Sinopsis

19.4K 356 15
                                    

PENGGANTI PALING SETIA

Dr Khairul. Pensyarah kacak berwajah tegang yang sentiasa lokek dengan senyuman. Dia merupakan pensyarah yang disegani dan digeruni ramai. Kepetahannya dalam berhujah dikagumi para pelajar meskipun dia digelar Dr Terminator. Tiada pelajar yang berani bertentang mata dengannya. Tak dapat jawab soalan, tolak dua markah! 

Diana Eirina atau lebih dikenali sebagai Didi merupakan seorang gadis yang periang. Dia lantang dalam bertutur perkara yang dianggap benar. Apa yang dia rasa, langsung diluahkan. Tak perlu simpan-simpan. Didi pernah mencintai seseorang sepenuh hati. Namun, lelaki itu pergi jauh meninggalkannya sebelum ikatan perkahwinan sempat termetarai.

"Dr Khairul takkan boleh jadi Zack. You're different, and will never be the same." - Diana 

Fikir Khairul, dia tidak akan pernah sukakan sesiapa lagi setelah cintanya pernah ditolak pelajarnya sendiri. Kehadiran Diana yang jenis cakap lepas menghadirkan rasa aneh dalam dirinya. 

Tetapi, segalanya menjadi rumit tatkala Diana mengenali sisi Khairul yang sebenar. Sisi yang tersembunyi dari penglihatan orang luar. Muncul pula seorang perempuan mempertahankan haknya, menjadikan hubungan Khairul dan Diana semakin renggang.

"Bila semuanya dah terbongkar, awak akan pergi jauh. Jauh dari hidup dia." - Hazel  


Aku datang bersama luka, 
dia hadir menghadiahkan setia.


Sempena 1 Jun, Nina publish sinopsis/blurb untuk cerita Nina yang keempat. Semoga Pengganti Paling Setia ini juga mampu menghiasi hari2 kalian di masa akan datang. Amin. Untuk update, bagi sis masa ya, mungkin Nina akan start lepas habis sem, pertengahan bulan 6 gitu :) Please bear with my snail motion hehe


Don't forget to vote, comment and share.


Love,

Nina Fini

Pengganti Paling Setia ✔Where stories live. Discover now