(13) Qaidhar×Iman

6.5K 693 73
                                    

Perasaan gentar menyelubungi dirinya tatkala melihat ke bawah. Ya Allah gayatnya. Ketinggian flying fox itu kira-kira 60 meter. Memang gila. Kalau jatuh ni... Uih memang tak boleh nak bayang.

"Macam nak membunuh je permainan ni," gumam Iman. Overthinking

"Ey cepatlah Iman! Makin lama kita dekat atas ni makin menakutkan tau tak," marah Umairah. Erat jarinya memegang jaring jaring yang digantung disebelahnya. Kakinya rasa tak pijak tanah.

"Eii aku takut Umai, Siapa lah yang bongok sangat pergi cadang game ni!" bebel Iman geram. Ketar ketir dah kaki dia ni. Gayat tak boleh bawak bincang.

"Aaa menyesal aku datang sini. Kalau aku tau ada permainan ni memang aku tak datang dah!"
ujar Umairah yang hampir menangis itu.

"Siapa yang nak sangat naik tadi? Dahlah paksa aku naik sekali. Gayat tau tak!"

Makin menjadi menjadi mereka bertikam lidah. Ammar yang berada di belakang Umairah sudah menepuk dahi. Ini kalau tak dihentikan sampai ke esok mereka atas ni. Huh.

"Eh dahlah. Menyempat bergaduh. Iman, cepatlah turun. Ramai lagi yang nak turun ni!"

Iman menggeleng. Riak wajah menunjukkan dia benar benar takut. Tolonglah dia rasa nak mati ni.

"Pegang baju aku," Susuk tubuh sepasa sasa itu menghampiri Iman.

Berubah riak wajah Iman. Kenapa Qaidhar dekat sini lagi? Oh tolonglah, dia tak nak tengok muka lagi tak guna ni.

"Hey, kau-" Ammar menghalang Umairah yang ingin menyerang itu.

"Behave Umairah. Ramai orang tengok," bisik Ammar. Terdiam Umairah sambil mengetap bibir. Terasa benci melihat wajah Qaidhar dihadapannya. Rasa nak tumbuk, nak lenyet, nak cekik semua ada.

Iman memegang hujung lengan baju Qaidhar dengan erat. Perasaan takut yang menyelubunginya membuatkan dia tak teragak-agak memegang hujung baju lelaki itu. Terpaksa. Nanti fikir lain lepas turun. Sekarang ni yang dia tahu, dia cuma nak turun!

Qaidhar terdiam seketika sebelum dia menarik jaket itu keluar daripada tubuh Iman

"Awak nak buat apa?"

Qaidhar mengerling sekilas. Tubuh Iman di tolak ketepi. Dia hanya membiarkan soalan Iman tidak terjawab

"Naik lah. Aku teman Iman dekat bawah" ujar Qaidhar

"Kau mema-"

"Umairah!" Keras nada Ammar memberi teguran. Gadis itu menjeling Ammar. Sibuklah mamat ni.

Iman menaham senyum. Nak tergelak tengok dua orang manusia ni.

"Korang naik lah. Aku turun dulu,"

Usai meminta diri, Iman terus berlalu meninggalkan mereka semua.

Umairah Dan Ammar mengangguk. Aktiviti itu kembali diteruskan. Haih, satu hal nak kena mengajar si budak Umairah ni pula.

Kaki dicelup ke dalam air terjun yang jernih itu. Bunyi alam buatkan dia mula termenung jauh. Kotak fikiran memutarkan kembali kata kata Ammar.

"Dengar apa yang saya nak cakap. Ajal, maut, jodoh, Allah saja yang tahu. Kita tak ada hak nak buat kerja Dia. Awak jalani pembedahan atau tak awak tetap akan mati. Bukan awak sorang yang akan mati malah siapa saja selagi seseorang itu bergelar makhluk, dia juga akan mati. Saya nak awak fikir sehabis baik. Jangan cepat putus asa dengan ujian yang awak hadapi sekarang,"

[C]DEAR,MR CRUSH Where stories live. Discover now