Younghyun berjalan sekitar lokasi kejadian diiringi Yunho. Kemudian mereka berdua berhenti di satu tempat setelah melihat kesan seretan sepanjang 20 meter pada permukaan tanah.
"Pada pandangan aku, Jaehoon sempat larikan diri tapi pembunuh tu dapat kejar dia. Selepas dia pukul belakang kepala, pembunuh heret Jaehoon ke dalam teksi semula... bunuh Jaehoon dan tinggalkan tanda di cermin menggunakan darah Jaehoon." Younghyun membuat spekulasi di sebalik kejadian yang berlaku.
"Satu benda yang aku tak faham dengan pembunuh ni... Kenapa dia serang pemandu teksi?" Soal Yunho tidak puas hati. Selepas melihat rekod mangsa, sekali pun Jaehoon tidak pernah mendapat sebarang aduan negatif dari semua penumpang yang pernah menaiki teksi lelaki itu.
Younghyun tersenyum. "Dah nama pun psikopat. Bukan dia pandang pun orang tu macam mana, asalkan dia puas hati... Settle."
Seorang anggota polis yang berlari kecil ke arah mereka, mengambil nafas sebelum memberitahu sesuatu. "Maaf saya mencelah. Kotak hitam teksi yang Tuan suruh periksa tadi tiada sebarang rakaman semasa pembunuhan tu berlaku kecuali video petang semalam saja yang tidak dipadamkan."
Tidak menunggu arahan, anggota polis tadi terus menunjukkan rakaman kotak hitam yang dikatakan. Video itu memaparkan kemalangan kecil yang berlaku di persimpangan lampu isyarat. Younghyun memutar kembali rakaman itu untuk melihat penunggang motosikal yang hampir dilanggar Jaehoon lalu dia berhentikan video sejurus mengecam wajah mangsa.
"Chan?" Soalnya tidak percaya.
"Kau kenal ke budak tu?" Tanya Yunho apabila mendengar Younghyun menyebut nama lelaki di dalam rakaman yang sedang dimainkan.
"Dia boyfriend Hyera," beritahu Younghyun sambil memikirkan sesuatu. Kenapa pembunuh memadam semua rekod rakaman kecuali video kemalangan di persimpangan lampu isyarat. Adakah Chan ada kaitan dengan apa yang berlaku?
Tidak berkata apa-apa, Younghyun menuju ke arah mayat yang masih belum diambil pihak ambulans. Kesan jerutan pada leher dilihat secara dekat untuk memastikan jenis tali yang digunakan pembunuh. Sekali lagi Younghyun bingung.
"Yunho, cuba kau tengok pula kesan tali tu. Aku nak tahu fikiran kau sama tak dengan aku," ujar Younghyun. Tanpa banyak soal, Yunho mengikut saja apa yang dikatakan kawannya. Selepas melihat sendiri, Yunho memandang Younghyun.
"Tali kasut..," kata mereka serentak.
●○●○●○●○
Pintu bilik Yongbok diketuk beberapa kali. Chan yang berpakaian kemas setia menunggu kawan baiknya membuka pintu namun tiada sebarang jawapan. Tombol pintu dipulas lalu Chan melangkah masuk ke dalam bilik. Bunyi pancuran air yang kedengaran menunjukkan Yongbok sedang mandi.
Chan memandang beberapa buah buku yang tersusun di atas meja sebelum dia mengambil satu novel untuk dilihat. Helaian muka surat dibelek tanpa membaca isi yang tertulis.
"Seriuslah Yongbok baca buku macam ni," getusnya. Sebaris ayat yang menceritakan tentang pembunuhan secara terperinci cukup membuatnya meremang.
"Apa kau buat dalam bilik ni?" Buku yang dipegang Chan terjatuh kerana terkejut dengan suara Yongbok. Novel tadi diletakkan semula ke tempat asal sebelum Chan menjawab pertanyaan Yongbok.
"Tak ada apa... Aku nak keluar dengan Hyera sekejap. Takut kau cari, aku nak beritahu kau... Itu yang aku tunggu sementara kau mandi," jelas Chan.
Yongbok perasan salah satu dari novel yang sedikit teralih dari tempat asalnya sebelum memandang Chan semula. "Kau baca novel aku ke?"
"Aku tengok-tengok macam tu je, tak sanggup nak teruskan. Baca sebaris je lepastu aku letak semula. Maaf lah aku tak minta izin kau." Chan menggosok belakang kepalanya kerana rasa bersalah.
YOU ARE READING
The 𝐂𝐢𝐫𝐜𝐥𝐞 || ᵇᵃⁿᵍ ᶜʰᵃⁿ || ✓
Fanfic⚠️PERINGATAN. CERITA INI MENGANDUNGI:- 1) AKSI/ BABAK PEMBUNUHAN BERSIRI 2) MENYENTUH PERIHAL KESIHATAN MENTAL ◧◨◧◨◧◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧ Mengisahkan tentang Chan, yang bekerja sebagai penghantar makanan di sebuah restoran. Chan bersama teman serumahn...