✿𝓑𝓐𝓑 7

25.7K 987 16
                                    

TENGKU AFIQ memandang pelik ke arah Nadhirah yang sedang duduk berhadapan denganya. Penampilan gadis itu pada hari ini amat berlainan dengan hari-hari sebelumnya. T-shirt lengan panjang dan seluar sukan dikenakan pada tubuh. Wajah pucat seperti mayat. Hidung merah seperti terkena selesema teruk. Bawah mata kelihatan lebam seperti menangis seharian. Adakah gadis itu sedang dilanda masalah serius? Ataupun sebenarnya gadis itu memiliki kekasih dan mereka putus kerananya?

Tak mungkin! Nadhirah tidak memiliki kekasih. Dari fail maklumat yang diberikan oleh Kayrul tempoh hari mengatakan bahawa Nadhirah bujang dan tidak memiliki hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki sekalipun.

Jadi, apa masalah yang sebenar?

Sudah tidak tahan dengan suasana senyap, Tengku Afiq mengalah dan menegur gadis berwajah pucat seperti mayat itu.

"Woi, Nad. Kau dah kenapa ni? Asal dengan muka kau? Siapa yang berani buat kau nangis ni?"

Nadhirah sakit hati dengan soalan-soalan yang keluar dari mulut Tengku Afiq. Diikutkan hatinya, mahu sahaja dia melepaskan satu tendangan padu untuk melepaskan geramnya terhadap lelaki gila itu.

Sudahlah panggilan yang digunakan semakin kasar bunyinya. Lelaki itu bukan pandai menjaga hatinya.

"Tengku lah, siapa lagi?!" Nada suara Nadhirah naik seoktaf. Tengku Afiq terdiam buat seketika.

"Apa maksud kau? Aku tak faham."

"Jangan buat-buat bodoh tak faham, Tengku Afiq. Dua hari lepas tengku buat apa?"

Kelihatan Tengku Afiq sedang berfikir seketika.

"Pergi rumah family kau masuk meminang. Jadi, kenapa?" balas Tengku Afiq selamba. Nadhirah sakit hati melihat air muka selamba lelaki itu.

Kenapa dia kata?!

"Benda ni kita tak boleh buat main. Ini melibatkan hidup dan mati. Walau apa pun tengku buat, ingat bahawa saya takkan pernah setuju untuk berkahwin dengan tengku!" tegas Nadhirah.

Mendengar kata-kata Nadhirah membuatkan air muka Tengku Afiq berubah keruh. Nadhirah cuak namun dia cuba memberanikan diri untuk bersuara.

"Baik. Kalau itu yang kau nak..." Perlahan-lahan senyuman terukir di bibir Nadhirah. Nampaknya dia masih ada lagi peluang!

"Tapi aku kan jumpa family kau sekali lagi dan cakap kau hutang aku selama ni. Aku akan suruh family kau bayar dalam tempoh masa dua hari sahaja, Kalau tak, benda buruk akan terjadi. Sepuluh ribu bukan nilai yang sedikit, Nad. Kalau kau betul-betul sayangkan keluarga kau, just terima lamaran aku dan kita kahwin."

Tak guna! Lelaki itu masih lagi mahu mengugutnya namun kali ini lebih kejam. Nadhirah sudah bertindak mengepal penumbuknya di bawah meja. Kenapa setiap kali mereka bertemu, lelaki itu selalu ingin menyakiti hatinya dan menguji kesabarannya?

"Tapi kau tak perlu risau. Kalau kau setuju dengan lamaran aku, aku janji aku akan sediakan semua keperluan kau. Aku janji kau akan selamat dan selesa bila kita kahwin nanti. Kalau kau berhenti kerja sekali pun, aku janji duit dalam akaun bank kau takkan pernah kering. Malahan, aku boleh bayar tiga kali ganda daripada bayaran gaji bulanan kau sekarang ni. Be my wife, Cik Nadhirah..."

Nada suara lelaki kaya itu kedengaran agak terdesak dan separuh merayu. Adakah dia akan cair dengan semudah itu?

Kekayaan? Dia langsung tidak kisah dan peduli dengan kekayaan lelaki kaya itu. Kekayaan tidak menjanjikan kebahagian.

Adakah dia sanggup hidup kaya-raya namun akhirnya tidak bahagia?

"Jadi macam mana, Cik Nadhirah?"

BOOK 3: GADIS IDAMAN MR. RICH [IN EDITING]Where stories live. Discover now