Para peserta dan ahli pengurus yang terlibat sedang sibuk mengasingkan barang barang yang perlu disediakan ke tempat perkhemahan. Kebiasaannya setiap program yang dijalankan oleh kolej itu hanya di luar kawasan uni yang terdekat tetapi pada kalini Miss Fawa selaku mengarahkan Iman menguruskan program ini di Hutan Lipur Bukit Hijau
Tentatif program, 5 April
Hari pertama
-bermalam di hutan selama 1 hari
-flying fox
-jungle tracking
-ice breaking
-bbq(malam)Hari kedua
-peserta yang terlibat serta fesi fesi yang ditugaskan akan bergerak ke Rumah anak anak yatim untuk memberi bantuan kepada mereka
Jenis jenis bantuan
-makanan
-pakaian
-keperluan asas
-mainan
-cenderamataQaidhar mengeluh apabila membaca tentatif itu.
"Rasa malas pula nak tolong kau," seloroh Qaidhar. Riak wajah Iman mula bertukar cemberut
"Kalau macam tu pergi lah balik. Syuh syuh," halau Iman. Sakit pula hati ni.
Qaidhar sembunyi tawa. Cepat pula budak pendek ni terasa.
"Bas dah boleh gerak. So semua dah boleh beratur dan terus masuk dalam. Sebelum tu tandatangan dulu senarai nama ahli," tegas suara Ammar memberi arahan. Dia merupakan salah sorang fesi yang dilantik oleh Miss Fawa untuk menolong Iman. Last minute Iman dikhabarkan bahawa Ammar yang akan turun membantu.
Lelaki itu merupakan mahasiswa jurusan undang-undang. Bijak orangnya. Pernah menyapa Iman sewaktu hari orientasi dahulu.
Iman dan Qaidhar baru saja hendak melangkah masuk ke dalam kereta namun secara tiba tiba ada seorang perempuan melaung kuat sambil berlari ke arah mereka.
"Haii Qaid," tegur Hani.
"Kau buat apa dekat sini?!" Mendatar Qaidhar menyoal. Matanya tajam menikam Hani. Memanglah program ini juga terbuka untuk orang luar tapi setahunya Hani tak suka program lasak dan aktiviti kemasyarakatan ni.
"Nak ikut you lah. I pun join juga. Nak gerak dah ke? Jom, I nak naik dengan you," tanpa rasa malu,tubuhnya membolos masuk ke bahagian penumpang sebelah pemandu.
"A-awak–" Iman mati kata. Dia cuba menenangkan hatinya. Ikut hati nak je cekik perempuan gila tu, tapi dia harus sedar... perempuan gila itu tunang Qaidhar.
"Kau duduk belakang dengan Ammar. Takut Hani tak selesa pula kalau nak suruh dia duduk belakang,"
Iman tersentak. Dia ingatkan Qaidhar akan menyuruhnya duduk disebelah lelaki itu namun sangkaannya meleset
Iman mengangguk kecil. Dia tersenyum pasrah. Kau hanya sebatas kawan sahaja. Tak lebih daripada itu. Perit hendak menelan tapi itulah kenyataan.
Perjalanan mereka memakan hampir setengah jam. Dalam jangkaan mereka akan sampai mungkin dalam sejam lagi. Tempat itu agak jauh daripada kolej.
"Sejuklah," rengek Hani.
Iman mencebik.. Heh.
"Tutup air-cond sebelah kau tu," arah Qaidhar.
"Dah tutup tapi sejuk juga. I pinjam hoodie you yang ni eh?"
Qaidhar mengerling sekilas pada Hani, kemudian dia mengangguk memberikan jawapan. Kesian pula kalau tak bagi karang.
YOU ARE READING
[C]DEAR,MR CRUSH
RomanceKarya ketiga Adam Suhail *Ditulis pada tahun 2021* Edited 2024 Tersuka tanpa sengaja? Clishe! Tapi itu lah hakikat sebenar apabila hati Iman Inara mula terpaut pada seorang lelaki yang bernama Muhammad Qaidhar. Iman memberanikan diri mendekati Qaid...