NADHIRAH menggeleng kesal. Ini mesti Latisha bagitahu! Siaplah minah tu nanti! Nadhirah berang.
"Nad..." tegur satu suara garau.
Dia memejamkan mata. Suara itu...
Tengku Afiq cuba untuk memegang bahu isterinya namun pantas sahaja dia menepis.
"Jangan sentuh saya."
"Aku rindu kau. Aku bangun je, kau dah tak ada dekat sebelah."
Nadhirah mengeluh.
"Saya perlukan masa. Tolong faham saya, tengku."
"Tapi sampai bila? Aku betul-betul menyesal dengan apa yang terjadi. Hukumlah aku asalkan kau boleh maafkan aku."
"Hati saya masih sakit. Apa yang tengku buat macam tengku pijak maruah saya. Tengku dah pun meniduri saya lepas tu tengku buat macam tak ada apa-apa berlaku."
"Aku tahu aku salah. Tolong bagi aku peluang kedua untuk tebus kesalahan ni." Tangan Nadhirah diraih.
"Peluang? Orang macam tengku minta perempuan macam saya ni peluang?" sinis Nadhirah.
Tengku Afiq diam.
"Tengku dah biasa tidur dengan perempuan. Tak ada masalah lah bagi tengku. Bagi tengku, perempuan ni ibarat baju. Kalau tengku petik jari, ramai je perempuan dekat luar sana beratur," sambung Nadhirah.
"Yes, semua tu memang betul tapi tu dulu. Tapi, dia orang sendiri yang datang dekat aku. Dia orang sendiri yang rela tubuh mereka disentuh. Semua ni jadi lepas Mahmudah meninggal dunia. Bagi aku semua perempuan sama. Hanya nakkan duit aku saja," ujar Tengku Afiq panjang lebar.
"Hebat sangat ke perempuan yang bernama Mahmudah tu sampai tengku berubah?"
"Aku cintakan dia. Dia cinta pandang pertama aku. Dia baik. Setia dengan aku. Sentiasa ada dengan aku sama ada aku senang ataupun susah," terang Tengku Afiq.
"Habis kenapa tengku salahkan Tengku Im?"
Nadhirah semakin ingin tahu. Walaupun Amir sudah pun menjelaskannya tapi dia masih lagi mahu mendengar jawapan dari Tengku Afiq.
"Disebabkan si tak guna itulah Mahmudah mati! Dia buatkan aku meragui cinta Mahmudah. Bila aku sampai je, Mahmudah hampir tidak sedarkan diri. Badan dia berlumuran darah. Tiba di hospital, dia disahkan meninggal dunia..."
Tengku Afiq menyeka air matanya. Entah bila dia menangis pun dia tidak perasaan.
Nadhirah Syazwani kekal mendiamkan dirinya. Dia mahu mendengar segalanya.
"Bagi aku, tak ada perempuan sebaik arwah Mahmudah. Dia ikhlas mencintai aku."
Nadhirah semakin sakit hati mendengar cerita Tengku Afiq. Perasaan cemburu mula menguasai.
Tengku bodoh! Mahmudah memang menduakan tengku tapi disebabkan cinta, tengku jadi buta. Tak pasal-pasal perempuan di luar sana menjadi mangsa. Kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti! Marah Nadhirah di dalam hati.
"Hati tengku masih lagi untuk dia?" soal Nadhirah perlahan.
"Ya tapi dulu. Sekarang ni aku dah jatuh cinta dengan seseorang. Walau macam mana pun, aku tetap takkan lupakan arwah Mahmudah. Macam mana pun dia tetap ada di hati aku."
Nadhirah tersenyum hambar.
"Untung perempuan sebab berjaya buka pintu hati tengku, kan?" kata Nadhirah sambil tertawa kecil. Dia cuba menahan rasa sebak yang semakin melanda. Dia mula mencipta jarak mereka.
"Aku yang sepatutnya beruntung sebab dah jatuh cinta dengan dia."
"Kalau macam tu tengku cubalah dapatkan perempuan tu. Tengku kan hebat dalam memikat perempuan. Lepas berjaya tawan hati dia, tengku lepaskan saya. Betul, saya tak kisah!" Nadhirah cuba menyakinkan lelaki tersebut.
YOU ARE READING
BOOK 3: GADIS IDAMAN MR. RICH [IN EDITING]
Roman d'amour#1 in romance (2/5/2021) 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @KuSyifaa_ Lelaki kaya itu. Hidup berlandaskan duit, pangkat dan juga wanita. Petik sahaja jari, berderet yang datang mahu menjadi kekasihnya. Siapa sahaja yang tidak mengenalnya? Sesiapa s...