◦𝟐◦

223 46 158
                                    

Younghyun yang sedang meneliti beberapa helai kertas, menoleh apabila Yunho mengetuk pintu. Kehadiran kawan kerjanya itu mungkin untuk melaporkan tentang maklumat Seo Jinwoon. Tidak menunggu dipelawa masuk, Yunho menghampiri Younghyun.

"Ni salinan latar belakang Seo Jinwoon yang kau minta semalam." Sebuah fail kertas dihulur.

Helaian kertas kerja diletakkan ke tepi lalu Younghyun mengambil fail dari tangan Yunho. Kertas putih yang disusun rapi dikeluarkan. "Ada apa-apa yang mencurigakan tentang dia?"

"Setakat ni aku tak jumpa lagi selain daripada maklumat yang petugas Oh beritahu semalam," jawab Yunho.

Younghyun diam sejenak mencari sebarang kemungkinan dalam kes ini. Sekiranya Jinwoon merupakan pemilik tempat perjudian haram, semestinya lelaki itu mempunyai orang kanan sebagai langkah berjaga-jaga. Persoalannya, kenapa Jinwoon hanya ditemui berseorangan semalam? Permukaan meja diketuk perlahan sambil berfikir. Satu perkara terlintas di kepalanya lalu Younghyun mengambil fail kes pembunuhan sebelum ini.

"Yunho, kau perasan tak? Kes Jinwoon sama dengan kes bunuh sebelum ni." Younghyun mengingatkan Yunho.

"Bagi aku tak... sebab mangsa sebelum ni, pembunuh tak cabut kuku dia dan tinggalkan tanda macam kes Jinwoon," jawab Yunho dengan yakin.

"Itu saja yang tak sama. Selain dari cabut kuku dan tinggalkan tanda, mangsa yang terbunuh ada persamaan. Kalau sebelum ni, yang terbunuh umur dalam 30-an... Sama lah dengan Jinwoon.. yang mati sebelum ni pun lelaki. Bukan itu je, dua-dua mangsa ada rekod jenayah walaupun jenayah yang berbeza." Mendengar kata-kata Younghyun, Yunho terdiam sebelum mereka berdua menoleh ke arah yang sama.

"Detektif Kang, Detektif Jeong... Ada seorang lelaki datang ke balai dengan  mengaku yang dia saksi untuk kes pembunuhan Seo Jinwoon," beritahu petugas Oh. Mendengarkan itu, Younghyun dan Yunho segera meninggalkan pejabat untuk menemui orang yang dikatakan petugas Oh.






"Saya Choi Haeju... Orang yang bersama dengan Jinwoon malam semalam.  Saya minta maaf sebab lambat untuk tampil beri keterangan," jelas lelaki yang dikenali sebagai Haeju itu.

"Awak ada dengan Jinwoon dan biarkan dia terbunuh?" Younghyun menyoal. Haeju yang kelihatan comot itu dipandang atas bawah. Bukan saja pakaian malah rambut juga tidak terurus. Sekali lihat tidak ubah seperti gelandangan.

"Bukan macam tu, tuan! Say- saya panik bila tengok pembunuh tu keluarkan senjata dan sebab itu saya larikan diri, tinggalkan Jinwoon malam tadi. Disebabkan terlalu takut, saya menyorok di bawah jambatan yang tak jauh dari lorong dan pagi ni baru saya berani untuk datang ke sini." Haeju membela dirinya dengan bersungguh. Nampaknya, keputusan datang ke balai ialah pilihan kurang tepat sehingga dirinya pula dikira sebagai suspek.

Younghyun memeluk tubuh sambil perhatikan lelaki di hadapannya. Buat masa sekarang, siapa saja yang menyebut tentang hal itu berkemungkinan ada kaitan dengan pembunuhan Seo Jinwoon apatah lagi kenalan rapat seperti Haeju. "Awak nampak muka penyerang tu?"

"Tak sebab lorong tu gelap, pembunuh tu pula pakai baju hitam. Mula-mula kita orang peras ugut dia, minta duit tapi tak sangka pula orang tu pembunuh. Saya menyesal tak tolong Jinwoon semalam kalau tidak pasti dia selamat sekarang." Lelaki itu menunduk. Air mata mula mengalir sebaik saja teringatkan nasib malang yang menimpa Jinwoon.

"Tuan, Jinwoon baik orangnya. Saya mengaku yang perbuatan kita orang salah tapi, sepanjang saya berkenalan dengan Jinwoon... Sekali pun dia tak pernah pukul orang. Lagipun malam semalam, kita orang mabuk. Kalau tak percaya, tuan boleh tanya pekerja-pekerja yang lain," Haeju meyakinkan Younghyun.

Mendengarkan itu, Younghyun mengangguk kecil sebelum memandang tepat ke arah anak mata Haeju. "Maksud awak, pekerja yang bekerja dekat tempat perjudian haram tu?"

The 𝐂𝐢𝐫𝐜𝐥𝐞 || ᵇᵃⁿᵍ ᶜʰᵃⁿ || ✓Where stories live. Discover now