aaron tengok sekilas pun nampak rapat. Boleh pula buat tayangan usik-mengusik versi sotong kena sambar elektrik di depan pintu rumah.

"Thank God, you guys look good... And healthy....," tutur lelaki itu perlahan. Bersama senyuman tipis.

Sejurus itu, bertemankan suasana hening di dalam rumah agam ini, dia melangkah merapati Grandma Emma dan Grandpa Khalid. Kedua wajah orang yang sudah berjasa itu, dia tatap semahunya.

"What took you so long, Edwin? You want me to die first or..."

"I'm sorry, mom..." Dia mendakap tubuh si ibu yang bakal menitiskan air mata dalam beberapa saat lagi. Belakang tubuh Grandma Emma ditepuk perlahan, menenangkan ibu yang merindui kehadiran anaknya.

Menyaksikan situasi yang sukar difahami itu, aku terpinga-pinga. Dengan muka blur tahap dewa, aku dongakkan kepala. Mahukan penjelasan daripada Khairul.

Dia sekadar tersenyum tipis, gelengkan kepala. Jari-jemari aku diragut, lalu dibawa ke bibirnya.

Selepas drama berpelukan dengan Grandma Emma, Grandpa Khalid, dan Khairul, aku mengeras sendiri di sisi sang suami. Takut. Berdasarkan apa yang Khairul cakap, bapanya merupakan seorang yang serius, garang dan dicampur dengan tegas tahap Giant dalam cerita Doraemon. Kalau tersilap cara, habislah aku. Kena telan dengan serigala jadian.

"So, awak Diana? Betul tak?" Dia menyapa bersahaja.

"Ya... Erm... Ha'ah saya Diana... Ta..tpi panggil Didi je..." Aku menjawab kalut-kalut, bersama debar yang tak terungkap kata. Waktu nak akad nikah dulu pun tak berdebar sebegini rupa.

"Welcome to the family, Didi. It's a pleasure to meet Zen's favourite girl," ucap daddy. Giliran aku pula dipeluk mesra. Siap kucup pipi lagi. Ini kalau tak ambil kira latar belakang keluarga mereka, awal-awal lagi aku dah buat laporan gangguan seksual.

Aku sekadar mengangguk kekok. Haih, susah benar nak biasakan diri dengan keterbukaan keluarga ini.

"This is my wife, Aisha." Daddy memperkenalkan isterinya pula. Seorang wanita yang tinggi lampai, mengingatkan aku kepada ketinggian Elena dan Enne. Genetik galah belaka. Aku pula? Kayu besbol ketot yang tersesat rumah.

"Erm... Mummy Aisha?" Aku tercakap lepas. Mummy? Tak macam tua sangatkah? Tapi... Takkan aku nak panggil Aisha saja kut? Biadab betul tu. Kalau ibu dengar, habis satu mulut aku kena lumur dengan sambal belacan.

Wanita manis itu tampak terpaku seketika. Aku garu kepala, tak sedap hati.

"Saya salah cakap ke?" Aku bertanya sopan.

"Erm... Sebenarnya, kitorang panggil Aisha dengan nama je," beritahu Khairul.

Aku melopong seketika, sebelum menampar perlahan mulut. Patutnya aku tanya dulu. Bukan main ikut sedap saja mengibutirikan orang.

"Erm... Eh... Maaf, Kak Aisha..." Sekali lagi, aku mempamerkan perangai kurang 'bijaksana'.

Krik krik.

Pengganti Paling Setia ✔Where stories live. Discover now