Bab 45 ~ Weird ~

7.7K 377 62
                                    

GELAK berhantu aku menggegarkan segenap rumah. Darisa yang sedang bermain dengan patung cumi-cuminya terlihat sedikit terkejut, sebelum turut mengikut rentak tawaku. Belahan jiwa aku dan Khairul itu lantas berlari-lari anak dan memeluk erat kaki aku. Mentang-mentang sudah boleh berjalan, nak duduk sekejap pun tak boleh.

Aku pula yang termengah serupa ayam nak kena sembelih, kejar dia ke hulur ke hilir.

"Hello daddy's sugarplum and mummy's little girl!"

Tubuh genitnya yang semakin memberat itu, aku angkat. Pantas saja lengan pendeknya meliliti leher aku.

"Ma...ma...," panggilnya dengan pelat comel.

"It's mummy, sayang." Aku betulkan tutur katanya.

Pantas benar dia mula bercakap. Rasa macam baru lahirkan saja, tup-tup sudah boleh keluarkan suku kata pendek dan boleh memahami bicara orang. Kata Mummy Anna, mungkin ikut Khairul. Perkembangan pertuturan Khairul sewaktu bayi dulu pun lebih cepat berbanding adik-beradiknya yang lain.

"Dy? Dy na?"

"Daddy pergi kerja sekejap, sayang. Rambut Darisa ni siapa ikat, hmm?" soalku sambil menahan senyum. Sejujurnya aku sudah mampu meneka pelakunya. Seorang saja dalam dunia ni yang ikat rambut anak sekusut itu, serupa baru lepas bergaduh dengan anak jiran sebelah.

"Dy la kat...," beritahunya manja, menongkatkan dagu kecilnya ke bahu aku.

"Didi, ibu balik dulu ya. Dah kamu nak pergi kenduri kawan, ibu nak pergi kenduri mak long kamu."

Aku tarik muka. Sebek.

"Alaa... Kejapnya ibu stay sini..."

"Jadilah tu. Lusa pun adik-adik nak sekolah dah."

"Okeylah..."

"Darisa, meh sini dekat mak tok."

Tanpa teragak-agak, anak kecil itu terus mendepakan tangan agar disambut neneknya.

Dengan berat hati, aku terpaksa melepaskan keluarga aku pulang. Dapat luangkan masa berkualiti bersama mereka pun sudah memadai. Darisa pun bukan main seronok bermain dengan Pak Ngah Daniel dan Mak Su Dalia semalaman.

Bicara akhir aku dan ibu membuatkan aku tersenyum.

"Khairul ke yang ikat rambut dia?" Sengaja aku bertanya kepada ibu pula. Manalah tahu jikalau Darisa main iyakan saja.

"Ha'ahlah. Waktu kamu mandi tadi, Khairul kalut nak pergi office. Budak ni pulak merengek nak ikut, siap bawak sebakul getah rambut, suruh daddy dia ikatkan."

Aku sekadar gelengkan kepala. Masih tak mampu matikan senyumku.

"Haih, perangai siapalah dia ikut... Mummy Anna cakap perangai Khairul tak clingy macam tu pun waktu kecik-kecik dulu."

Ibu kecilkan mata. Menatap wajah aku dengan riak yang sukar digambar kata.

"Siapa lagi? Kamulah!"

"Eh..."

"Tak payah nak eh-eh sangat. Khairul pun cakap dekat abah yang dia kena layan dua Diana sekarang ni."

Aku tergelak lagi. Ops...



"CONGRATS, guys! Selamat melayari bahtera perkahwinan! Semoga perkahwinan korang diberkati Allah selalu," ucapku buat kedua mempelai. Seperti yang aku jangkakan, pengantin perempuan sudah tersipu malu.

Pengganti Paling Setia ✔Where stories live. Discover now