JAM tangan jenama Rolex yang terdapat di kotak, diambil sebelum disarungkan pada pengelangan tangan. Tali leher dirapikan. Kemudian, dia mengambil pula blazer berwarna navy blue yang tersangkut di penyangkut pakaian. Blazer disarungkan pada tubuh sasanya itu. Akhir sekali, botol minyak wangi dicapai sebelum disembur pada pakaiannya. Dia meneliti wajahnya buat kali terakhir di hadapan cermin.
Siap!
"Tengku dah siap, kan? Turn saya pula!"
Secara tiba-tiba, tubuh sasanya ditolak menjauhi cermin. Wajahnya berkerut tanda tidak puas hati.
"Apa ni? Aku belum puas belek muka aku lagilah!"
Nadhirah buat tidak endah. Dia sibuk cuba membutangkan pin tudung ke selendangnya. Jam dinding dikerling beberapa kali. Dia cemas.
Sudahlah pagi ini dia bangun lewat. Tudungnya pula tidak mahu memberi kerjasama! Dia hanya tinggal satu jam sahaja untuk ke pejabat. Kalau lewat tiba, habislah dia!
Tanpa dia sedari, terdapat sepasang mata yang asyik memerhatikan perlakuannya. Tengku Afiq mengaru hujung keningnya.
"Kau ni kelam kabut semacam ni dah kenapa?"
Nadhirah yang tergesa-gesa, Tengku Afiq pula yang rimas.
"Saya dah lambat tahu tak?! Ini semua salah tengkulah ni. Kenapa tak kejut saya masa subuh tadi?!"
"Salahkan aku pula? Kau kan tengah cuti, buat apa aku kejut kau untuk solat? Lain kali pesan awal-awal. Ish, sepatutnya kau yang kejut aku. Ini aku pula yang kena kejut kau!"
Tengku Afiq geram apabila dia pula dipersalahkan. Tangan sudah berada dipinggang. Mata sudah dibesar-besarkan.
Whatever!
Nadhirah malas mahu terus berdebat lelaki itu. Tangannya masih struggle betulkan dan melilitkan selendang yang berada di kepala.
Dia mendengus kasar. Waktu-waktu macam ni pulalah pin ni nak buat hal!
Tengku Afiq menggelengkan kepala. Dia berjalan menuju ke katil sebelum melabuhkan punggunya di birai katil.
Dia tidak perlu tergesa-gesa seperti Nadhirah. Dia boleh masuk ke pejabat bila-bila masa sahaja dia mahu. Bos katakan!
"Hari ni kau balik pukul berapa?"
"Macam biasa pukul 5 petang," balas Nadhirah acuh tak acuh.
Tengku Afiq angguk.
"Jom lunch dengan aku hari ni!"
"Maaf tak boleh. Hari ni saya kena lunch dengan klien," Laju sahaja ajakan Tengku Afiq ditolak oleh Nadhirah.
Kening Tengku Afiq hampir bercantum. Sekali lagi dia tidak puas hati. Sebelum kahwin, ajakannya ditolak, dia masih lagi boleh terima. Sudah kahwin pun gadis itu masih mahu menolak ajakannya! Kejam betul!
"Siapa klien tu? Penting sangat ke kalau nak dibanding aku dengan dia?!"
Nadhirah cemik. Cemburulah tu!
"Klien tu orang Malaysia. Tujuan dia pun sama dengan tujuan tengku. Dia nak buka cawangan baru restoran dia dekat Jepun. Jadi, saya kenalah discuss dengan dia tentang projek tu. Tengku jangan risau, kami bukan hanya berdua. Hanan dengan Mr.Kosuke pun ada sekali."
Dan-dan dahi Tengku Afiq berlapis. "Siapa Mr. Kosuke?"
"Encik Kosuke tu owner syarikat pembinaan yang terkenal dekat Jepun. Razzura Holdings akan bekerjasama dengan beliau untuk menjayakan projek ni," Terang Nadhirah.
Akhirnya, Tengku Afiq mengangguk tanda faham. At least tak adalah dia risau sangat akan keselamatan Nadhirah. Hanan ada menemani isterinya.
"Okey! Jangan berkepit sangat. Aku tak suka."
YOU ARE READING
BOOK 3: GADIS IDAMAN MR. RICH [IN EDITING]
Romansa#1 in romance (2/5/2021) 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @KuSyifaa_ Lelaki kaya itu. Hidup berlandaskan duit, pangkat dan juga wanita. Petik sahaja jari, berderet yang datang mahu menjadi kekasihnya. Siapa sahaja yang tidak mengenalnya? Sesiapa s...