Gadis itu berpusing pusing di hadapan cermin melihat pakaian yang tersarung di tubuh. Tangan kanan mencapai compact powder lalu dioleskan sedikit pada wajahnya. Lipbalm juga dicalit pada bibir keringnya. Wajah putih itu agak pucat daripada biasa. Kerongkongnya pula perit. Tanda-tanda tubuh itu tidak sihat.
Selesai bersiap, dia segera memgambil totebag yang berada di atas katil. Tak lupa juga dengan cameranya lalu dimasukkan ke dalam beg itu. Kemana sahaja dia pergi mesti camera itu ada bersama. Inilah satu-satunya pemberian terakhir arwah ayahnya.
"Nak pergi mana cantik-cantik ni?" soal Qayeed. Iman bagitahu bahawa harini gadis itu tiada kelas tapi sekarang bukan main pula dia bersiap.
"Cantik ke?" Uhuk well Iman Inara memang sentiasa cantik," Dia tergelak kecil. Dasar angkat bakul sendiri.
Qayeed mencebik. Pantang dipuji.
"Nara nak pergi book fest," ujar Iman Inara.
Qayeed mengangguk kecil, "Nara ada duit tak?"
"Ada je lagi. Duit yang abang bagi hari itu pun Nara tak guna lagi," balas Iman Inara.
"Okay. Jaga diri, bawa kereta elok elok. Jangan nak racing pula," pesan lelaki itu. Kenal sangat dah dengan Iman ni. Bawa kereta macam nak berlumba.
Iman menarik sengihan, "Menurut perintah yang arif!"
"Ramainya orang," Terkelip-kelip sepasang mata itu melihat ramai orang berpusu pusu di rak buku jualan. Macam mana dia nak redah ni?
"Ramai sangatlah Iman. Serabut," ujar Qaidhar. Benda paling tak digemari apabila perlu redah lautan manusia. Haih.
"Alaa bukan selalu dapat datang sini. First and last," rayu Iman.
Qaidhar mengeluh, "Kau nak beli apa?"
"Jom tengok karya cik sentap!"
"Cik sentap?"
"Ya! Best tau cerita dia. Jom!" Tali beg galas Qaidhar ditarik mengikutnya. Nak tarik tangan tapi mereka belum halal lagi ehek.
"Sabar lah,"
"Banyaknya," ujar Qaidhar. Dia melirik ke arah tiga buah beg plastik yang sedang dipegang oleh Iman.
"Stok novel saya dah habis hm,"
"Sehari berapa buah novel yang kau baca?" soal Qaidhar tak percaya. Gila betul minah ni.
"2 buah hihi,"
"Awak kata nak cari buku, mananya?" soal Iman. Dia sedar apabila tangan lelaki itu tiada langsung beg plastik atau buku yang mahu dibelinya.
"Belum cari," cebik Qaidhar dingin. Dia terus beredar ke arah booth yang dikehendakinya. Tergesa-gesa Iman mengatur langkah mengikut lelaki tinggi itu.
"Wah Hilal Asyraf!"
"Hm" Qaidhar ralit membelek novel daripada terbitan Hilal Asyraf Resources itu.
Tanpa ragu-ragu, Hikayat Satria Satria Sejati daripada judul 1 hingga 5 diambilnya. Novel itu hanya tinggal lagi beberapa buah. Memang langkah kanan hari ini apabila dia salah seorang yang dapat membelinya.
"Banyaknya. Awak memang suka baca buku macam ni ke?"
Qaidhar sekadar mengangguk.
"Novel cinta cinta? Action? Tak suka ke?"
"Action aku baca tapi novel romance tidak. Geli," ujar Qaidhar jujur. Paling dia nak elak ialah novel cinta. Tak suka. Cringe. Susah nak ada novel cinta yang kena dengan selera dia.
"Eh geli pula. Sweet apa. Patutlah awak ni membeku saja," Selamba dia mengutuk Qaidhar depan-depan.
"What? Membeku?"
Iman ketawa nipis. Halah pantang orang kutuk dia. Kira baguslah dia kutuk depan-depan daripada kutuk belakang-belakang.
