✿𝓑𝓐𝓑 8

3.1K 119 3
                                    

HANAN yang sedang sibuk menyiram pokok bunga, menoleh ke gazebo di mana Nadhirah sedang terbaring kemalasan sambil membaca komik Doraemon kegemarannya. Sesekali kedengaran gadis itu ketawa besar sehingga membuatkan dia hilang fokus terhadap kerja yang dilakukan.

"Sha, kau tengok si Nad tu..." Latisha yang sedang membasuh kereta segera berpaling apabila namanya dipanggil.

Matanya turut sama terarah ke arah gazebo. Kepalanya yang tidak gatal, digaru.

"Nad tu dah kenapa? Lawak sangat ke komik yang dia baca tu? Ke dia ketawa sekadar untuk hiburkan diri dia yang tengah stres tu?" tanya Latisha.

Hanan mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.

Adakah Tengku Afiq menjadi punca sahabat mereka menjadi semakin hari tidak kelihatan waras?

"Biarlah dia. Mana tahu dia tengah stres disebabkan buaya berduit tu. Maklumlah, majlis kan lagi beberapa minggu je," Hanan yang baru teringat tentang majlis pernikahan yang akan berlangsung lagi 2 minggu, segera mengiakan andaian Latisha.

"Aku baru teringat pasal majlis tu! Aku kesianlah tengok Nad. Tak ada ke cara untuk kita tolong dia?"

"Aku ada satu idea. Tapi nanti kau cakap aku main-main pula," Dahi Hanan berlapis. Dia menantikan cadangan dari Latisha.

"Apa idea kau tu? Mana tahu berhasil?"

"Kita bawa Nad lari."

Huh! Dia dah agak dah! Hanan yang sudah lali dengan cadangan mengarut Latisha, hanya mengabaikan cadangan itu dan menyambung kerjanya.

"Nan, kau dengar tak apa aku cakap ni?" Latisha tidak puas hati apabila Hanan bertindak mengabaikannya.

"Tak dengar dan malas nak dengar idea kau yang tak masuk akal tu."

"Mana ada idea aku tak masuk akal! Betullah. Itu je cara yang ada untuk kita tolong Nad," Latisha masih berkeras dengan cadangan karutnya.

Kedengaran Hanan mengeluh panjang. Dia berjalan menuju ke paip air lalu memusingkan kepala paip tersebut untuk memberhentikan air yang terus mengalir.

"Apa idea kau sebenarnya ni? Cuba bagitahu secara detail?" tanya Hanan acuh tak acuh sekadar ingin melayan. Karang nanti tak layan, merajuk pula!

"Macam ni, kita bawa Nad pergi holiday secara mengejut. Langkawi ke? Cameron Highlands ke? Kalau Nad on, esok juga aku tempah tiket," Latisha memperjelaskan cadangan mengarutnya itu.

"Kau lupa ke siapa bakal suami kawan kau tu, Sha? Terang-terang dia tu orang berada. Nama pun buaya berduit. Sekejap je nanti kita kena tangkap dengan orang-orang dia."

Latisha hampir mati akal. Dia sudah tidak tahu bagaimana mahu mencari jalan untuk menolong sahabatnya itu.

"Kalau macam tu, kita bawa Nad lari pergi luar negara! Jangan lari dekat-dekat. Kita pergi New Zealand ke? Turki ke?"

Tak habis-habis dengan idea pelik dia tu! Layankan saja, Nan. Hanan cuba memujuk dirinya agar lebih bersabar dengan pemikiran Latisha yang lebih rendah dari kanak-kanak tadika.

"Hmm! Boleh tahan juga idea kau ni, Sha. Apa kata kau sorang je yang bawa Nad lari? Aku tak nak masuk campur. Tak pasal-pasal aku kena jadi pelarian hanya disebabkan nak selamatkan Nad," Hanan mengelengkan kepalanya. Dia mencipta langkah menuju ke gazebo di mana masih terdapat Nadhirah yang sedang bermalas-malasan.

"Tak adil! Kata kawan," Latisha menarik muncung sebelum turut sama membuntuti langkah sahabatnya menuju ke gazebo.

Fuh! Panasnya! Latisha mengesat kasar peluh yang membasahi dahinya menggunakan hujung lengan baju. Sudahlah panas disebabkan cuaca, ditambah pula kesal dengan sikap Hanan yang selalu memandang rendah terhadapnya.

BOOK 3: GADIS IDAMAN MR. RICH [IN EDITING]Where stories live. Discover now