TENGKU AFIQ menjeling sekilas ke arah bahagian penumpang disebelahnya. Kelihatan Nadhirah sedang tersenyum sendiri sambil membelek-belek cincin berbentuk hati yang tersarung di jari manisnya. Dia geleng kepala.
Excited betul perempuan ni. Agak selama ni tak pernah pakai barang kemas ke?
"Tengku..."
"Hmmm?" sahutnya acuh tak acuh. Pandangan matanya masih tertumpu pada jalan raya.
"Mummy balik naik apa? Saya risaulah tengok mummy tunggu sorang-sorang," tanya Nadhirah risau.
Tidak sampai hati pula apabila teringat akan Tengku Hajah Fatimah yang berdiri di hadapan pintu keluar utama Golden Mall keseorangan. Dia ingin menemani wanita terhormat itu namun Tengku Afiq asyik memaksanya untuk segera pulang.
Sakit hati pula dia dengan perangai tak berperikemanusiaan lelaki itu. Kejam dengan orang lain masih boleh dimaafkan lagi, tapi ini dengan ibunya sendiri!
"Kau tak payah risau. Lepas je kita pergi, ada orang jemput mummy balik. Tadi aku nampak kereta dia."
"Siapa?" Nadhirah semakin tertanya-tanya.
Dia bukan apa, dia cuma risau akan keselamatan bakal ibu mentuanya itu. Macam mana kalau jadi apa-apa?
"Kau ni banyak tanyalah. Nanti lepas kahwin kau tahulah. Hari-hari kau jumpa dia!" Tengku Afiq mengelengkan kepala. Kesal apabila Nadhirah terus bertanya.
Nadhirah mencebik. Tanya pun tak boleh!
Kedengaran bunyi deringan panggilan masuk dari IPhone milik Tengku Afiq. Panggilan disambungkan lalu lelaki itu memasukkan earphone ke dalam lubang telinganya.
"Hello, sayang!"
Dahi Nadhirah berlapis-lapis apabila mendengar perkataan 'sayang' yang keluar dari mulut Tengku Afiq. Tambahan pula, nada suara yang digunakan lembut dan ceria.
Ceh, dengan perempuan lain bukan main kau ya! Dengan aku, bukan main kasar kau ya.
"Nak jumpa sekarang? Sudah semestinya boleh, sayang. Dekat mana tu?"
Nadhirah hanya memasang telinga walaupun hakikatnya dia langsung tidak mendengar suara dari pemanggil. Tapi dia yakin pemanggil merupakan seorang wanita.
"Okey! I datang sekarang," Usai berkata sedemikian, panggilan dimatikan.
"Nad, aku berhentikan kau dekat stesen bas."
Mata Nadhirah terbuntang luas. Dengan sepantas kilat, dia menoleh ke arah Tengku Afiq yang masih fokus dalam pemanduannya. Air muka lelaki itu kekal tenang bagaikan dia tidak membuat kesalahan.
Aku salah dengar kut. Takkan mamat ni kejam sangat. Nadhirah cuba menyedapkan hatinya.
"Apa dia, tengku? Boleh ulang balik?" pintanya.
"Aku kata, aku akan berhentikan kau dekat stesen bas."
Apabila lelaki itu benar-benar mengulangi ayatnya membuatkan Nadhirah rasa ingin menangis. Dia menyengah ke arah luar tingkap kereta bagi melihat pemandangan luar.
Ah, macam mana ni? Sudahlah mereka sekarang masih berada di tengah-tengah bandar raya dan ia terletak agak jauh dengan rumah sewa Nadhirah. Terpaksalah dia telefon rakan serumahnya untuk menjemputnya pulang.
"Tengku nak pergi mana?"
"Jumpa girlfriend aku."
Nadhirah dapat merasakan hatinya bagaikan dihiris menggunakan pisau belati yang tajam. Bukan kerana dia cemburu namun terkilan dengan layanan lelaki itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/196078604-288-k245375.jpg)
YOU ARE READING
BOOK 3: GADIS IDAMAN MR. RICH [IN EDITING]
Romansa#1 in romance (2/5/2021) 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @KuSyifaa_ Lelaki kaya itu. Hidup berlandaskan duit, pangkat dan juga wanita. Petik sahaja jari, berderet yang datang mahu menjadi kekasihnya. Siapa sahaja yang tidak mengenalnya? Sesiapa s...