(8) Qaidhar×Iman

6.2K 639 136
                                    

Qaidhar merenung wajah Iman. Nafas dihela perlahan

"Kalau aku terima kau sebagai kawan, kau masih mampu tunggu aku ke?"

Iman tersentak dengan kata kata lelaki itu

"Awak b-bergurau ke?" Tergagap Iman menyoal.

Qaidhar tersenyum kecil.

"Haah," selamba dia menjawab.

Senyuman gadis itu mula kendur. Wajahnya muram.

Qaidhar pula sudah terhambur tawa

"Siapa nak kawan dengan kau, huh?"

"Tak baik buat saya macam ni!" Bentak Iman. Air mata yang bakal keluar dia tahankan saja. Taknak kelihatan lemah dihadapan lelaki itu

"Tch! Kau ni Iman, senang terpedaya dengan orang macam aku ni. Siapa entah nak kawan dengan kau?!"

Iman menahan sabak. Sempat dia mencapai sebuah batu kecil lalu dibaling pada lelaki itu

Qaidhar menahan tawa. Dia sengaja berlalu meninggalkan Iman disitu.

Iman mengetap bibir menahan tangisan yang bakal keluar.

Dia terus duduk sambil menekup wajahnya pada lutut. Tangisan makin kuat terhambur

"Aku benci dia!" Esakan makin jelas kedengaran.

5 minit kemudian...

"Iman...hey, kau nangis ke?" Qaidhar bertinggung disebelah gadis itu.

Iman mendongak wajahnya lalu dikerling pada Qaidhar yang sedang menahan tawa.

"Kenapa kau nangis pula ni?" Soal lelaki itu. dia kerling sekilas pada mata merah gadis itu.

Pap!

Tangan Qaidhar yang berlapik hoodie itu ditampar kuat. Geram.

"Awak mainkan hati saya!" marah Iman.

Tawanya terhambur kuat. Sumpah dia nak mengusik je. Tak sangka pula Iman akan menangis

"Kau ni HAHAHAA" dia sambung metertawakan gadis itu

"Perlu ke buat lawak bodoh awak tu?!"

"Awak memang tak puas hati dengan saya kan?!" Dingin saja suara Iman menyoal.

Tawa Qaidhar reda serta-merta . Riak sebersalah ditayangkan. Melampau sangat ke dia mengusik Iman?

"Dahlah jangan nangis. Aku tak suka tengok orang menangis. Rasa annoying," jujur lelaki itu bersuara membuatkan Iman terdiam.

Mata itu tajam merenung wajah Qaidhar. Perasaan marahnya menggelegak.

"No, you're wrong! salah satu cara untuk meredakan kesedihan adalah menangis. Orang yang menangis bukan sebab dia lemah tapi itulah salah satu cara meredakan hati, awak tak patut kata macam tu!"

"Nonsense"

"Saya cabar awak, if one day saya dah takde dan awak menangis maksudnya awak lemah, annoying!" seloroh Iman.

Berani mati dia mencabar lelaki itu.

Sesaat kemudian, dia terdiam. Terfikir bicara yang dia lontarkan sebentar tadi membuatkan dia terkaku.

Apa kau cakap ni, Iman?!

Qaidhar berdecit, "Kau nak pergi mana? Lari daripada aku? Ikut kaulah. Bukan masalah aku," ujar Qaidhar. Tanpa sedar kata-kata itu merobek sekeping hati Iman.

Lelaki itu terus berlalu pergi tanpa menunggu Iman Inara

Iman paksa senyum untuk dirinya. Dia mengusap perlahan dadanya yang tiba tiba terasa sakit

Sabar Iman, Qaid bergurau je tu

             Television yang terbuka dibiarkan sahaja. Walaupun matanya tertumpu pada television namun fikirannya melayang kemana hala. Kotak fikirannya sentiasa mengulang layar kata kata doktor yang merawatnya.

