(10) Qaidhar×Iman

6.4K 669 52
                                    

Sekejap ke kiri sekejap ke kanan gadis itu  mengikut langkah Qaidhar yang hendak ke kereta. Masih tak berputus asa walaupun Qaidhar buat dia macam halimunan.

"Bolehlah Qaidhar. Tak ada siapa nak tolong saya kecual awak. Awak saja satu-satunya harapan saya," pujuk Iman.

"Taknak. Suruh orang lain," tegas Qaidhar membalas.

Dia bukannya saja menolak tapi dia sangat tak sukakan aktiviti hutan. Tambahan pula, Qaidhar menghidap asma jadi disebabkan itu dia kurang gemar. Banyak masalah yang akan jadi kalau dia sertai juga.

"Please, Qaidhar. Kalini je saya minta tolong awak. Boleh lah... awak tak kesiankan saya ke?"

Qaidhar tak menjawab sebaliknya dia makin lajukan langkah. Nafas berat dihela. Kenapa tiba-tiba rasa jauh betul nak ke tempat letak kereta student.

"Awak argh!" Punggung itu selamat melabuh di atas lantai kasar koridor dewan itu. Terpejam rapat mata Iman. Aduh!

Terhenti langkah Qaidhar. Wajahnya dibawa berpaling laju melihat Iman yang suddah jatuh.

"Degil lah kau ni. Kan dah jatuh," marah Qaidhar. Dia bertinggung di hadapan Iman. Wajahnya jelas terpancar riak kerisauan.

"S–sakit," sudahlah dia jatuh bersimpuh. Bukan main sopan jatuhnya pun. Semua gara-gara kain baju kurungnya yang agak sempit. Sekali tersilap langkah, terus terduduk atas lantai.

"Sakit dekat mana?" Dingin nada suara itu.

Iman diam. Takkan nak bagitau pula? Aduh malulah kalau dia kata dia sakit punggung.

Kepalanya digeleng.

"Hish cuba bangun. Takkan aku nak angkat kau pula," ujar Qaidhar.

"Tapi s–sakit..." Sumpah pinggang dia rasa nak patah. Ni silap-silap kalau salah gerak mau kejung seminggu.

Qaidhar gelisah. Takkan dia nak dukung pula? Nak pula waktu macam inilah tak ada seorang pun yang lalu lalang situ. Ye lah sebab dah petang.

"Pegang tangan aku," Lengan baju yang disenteng tadi dibawa turun ke bawah semula. Tanpa berfikir panjang, Qaidhar menghulurkan lengannya pada Iman.

"Tak naklah, malu!"

"Kau nampak aku tak pakai baju ke sekarang?! Pegang jelah. Dah kira darurat kes kau ni,"

Teragak-agak Iman memegang lengan kekar itu. Perlahan-lahan Qaidhar membantunya bangun berdiri.

"Pinggang saya s–sakit," adu Iman.

"Aku hantar kau pergi jumpa medic. Ni boleh jalan tak?"

"B–boleh," walaupun payah namun dia tetap melangkah perlahan. Macam baru nak muka berjalan pon ada. Setapak demi setapak, Qaidhar masih setia menolong gadis itu.

          "Awak dah fikir ke nak tolong saya ke tak?" soal Iman. Dia baru sahaja selesai dirawat. Nasib baiklah pinggangnya tiada kecedaraan yang serius. Hanya rasa senak sedikit.

Qaidhar menjeling Iman di sebelahnya. Sakit sakit pun masih tanya.

"Apa aku dapat kalau aku tolong kau?" Sinis lelaki itu menyoal Iman.

Gadis itu mengetap bibir. Lama kelamaan bibirnya tersenyum penuh makna.

"Dapat kahwin dengan saya," usik Iman.

Qaidhar mencebik.

"Taknak aku. Baik aku kahwin dengan orang gila daripada aku kahwin dengan kau," 

Iman mengukir senyuman hambar. Kata kata lelaki itu menyentapkan tangkai hatinya. Entah kenapa dia tiba-tiba terasa padahal gurauan Qaidhar yang sebelum ini lagi menyakitkan.

[C]DEAR,MR CRUSH Where stories live. Discover now