"Jom duduk kejap, tangan saya dah macam nak tercabut ni. Berat sangat," keluh Iman. Jarinya mula memerah akibat mengangkut tiga biji buku dalam setiap tiga beg plastik. Huargh!
"Tulah kau beli banyak-banyak lagi, sini aku tolong," Beg plastik itu berpindah tangan. Iman menarik nafas lega. Function juga ajak si Qaidhar ni.
"Terima kasih, Qaidhar"
Qaidhar diam. Lama dia memerhatikan wajah itu.
"Ada yang tak kena ke dengan saya?" soal Iman hairan.
"Tak pakai blusher ke?"
Iman menggeleng.
"Muka kau pucat Iman, tak sihat ke?"
"Sakit tekak sikit. Balik nanti lepas telan ubat okay lah ni," balas Iman.
"Jom terus balik lah. Karang pengsan pula jenuh aku nak menjawab dengan keluarga kau,"
"Haii Qaidhar. Sihat ke?"
Lelaki itu mengeluh kasar. Coklat yang dihulurkan padanya dirampas kasar.
"Siapa izinkan kau datang jumpa aku?!" Kasar Qaidhar bertanya.
"I datang sebab nak tengok tunang I je, takkan itu pun kena minta izin?"
"Aku dah pesan banyak kali. Kalau tak ada hal penting, jangan jumpa aku. Jangan tunjuk muka kau dekat kolej aku. Arahan mudah itu pun kau susah nak faham ke Cik Hani?!" dingin Qaidhar berbicara. Mood nak study kelaut apabila matanya terpampang wajah itu. Wajah yang membuatkan dia rasa benci.
"Ah lantak lah. Kesah pula I. Kalau I tak datang sini, you takkan jumpa I. Lagipun mama dah bisinglah. Dah lama you tak pergi rumah dia," cebik gadis itu gedik
"Banyak lagi benda aku nak uruskan daripada menghadap kau dengan mama. Ni dah sem akhir aku. Banyak assignment yang aku perlu submit. Kau pergi je lah sorang sorang! Menyusahkan!" bentak Qaidhar. Dia segera mengemas semua buku buku di atas meja. Anti langau.
"Don't treat me like your fiance. Kita cuma bertunang atas paksaan! Jangan mimpi aku akan terima kau," Amaran yang diberikan membuatkan gadis itu terdiam. Dia terus beredar tanpa berpaling.
Hani menghentak meja itu kuat, "Bodoh!"
"Lambat balik. Dah solat ke belum ni?" Qayeed lantas menujukan soalan kepada Iman apabila susuk tubuh itu melangkah masuk ke dalam rumah.
"Dah. Nara singgah masjid dulu tadi. Kalau balik sini terus takut asar terlepas," balas Iman Inara.
Qayeed mengangguk, "Malam ni kita makan luar ya? Abang lupa nak beli barang dapur,"
"Kenapa tak pesan dekat Nara tadi? Sempat je kalau Nara singgah beli," ujar Iman.
"Tak apa. Kita makan luar. Lagipun dah lama kita tak makan luar sama-sama kan?"
Iman mengangguk mengiyakan. Sejak ayah dan ibunya meninggal, mereka berdua jarang keluar makan bersama. Entahlah baginya dia seringkali dibayangi susuk tubuh insan yang dia paling sayang itu. Sewaktu kecil ayah dan ibu acapkali membawa mereka keluar makan bersama-sama. Peritnya rasa rindu ini.
"Nara okay je,"
"Lepas maghrib kita keluar,"
Iman mengangguk lagi. Dia meminta diri untuk membersihkan tubuh. Dah rasa melekit badan dia ni.
Edited
August 2024
YOU ARE READING
[C]DEAR,MR CRUSH
RomantikKarya ketiga Adam Suhail *Ditulis pada tahun 2021* Edited 2024 Tersuka tanpa sengaja? Clishe! Tapi itu lah hakikat sebenar apabila hati Iman Inara mula terpaut pada seorang lelaki yang bernama Muhammad Qaidhar. Iman memberanikan diri mendekati Qaid...