9. Teman

1.8K 15 0
                                    

Beberapa bulan kemudian..

"Wana, sa mau balik Sabah.. Tiada apa-apa sudah sa mau tunggu di sini lagi.."

"Apa?? Alaaa Su.. Janganlah.. Aku takde kawan laaa selain kau.."

"Apa jadi kalau Johari keluar penjara dan kemudian cari sa untuk balas dendam?"

"Adui.. Sepatutnya kau yang balas dendam.. Bukan lelaki bangsat tu!!! Aku geram betul lah dengan lahanat tu! Sampai hati dia buat kat kau macam tu dulu????"

Suhaila menangis. Peristiwa kelam itu masih segar di ingatannya. Selepas kejadian itu, dia mengalami trauma yang teruk. Dia meraung-raung. Mujur ada jiran yang menjenguk dan menjaganya. Termasuk Wana.

"Kalau sa balik Sabah, senang.. Sa bulih cari kerja di sana.. Lagipun sa rindu keluarga sa.." Airmatanya gugur.

Wana turut sedih.

"Okay.. Macam nilah.. Apakata kau kerja dulu kat sini, nanti dah cukup duit untuk beli tiket, kau balik.. Yelaaa.. Tiket kan kena ada.. Kalau tak, caner kau nak balik? Berenang?" Wana berseloroh. Suhaila kembali senyum. Dia terhibur melihat gelagat temannya itu.

"Kau tolong sa carikan kerja?"

"Demi kau Su.. Aku akan tolong.."

Matanya kembali berkaca.

"Terima kasih Wana.." Dipeluknya Wana erat. Dan ada yang sedang memerhatikannya.

"Dah kenapa dengan Suhaila tu? " Jiran sebelahnya berasa pelik.

Aku Ingin BebasWhere stories live. Discover now