◦𝟕◦

174 40 221
                                    

Selepas pulang dari balai polis, Chan dan Yongbok membuat keputusan untuk pergi ke rumah Hyunjae oleh kerana jejaka itu mengalami demam ringan. Dalam perjalanan ke sana, mereka berdua sempat membeli sedikit makanan untuk dibawa ke rumah rakannya.

Sebaik tiba di sana, Hyunjae tersenyum teruja apabila Chan berada di depan pintu rumahnya. Yongbok yang berdiri di sebelah Chan, dipandang sebelum mereka bersapa. Itu merupakan kali pertama dua jejaka itu bersua muka. Selama ini, Hyunjae hanya mendengar cerita sahaja dari Chan.

Plastik yang berisi roti dan beberapa makanan ringan dihulur kepada Hyunjae. Kalau diikutkan Chan ingin membeli makanan lain namun niatnya dibatalkan kerana malas hendak berpatah semula.

Hyunjae mempersilakan Chan dan Yongbok berehat di ruang tamunya sementara dia pergi ke dapur. Melihat langkah Hyunjae, segera Chan menghalang.

"Tak payahlah, kita orang datang nak melawat bukannya menyusahkan kau," tegah Chan namun tidak diendahkan Hyunjae dengan memberi alasan itu perkara kecil. Malas hendak berdebat, Chan membiarkan saja. Yongbok pula hanya membisu, tidak masuk campur dalam perbualan mereka berdua.

"Cantik kan rumah dia?" Soal Chan. Itu merupakan kali kedua dia berkunjung ke situ memandangkan malam semalam dia yang menghantar Hyunjae pulang.

"Cantik... Pandai Hyunjae hias," puji Yongbok. Matanya pula ralit memandang suasana rumah teres milik Hyunjae.

Selang beberapa minit, Hyunjae datang bersama dulang air di tangannya. Roti yang dibawa Chan juga turut dihidang sekali hingga membuatkan Chan menggeleng kepala. Hendak membantah tidak guna kerana Hyunjae sudah pun membawa ke ruang tamu.

"Makanlah... Bagus juga kau bawa roti ni sebab rumah aku tak ada makanan. Jemput minum." Hyunjae mempelawa tanpa mempedulikan reaksi Chan ketika itu. Marah tidak marah, kisah apa.

"Macam mana demam kau? Dah kebah ke?" Tanya Chan lalu menghirup sedikit air.

Hyunjae mengangguk. Sakitnya tidaklah terlalu teruk. Sekadar rasa sejuk badan saja. Kemudian dia memandang ke arah Yongbok yang tidak bersuara itu membuatkan dia berasa segan untuk bertanya lebih dulu.

"Aku tahu kau kuat... Terkejut tu perkara biasa lah kan?" Chan menyedapkan hati kawannya.

"Apa perasaan kau masa tengok keadaan mayat lelaki tu? Mesti rasa mual, jijik kan? Dengar cerita pembunuh tu sumbat makanan basi dalam mulut dia. Aku tertanya-tanya macam mana suasana rumah dia waktu kau jumpa tu," ujar Yongbok ingin tahu. Apa yang dikatakan Yongbok membuatkan Hyunjae terpinga-pinga.

Menyedari reaksi tidak selesa Hyunjae, Chan segera mencelah. "Yongbok, kenapa kau tanya macam tu? Hyunjae belum lupakan lagi apa yang berlaku semalam jadi tak sedaplah bila kau buka cerita pasal ni."

"Eh, aku tak apa-apa. Tak salah pun Yongbok nak tahu. Apa yang kau teka tu betul. Waktu ternampak mayat Encik Kim, aku terkejut bercampur dengan rasa mual. Nasib baik aku tak termuntah dekat situ. Dalam masa yang sama, aku hairan... Siapalah sanggup buat macam tu. Terlalu kejam cara dia bunuh." Hyunjae tertunduk, memandang lantai.

"Psikopat." Yongbok bersuara. Chan dan Hyunjae memandang serentak sebaik saja mendengarkan itu.

"Macam mana kau tahu psikopat? Mana tahu dia nak balas dendam ke?" Soal Chan.

Yongbok tersenyum senget. "Psikopat je yang boleh buat macam tu. Kalau orang nak balas dendam, cukup dia tikam sampai mati... Selesai kerja dan jimat masa. Orang macam tu memang tak boleh dibaca sebab pandai berlakon. Boleh jadi siang dia sebagai manusia biasa, malam pula sebagai pembunuh."

Hyunjae memandang Chan lalu menyoal menggunakan bahasa isyarat. Kenapa Yongbok bercakap tentang itu dengan serius sekali? Sesiapa saja yang mendengar sudah tentu meremang bulu roma. Mana tidaknya, dengan suaranya yang dalam ditambah pula pandangan tajamnya.

The 𝐂𝐢𝐫𝐜𝐥𝐞 || ᵇᵃⁿᵍ ᶜʰᵃⁿ || ✓Where stories live. Discover now