◦𝐏𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠

492 61 62
                                    

Bunyi guruh berdentum beberapa kali dan tiada bintang kelihatan di langit malam menandakan hari akan hujan. Bulan pula hanya terlihat separuh saja oleh kerana diselimuti awan mendung.

Dalam samar-samar cahaya malam, seorang lelaki sedang berlari tidak tentu arah hinggalah langkahnya terhenti apabila menemui jalan mati. Mata hitamnya melilau mencari tempat untuk menyembunyikan diri. Tanpa membuang masa, dia segera berlari di sebalik kereta yang kebetulan terletak berhampiran dengannya.

Lelaki itu cuba mengawal nafas yang tidak stabil akibat berlari tadi. Rasa penat tidak dihiraukan lalu telefon terus dikeluarkan sebelum jari mendail nombor seseorang untuk meminta bantuan. Hanya itu saja cara yang terlintas di benak fikirannya.

Telefon dilekapkan pada telinga sementara menunggu panggilan dijawab manakala sepasang matanya pula mengintai melalui cermin kereta kalau-kalau orang yang mengejarnya tadi ada berdekatan. Bunyi derapan kasut yang kedengaran membuatkan dia menahan nafas kerana ketakutan.

"Tolonglah jawab..," rayunya perlahan apabila nombor yang didail tadi terus masuk ke peti suara. Sekali lagi jari mendail nombor yang sama.

Nafas lega dilepaskan apabila lelaki yang mencarinya itu semakin menjauh dari kereta, tempat dia berlindung tadi. Tidak lama kemudian, telefonnya berdering dan dia segera menjawab sebaik saja melihat nama pemanggil.

"Tol- tolong aku.. ada pembunuh kej-" kata-katanya terhenti apabila seorang lelaki berdiri di sebelahnya dengan senyuman di bibir.

"Jumpa pun..," ujarnya dengan santai.

Mulut serta merta tertutup rapat tanpa mengeluarkan sebarang suara sebaik saja memandang senjata di tangan lelaki itu. Telefon pada tangannya juga terlepas tanpa meneruskan kata. Seolah mengetahui nasib yang akan terjadi kepadanya malam itu, dia memejamkan mata sebelum kepalanya dihentak beberapa kali dengan objek keras tadi.

Badan rebah ke tanah dan darah mula mengalir perlahan di kepala. Pandangan mula kabur diiringi rasa sakit yang teramat akibat hentakan kuat.

"Aku buat macam ni sebab kau dah tahu rahsia aku..," jelas lelaki itu lalu tertawa perlahan. Senjata yang berdarah itu segera dilap pada baju sebelum disimpan semula ke dalam poket.

Telefon yang terbiar di atas tanah dipandang dengan sayu. Tiada kudrat lagi tersisa untuk mengambil telefonnya. Harapan meminta bantuan nampaknya tidak tercapai. Mata mula terasa berat untuk dibuka. Bayang lelaki itu sudah menjauh sebelum pandangan berubah gelap sepenuhnya.

◉𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐◉





I'm back 🌚

yugf_kim
xxnrubyxx
CHANSH1NE
HyunRyy_
aika_hr
Icvelyyxx
changbingyu_

The 𝐂𝐢𝐫𝐜𝐥𝐞 || ᵇᵃⁿᵍ ᶜʰᵃⁿ || ✓Where stories live. Discover now