"Awak betul ke taknak jalani pembedahan?"

Dirinya terdiam seketika. Tanpa sedar keluhan lemah dihela perlahan. Wajahnya tertunduk merenung kekura tangan.

Buntu.

Dia sudah membuat keputusan untuk tidak menjalani pembedahan. Biarlah dia bertarung sendiri hingga ajalnya tiba tapi apabila berdepan dengan doktor yang merawatnya, hati bagai dicengkam hebat. Terasa keputusan yang dibuat hanya menyakitkan lagi dirinya.

Salahkah keputusan dia?

Perlu ke dia teruskan? ataupun teruskan kehidupan seperti biasa?

Dia dah putus asa untuk hidup. Ujian yang Allah berikan padanya terlalu berat hingga tak tertanggung dek badan.

"Iman" panggil doktor Syafia lembut.

"Saya tahu awak buntu sekarang. Awak masih ragu ragu dengan keputusan awak tapi Iman, awak perlu teruskan hidup. Awak tak boleh putus asa. Ujian yang datang bukan untuk melemahkan awak tapi untuk menaikkan martabat awak di akhirat nanti. Pendapat saya, baik awak jalani pembedahan untuk buang tumor awak tu Iman. Awak masih ada masa-" Nasihat doktor Syafia.

Kepala didongak memandang doktor itu. Tubir matanya sudah mula berair. Tunggu masa saja bakal membasahi pipi pucat gadis itu.

"Saya tahu doktor cuma saya penat. Maaf, tapi saya tetap dengan keputusan saya. Saya taknak susahkan semua orang. InsyaAllah selagi hayat dikandung badan saya akan kuat. Saya nak bersama dengan orang-orang yang saya sayang sampailah saya tiada nanti," Air mata mula tumpah. Tidak dapat menanggung beban kesedihan yang menghimpit dirinya.

"Kenapa tenung je tv tu sampai nak tembus?" tegur Qayeed. Dia menapak mendekati adiknya yang sedang termenung jauh.

Tersentak gadis itu. Cepat-cepat air mata yang mengalir dikesat olehnya. Taknak lah susahkan hati abangnya pula.

"Are you crying?kena tinggal dengan bf ke? bagitahu siapa dia, biar abang kerjakan budak tak guna tu," seloroh Qayeed selepas perasan mata adiknya kelihatan agak merah.

Iman pura pura ketawa,"Muka Nara ni memang nampak macam orang yang ditinggal kekasih ke?" perli Iman Inara.

Qayeed mengangguk selamba. Tak semena mena sebuah bantal sofa dibaling tepat pada wajah abangnya.

"Sakitlah!"

"Balasan. Kurang ajar betul," cebik Iman Inara

"Sekali sekala,"

Suasana kembali sepi. Iman hanya diam.

"Nara..." Gadis itu masih diam tak membalas

"Adik" panggil Qayeed lagi. Dia sudat mengetap bibir geram. Apa yang adiknya fikirkan?

"Iman Inara binti Iman Taufiq!" Kalini keras suara lelaki itu. Kesabarannya mula hilang apabila gadis itu sedari tadi asyik termenung

"Hah?abang panggil Nara ke?" Soalnya tak bersalah. Wajah polos ditayangkan.

Qayeed menarik nafas dalam. Haih sabar.

"Minggu depan abang tak boleh jenguk adik. Abang ada final exam. Nara okay ke tinggal sorang - sorang?"

Iman lantas menggeleng. Dia mencebik kecil

"Tak boleh ke abang balik sekejap?"

"Tak boleh, Nara. Abang ada group discussion lagi. Sorry,"

Iman menjeling sekilas.

"Fine! tapi sebelum abang balik hostel abang, abang kena belanja Nara mcd," ujar Iman Inara.

"Anything for you,my sister," pasrah nadanya


















Edited
August 2024

[C]DEAR,MR CRUSH Where stories live. Discover now