Bab 10 ~ Out ~

5.5K 352 43
                                    

MALAM menjelang, aku banyak habiskan masa di bilik Manis. Nak siapkan kerja khusus berkumpulan. Yang pasti, Adi memang sah-sah tak boleh datang ke asrama perempuan melainkan dia tukar jantina. Oleh itu, kami banyak berkomunikasi dengannya melalui group WhatsApp.

Hazel pula... Huh, jangan mimpi dia nak munculkan diri. Mimpi pun belum tentu jadi kenyataan. Malas nak kisah, asalkan dia dan Aiden siapkan kerja, itu dah lebih dari cukup. Bersyukur juga sebenarnya. Nasib baik lepas kena gertak hari tu, kerja mereka tetap jalan.

Pintu bilik aku buka seperlahan mungkin, nak elakkan Naura terjaga. Bukan apa, sejak dua menjak ni, dia macam susah nak tidur malam. Dek kerja yang bertimbun, dia makin kerap berjaga sampai lewat malam. Tapi yang stresnya, siang tidur pula tak ingat ke dunia.

Plastik berisi nasi goreng yang aku pesan di kafe tadi, aku tempatkan di atas meja belajarnya.

"Awak dah balik?" tegur Naura yang bangun tiba-tiba, menenyeh-nenyeh matanya.

"Ha'ah. Sorry. Awak terjaga sebab saya ke?"

"Taklah. Lapar. Tu awak belikan untuk saya eh?" tanyanya ceria. Jari telunjuk ditujukan pada bungkusan nasi tersebut.

Aku angguk. Lega melihat riak respons positifnya. Mahal betul senyuman teman sebilik aku tu. Elok sangatlah laga kepala dengan Khairul. Sama-sama lokek nak tunjuk ekspresi macam manusia biasa.

"Temankan saya makan kejap boleh?"

Senyuman lebar terukir di bibirku. Kami kemudian berjalan ke ruangan kecil di hadapan pintu bilik. Jam sudah terpacak 11 malam. Sebelum mengambil tempat di sisi Naura, aku terlebih dulu membuka pintu. Nak hilangkan sikit rasa bahang.

Tak banyak bercakap, aku perhati tindak-tanduknya. Satu demi satu suap nasi goreng diisi ke dalam mulutnya. Kami jarang berbual santai macam roommate yang lain. Masing-masing ada jadual yang berbeza, sebab tu susah nak bersua muka selalu. Bercakap pun bila perlu saja. Namun, aku tetap biasakan diri belikan makanan untuknya.

Biasalah Naura, bila dah belajar, kafe pun dia tak nampak dah. Kalau ada seratus pelajar macam dia, boleh gulung tikar segala kafeteria di universiti kami. Sejurus menelan suapan terakhir, bekas makanan itu diikat kembali, lalu ditolak ke tepi. Kepala didongakkan, menatap ke langit yang dihiasi butiran bintang-bintang.

"Didi..." Dia panggil perlahan. Tersenyum hambar.

"Hmm..."

"Lately ni kan, saya rasa penat sangat belajar. Rasa macam nak give up je. Kalaulah saya tahu ambik degree akan jadi sesusah ni, saya tak nak sambung belajar terus. Tak habis-habis dengan kerja dan assignment. Kalau macam ni, baik mati lagi bagus. Tak payah nak stres-stres dah," luahnya panjang berbanding hari biasa.

Mulutku terkunci seketika. Sedikit tersentak dengan pengakuan jujurnya.

"Inilah asam garam belajar, Naura. Tak ada yang mudah. Tapi kan... Apa yang buat awak fikir mati lebih baik daripada hidup?" Aku bertanya pula.

"Bila mati, saya dah tak payah nak fikirkan expectation family, kawan-kawan, pak cik mak cik apa semua ni. Saya tak perlu sambung belajar dalam bidang yang saya langsung tak minat. Parents saya dapat apa yang diorang nak, tapi saya... Saya rasa masa depan saya dah gelap. Segelap-gelapnya...."

Keluhan berat, aku hembus perlahan.

Sebelum ini, aku ingatkan Naura benar-benar meminati bidang yang dia ambil. Ternyata, tanggapanku salah. Sekarang, terjawablah kenapa dia selalu sangat nampak lesu dan tak bermaya. Mempelajari sesuatu bidang yang tidak diminati bukanlah mudah, perlukan keazaman yang kuat. Apatah lagi hidup dikelilingi ekspektasi manusia.

Pengganti Paling Setia ✔Where stories live. Discover now