Yongbok mencari bayang Younghyun sebaik tiba di tempat yang dijanjikan. Telefon dikeluarkan dari saku baju lalu mendail nombor jejaka itu untuk membuat panggilan. Beberapa saat kemudian, dia menamatkan panggilan lalu meneruskan langkah menuju ke tempat yang dikatakan Younghyun dalam panggilan.
"Kenapa kau hilangkan diri semalam? Seharian kita orang tunggu panggilan dari kau," tanya Younghyun sejurus pemuda itu menampakkan batang hidung.
"Mana ada hilang cuma aku tak ada mood nak bercakap dengan orang." Yongbok menjuihkan bibir serentak mengangkat bahunya dengan selamba.
"Jadi, kau ada jumpa apa yang kita orang suruh cari? Ataupun benda yang boleh dijadikan bahan bukti?" Giliran Yunho pula mengajukan soalan. Selepas menerima kehadiran pegawai kanan polis, mereka agak terdesak sebelum satu lagi pembunuhan terjadi.
Yongbok menyandarkan badan pada kerusi dengan tangan disilangkan. Air yang sedia ada di atas meja, dicapai lalu disedut. Gelas diletakkan semula ke tempatnya selepas menghilangkan dahaga. "Tak ada dan aku rasa Chan tak letak barang penting macam tu dalam rumah."
Younghyun hanya memerhati tingkah laku Yongbok yang agak berbeza. Cara percakapannya kembali seperti awal perjumpaan mereka, lain daripada kelmarin seolah-olah ada menyembunyikan sesuatu. Yunho memandang kawannya yang tidak berkata apa-apa.
"Aku balik dulu sebab aku dah beritahu semuanya yang korang nak tahu." Yongbok menolak kerusi sebelum mengangkat punggungnya.
"Baiklah kalau macam tu. Terima kasih atas maklumat tadi. Apa-apa, call je aku," pesan Younghyun yang mana membuatkan Yunho sedikit hairan. Selalunya lelaki itu akan bertanya lebih lanjut tetapi sekarang dia hanya akur saja. Adakah kedua jejaka ini merancang sesuatu tanpa pengetahuannya?
Younghyun duduk semula selepas memastikan Yongbok keluar dari tempat itu. "Kau sedar tak apa yang aku perasan pada budak tu?"
"Cara percakapan dia berbeza sikit. Kan?" Yunho meminta kepastian dan Younghyun mengangguk. Fikirnya, dia saja yang menyedari hal itu.
"Satu lagi aku pelik... Kenapa kau biar je dia balik? Kan selalunya kau akan tanya lagi ataupun minta dia buat sesuatu. Ke korang ada berpakat apa-apa?" Tanya Yunho ingin tahu.
"Kau tak ingat ke apa yang dia beritahu kita kelmarin? Jangan terlalu percayakan dia sebab kita juga tak kenal personaliti dia yang sebenar." Younghyun mengingatkan kawannya semula. Itulah Yunho, sekali percaya pada seseorang, dengan harapan sekali diberikan.
"Berdasarkan pemerhatian akulah... Yongbok ni macam sosiopat. Faham tak apa maksud aku?" Younghyun menoleh ke arah Yunho dan berdasarkan reaksi jejaka itu jelas menunjukkan yang Yunho tidak faham.
"Maksud kau, yang Yongbok ni sama dengan Chan?" Soal Yunho dengan kedua tangannya bergerak-gerak seolah-olah memberi gambaran.
"Lain... Sosiopat, dia tak akan ambil tahu hal orang lain. Nampak macam berbahaya tapi sebenarnya tak. Seteruk-teruk perangai sosiopat, dia masih ada rasa simpati untuk beberapa situasi dan dia jadi macam tu berdasarkan suasana sekeliling. Chan dengan Yongbok duduk serumah sejak sekolah lagi, kemungkinan dia jadi macam tu sebab Chan? Itu pada pandangan akulah," jelas Younghyun.
Yunho menggeleng kepalanya seraya menongkat dagu. "Elok lah... Seorang sosiopat, seorang lagi psikopat."
●○●○●○●○
Chan sedikit terkejut apabila Yongbok datang ke hospital. Dengan senyuman lebar, dia menghampiri sahabatnya.
"Datang dari mana?" Tanya Chan sambil memandang cara pemakaian Yongbok. Sama saja seperti sebelum ini.
YOU ARE READING
The 𝐂𝐢𝐫𝐜𝐥𝐞 || ᵇᵃⁿᵍ ᶜʰᵃⁿ || ✓
Fanfic⚠️PERINGATAN. CERITA INI MENGANDUNGI:- 1) AKSI/ BABAK PEMBUNUHAN BERSIRI 2) MENYENTUH PERIHAL KESIHATAN MENTAL ◧◨◧◨◧◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧ Mengisahkan tentang Chan, yang bekerja sebagai penghantar makanan di sebuah restoran. Chan bersama teman serumahn...