TELEFON pintarnya dibelek. Dia memuncungkan bibirnya. Tangan kanannya bermain-main dengan anak rambut. Dia mengeluh.
Haih, mana mamat ni? Sombong betullah!
Telefon dibaling ke atas katil. Dia turut merebahkan badannya ke atas tilam. Wajahnya muram.
"Woi!" jerkah Hanan yang entah datang dari mana. Dia sedang menyandarkan badannya pada pintu bilik.
"Apa?"
"Kau dah kenapa, Sha? Sedih semacam je," tegur Hanan.
"Si tunang aku nilah. Tak pernah nak call aku. Penat tau setiap malam aku tunggu..." luah Latisha sebal.
"Tunang?" Dahi Hanan berkerut.
"Siapa lagi kalau bukan Kayrul, tunang kesayangan aku."
"Hei, sejak bila pula si Kayrul tu tunang kau?"
Latisha tersengih.
"Alah, bagilah aku rasa kebahagiaan palsu ni sekejap."
Ketawa Hanan meletus. Dia menghampiri sahabatnya itu lalu kepala Latisha diluku.
"Sakitlah, sengal!"
"Kau tulah yang sengal. Kalau lambat sangat nak tunggu dia call kau, kau je lah yang call dia," cadang Hanan.
"Kau gila? Jatuhlah saham aku sebagai wanita paling cantik di dunia ni," ujar Latisha sambil mengibas rambutnya yang panjang ke belakang. Ala-ala model terkenal.
"Habis selama ni kau yang terhegeh-hegeh dekat dia saham kau tak jatuh?" sindir Hanan.
"Itu kes lain. Kau tak boleh babitkan kes tu dengan kes sekarang!" bidas Latisha laju. Dia mencebik.
"Apa yang lain? Sama je."
"Lain. Itu melibatkan hati dan perasaan. Aku kenalah mulakan dulu. Kalau tak, memang dia takkan pandang aku punya," jelas Latisha.
"Habis kes sekarang melibatkan apa?"
"Sekarang melibatkan maruah. Kalau aku call dia, mesti dia kata aku ni perempuan tak tahu malu. Perigi cari timba."
Hanan menggelengkan kepalanya. Habis selama ni bukan memang perigi cari timba?
"Lantak kaulah! Asalkan kau bahagia dengan kebahagiaan palsu kau tu." putus Hanan.
"Eleh, aku tahulah kau cemburu dengan aku, kan? Sebab kau tak laku!"
"Eh, kau ni! Hati aku limited edition lah. Hanya yang layak sahaja yang dapat tau." Dengan megahnya, Hanan berkata.
"Sedihnya. Tak apa, nanti aku promote kau dekat Instagram, eh? Aku tulis dekat bawah. Gadis yang lama kesepian. Memerlukan boyfriend segera. Jika berminat,boleh menghubunginya di nombor yang tertera di bawah. Sekian, terima kasih. Okey?"
Hanan berdecit geram. Perut Latisha dicubit.
"Kau ingat aku ni barang ke apa? Huh!"
Latisha terkekeh-kekeh mentertawakan sahabatnya itu. Bahu Hanan diraih lembut.
"Alololo! Janganlah marah..." Belum sempat Latisha memujuk sahabatnya, mereka dikejutkan dengan deringan telefon pintar milik Latisha.
"Siapa tu yang call?" Hanan mengangkat tinggi keningnya. Latisha turut keliru.
Skrin telefon diintai. Nama 'Kayrul My Tunang' tertera di skrin.
"Wow! Kayrul your tunanglah telefon!" kata Hanan sambil menutup mulutnya menggunakan telapak tangan.
"Weh, apa aku nak buat ni?! Hanan!" Latisha panik.
"Woi, yang kau gabra sangat ni dah kenapa? Angkatlah!"
YOU ARE READING
BOOK 3: GADIS IDAMAN MR. RICH [IN EDITING]
Romance#1 in romance (2/5/2021) 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @KuSyifaa_ Lelaki kaya itu. Hidup berlandaskan duit, pangkat dan juga wanita. Petik sahaja jari, berderet yang datang mahu menjadi kekasihnya. Siapa sahaja yang tidak mengenalnya? Sesiapa s...