Hyunjae mula resah apabila motosikalnya tiba-tiba mati di pertengahan jalan. Dia memandang sekeliling jika ada orang yang lalu untuk meminta bantuan. Oleh disebabkan tidak mahu menunggu lama, dia membuat keputusan untuk menelefon Chan. Mana tahu kawannya itu boleh menolong. Tidak lama selepas menghubungi Chan, Hyunjae menarik nafas lega sebaik saja rakan sekerjanya bersetuju untuk membantu.
Dagu ditongkat di atas motor sambil menunggu. Beg makanan yang terletak di bahagian belakang, dipandang sekilas sebelum dia mengeluh kecil. Mana tidaknya, orang yang memesan makanan itu ialah pelanggan sama yang memarahi Chan atas alasan lambat. Sekarang, dia yakin akan berdepan nasib yang sama. Lebih kurang 20 minit kemudian, Chan tiba.
"Terima kasih, Chan. Aku dah tak tahu nak minta tolong siapa lagi," ucap Hyunjae lalu menghampiri Chan.
"Tak ada apalah. Lagipun aku on the way balik masa kau call tadi. Siapa yang order makanan waktu macam ni?" Soal Chan hairan sejurus melihat jam tangannya.
Hyunjae menarik muncung. "Lelaki yang kau cerita hari tu. Dia kan pelanggan tetap jadi bos suruh aku ambik je order walaupun waktu kerja aku dah habis. Kau tumpangkan aku, ya? Lepas siap hantar makanan... Kita datang sini balik ambil motor."
Chan tidak berkata apa-apa selain mengangguk. Lagipun jarak bangunan apartmen tidaklah jauh mana dari situ. Hyunjae mengambil plastik makanan sebelum membonceng motosikal yang dibawa Chan.
"Betul tak nak aku teman? Encik Kim dahlah jenis panas baran tak tentu pasal. Silap-silap kau pula yang kena belasah dengan dia." Chan meminta kepastian. Risau juga jika berlaku apa-apa kepada Hyunjae nanti oleh kerana dia pernah mengalami situasi itu.
"Tak apa... Dia angkat tangan, aku lari dulu. Tunggu tau!" Ujar Hyunjae lalu berlari kecil menuju ke arah lif.
Tiba di tingkat 4, Hyunjae menapak keluar dari lif. Nombor apartmen dilihat semula sebelum meneruskan langkahnya ke rumah yang bernombor 436, di mana pelanggan itu menetap.
Dua keningnya bertaut bila melihat pintu rumah dalam keadaan separuh terbuka. Air liur ditelan perlahan. "Dia dah ready awal-awal ke nak belasah aku?"
Loceng ditekan meskipun pintu dalam keadaan terbuka. Hyunjae tidak mahu pula dirinya dituduh mencuri nanti. "Encik Kim? Penghantaran makanan."
Senyap. Bukan sahaja suara bahkan sebarang bunyi langsung tidak kedengaran. Memikirkan Chan sedang menunggunya di bawah, Hyunjae memberanikan diri menolak pintu rumah. Marah atau tidak, dia tidak peduli tambahan pula masa tetap berjalan jika dia hanya menunggu di situ.
"Encik Kim? Saya mas-" Plastik makanan di tangannya serta merta terlepas dari pegangan apabila melihat mayat tuan rumah dalam keadaan sangat ngeri. Sekali lagi Hyunjae terpaku di tempatnya sebaik saja melihat kesan darah yang ada di dalam rumah itu. Tidak mahu berada di situ lebih lama, Hyunjae terus berlari keluar menuju ke tempat parkir di mana Chan menunggunya.
"Chan!!! Chan!!!" Jerit Hyunjae dalam keadaan berlari. Melihat keadaan Hyunjae dalam ketakutan, Chan terus turun dari motosikal lalu menghampiri Hyunjae.
"Weh, kenapa ni??" Soal Chan cemas. Wajah Hyunjae yang pucat lesi itu membuatkannya bertambah risau.
"En- Encik Kim.. dah mati!" Beritahu Hyunjae manakala Chan sudah tidak berkelip mata mendengar apa yang disampaikan kawannya.
●○●○●○●○
Yongbok bersiul kecil sambil kedua tangannya dimasukkan ke dalam saku baju yang dipakai. Batu-batu kecil di tepi jalan, ditendang perlahan sambil matanya menikmati pemandangan malam. Kelakuannya terhenti apabila telefon berdering. Melihat nama pemanggil, Yongbok terus menjawab.
YOU ARE READING
The 𝐂𝐢𝐫𝐜𝐥𝐞 || ᵇᵃⁿᵍ ᶜʰᵃⁿ || ✓
Fanfiction⚠️PERINGATAN. CERITA INI MENGANDUNGI:- 1) AKSI/ BABAK PEMBUNUHAN BERSIRI 2) MENYENTUH PERIHAL KESIHATAN MENTAL ◧◨◧◨◧◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧ Mengisahkan tentang Chan, yang bekerja sebagai penghantar makanan di sebuah restoran. Chan bersama teman serumahn...