Hyunjae tersedar dari lenanya apabila mendengar bunyi pintu ditutup. Dia yang masih dalam keadaan mamai, menggosok matanya beberapa kali sebelum melihat Chan berjalan menuju ke katilnya. Wajah jejaka itu tidak kelihatan hinggalah dia menurunkan hoodie yang tersarung di kepala. Mata Hyunjae membulat sebaik saja menyaksikan kesan darah pada wajah Chan.
"Alah kau ni, tak payah buat muka terkejut macam tu. Maaflah kalau aku ganggu tidur kau, malam ni aku bermalam di sini. Jadi, pergilah sambung tidur semula... Aku nak mandi kejap," ujar Chan tanpa rasa bersalah. Dua helai tisu ditarik lalu mengelap darah yang mengotori wajahnya.
Baju yang disimpan dalam beg galasnya, dibawa keluar sebelum menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Hyunjae sudah resah di tempatnya namun dia juga terlalu takut untuk melakukan apa-apa. Tidak mahu membahayakan nyawanya, dia membuat keputusan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Mata dipejam manakala dua bibirnya dirapatkan. Kedua tangan menutup telinga apabila mendengar nyanyian kecil Chan yang ketika itu berada di dalam bilik air.
Beberapa minit kemudian, Chan selesai mandi. Pandangan terus menangkap pergerakan Hyunjae, sama ada jejaka itu mengikut arahannya atau tidak. Melihat Hyunjae berselubung dengan selimut, lesung pipitnya kelihatan kerana tersenyum sendiri. Kaki melangkah menghampiri katil Hyunjae lalu selimut putih yang sedikit berjela di atas lantai, diangkat supaya tidak kotor.
Bunyi seretan kerusi membuatkan Hyunjae menahan nafasnya. Dia berdoa di dalam hati supaya Chan tidak melakukan apa-apa padanya. Dia yang baring dalam posisi mengiring, tersentak apabila jejaka itu menepuk lengannya perlahan. Deruan nafas Chan menyentuh halwa pendengarannya. "Aku tahu kau belum tidur tapi aku tetap nak cakap benda ni..."
Rambut yang sedikit menutup wajah Hyunjae diselit ke belakang telinga sebelum menyambung katanya. "Goodnight and thank you for behaving well."
●○●○●○●○
Younghyun tiba agak lewat di lokasi kejadian oleh kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dalam perjalanan ke situ. Dari dalam kereta, dia dapat menyaksikan seorang wanita sedang ditenangkan orang ramai. Younghyun dapat menebak yang wanita itu merupakan ahli keluarga mangsa kali ini.
Kehadirannya disambut Yunho yang lebih awal pergi ke situ. Wajah kawannya yang kelihatan agak sedih, ditatap lama. Kenapa pula Yunho memberinya reaksi begitu padanya.
"Siapa mangsa kali ni?" Soal Younghyun ingin tahu. Yunho yang tidak dapat bersuara, mencebik sebelum menyuruh lelaki itu melihat sendiri mayat yang sudah ditutup dengan plastik hitam.
Lutut kanan menyentuh tanah manakala kaki sebelah lagi menahan berat badan. Younghyun menutup deria baunya dengan lengan sementara tangan kirinya menyelak plastik hitam untuk melihat keadaan mayat. Tidak lama kemudian, Younghyun menutup semula lantas bangun dari tempatnya.
Tidak berkata apa-apa, Younghyun menendang batu-batu kecil bagi melepaskan rasa sakit hati manakala gigi diketap menahan marahnya. Wajah mayat hampir 90% rosak yang mana keadaan itu sangat menyayat hati apatah lagi mangsa pembunuhan kali ini merupakan seorang remaja lelaki.
"Aku tak sanggup nak tenangkan mak dia, Hyun. Cara budak ni dibunuh terlalu kejam," luah Yunho dengan nada sebak. Hampir saja dia menumpahkan airmatanya di situ selepas menoleh ke arah seorang wanita yang masih meraung minta dilepaskan.
Younghyun mengangguk kecil. Dia faham dengan apa yang cuba dikatakan Yunho. Dia menawarkan diri untuk menghampiri ibu kepada mangsa. Melihat saja dirinya, wanita itu terus menerpa ke arahnya lalu meraih tangannya. Dapat dia rasakan betapa sejuknya tangan wanita itu.
"Tuan, saya nak tengok anak saya..," rayunya dengan bersungguh dengan dua-dua tangan disatukan.
Younghyun memegang kedua bahu wanita itu, cuba memberi semangat. Nafas ditarik sedalamnya sebelum bersuara. "Puan, buat masa sekarang... Hanya pihak polis saja yang boleh mendekati mangsa sebab nak elakkan kehilangan sebarang bukti yang mungkin masih ada di kawasan berhampiran. Jadi, saya harap puan faham. Mayat anak puan akan dibawa ke hospital dan di sana barulah puan dibenarkan melihat anak puan."
![](https://img.wattpad.com/cover/277525385-288-k937028.jpg)
YOU ARE READING
The 𝐂𝐢𝐫𝐜𝐥𝐞 || ᵇᵃⁿᵍ ᶜʰᵃⁿ || ✓
Fanfic⚠️PERINGATAN. CERITA INI MENGANDUNGI:- 1) AKSI/ BABAK PEMBUNUHAN BERSIRI 2) MENYENTUH PERIHAL KESIHATAN MENTAL ◧◨◧◨◧◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧ Mengisahkan tentang Chan, yang bekerja sebagai penghantar makanan di sebuah restoran. Chan bersama teman serumahn...