Bab 34 ~ Syurga ~

7.8K 374 67
                                    

"KING? Who is it?" Khairul bertanya kepada kedua lelaki di hadapannya dengan air muka menahan bengang. Dari responsnya saja, dia tampak sangat bencikan gelaran yang baru saja terlantun keluar dari bibir Nazrul. Cerlungan tajamnya mula menikam wajah mereka silih berganti.

"Maaf, King... Erm... Zenith...," balas Nazrul janggal. Seperti tidak biasa menyebut nama itu.

"Abang kenal diorang ke?" Lengan Khairul, aku genggam. Mahu mengalihkan perhatiannya.

Sejurus itu, riak bengangnya memudar. Terus kembali kepada Khairul versi yang aku kenal. Cuma aura serius itu masih berkeliaran.

"These two, you don't have to know them."

Aku pandang wajah tanpa perasaan Nazrul dan Aaron sekilas. Geleng.

"Saya nak tahu jugak. Diorang siapa? Kawan abang ke?"

Khairul menghela nafas. Akur akan pertanyaan aku.

"Aaron ni orang kerja grandpa. Nazrul pulak orang daddy. Diorang berdua rapat dengan Will," beritahu Khairul, acuh tak acuh.

Aku termangu seketika. Setelah sekian lama menanti, muncul juga panggilan 'daddy' dari bibirnya. Adakah ini pertanda baik? Jiwa aku berkobar. Sudah lama aku bersedia untuk bersua muka dengan bapa mentua aku.

"Daddy? Daddy abang? Dia ada dekat Malaysia?"

"Ha'ah," jawabnya pendek.

King? Sekejap, aku teringatkan sesuatu. Edwin King! Ya, aku dah ingat. Nama penuh Khairul ialah Khairul Zenith bin Edwin King. Maknanya, King ialah nama daddy Khairul. Ianya tidaklah terlalu mengejutkan kerana Grandma Emma sememangnya merupakan orang kelahiran Kanada. Tak peliklah kalau dia dan Grandpa Khalid menamakan anaknya sedemikian rupa. Nasib baik nama adik-beradik Khairul tak adalah kedengaran 'barat' sangat.

"Edwin dah lama tunggu you, King. Dia dah tak sabar nak jumpa wife you."

"I've warned you a couple of times, Naz. Stop calling me King." Khairul bersuara lantang, berbaur amaran keras.

"Apa ni, abang?" tegurku. Cuba meredakan situasi yang tampak tegang itu. Lagak Khairul sedikit sebanyak menakutkan aku. Sisi dia yang ini nampaknya terjaga rapi. Sehingga tak pernah sekalipun dia tonjolkan sikap kasarnya.

"Kita balik."

Khairul menarik pantas tangan aku agar membuntuti langkahnya. Namun, aku berkeras untuk membincangkan soal itu. Cengkaman tangannya aku rentap kasar. Geram. Susah sangatkah nak bicarakan hal sebenar?

"Tak nak. Abang explain dulu. Kenapa diorang panggil abang King sedangkan tu nama daddy abang? Lepas King, apa pulak? Prince? Lusa tulat nanti jadi anak Agong terus!" Aku memberontak.

"Balik, Diana," ujar Khairul. Tak mempedulikan bicara aku sama sekali.

"Tak nak. Selagi abang tak explain, saya tak nak balik." Aku berjalan kembali ke meja makan, lalu melabuhkan punggung di situ.

"Okay, fine. You duduklah sini dengan diorang. Jangan risau, diorang memang pakar jaga jenis manusia yang tak dengar cakap macam you."

Aku tercengang. Terpinga-pinga memproses kata-kata Khairul yang kedengaran begitu kasar. Tatkala Khairul melangkah pergi begitu saja, tanpa sebarang pujuk rayu yang sering didendangkan di telinga aku, empangan air mata aku bertakung.

"Puan Diana..."

Aaron terdiam apabila ternampak titisan jernih bak mutiara kehilangan seri meluncuri pipi aku.

Pengganti Paling Setia ✔Where stories live. Discover now