MATA Nadhirah tidak berkelip memandang susuk tubuh sasa yang segak mengenakan tuxedo hitam ditubuhnya. Lelaki itu tegak berdiri di hadapannya. Tiada segaris senyuman yang menghiasi wajah tampan itu.
Nadhirah tertanya-tanya. Siapa lelaki ini? Perompak? Perogol? Lelaki itu ada niat jahat terhadapnya? Nadhirah ingin bertanya namun lelaki itu terlebih dahulu menyoal.
"Mrs Tengku Afiq Ikhwan?"
Mana mamat ini tahu nama suaminya? Lambat-lambat Nadhirah angguk.
"Ya, saya. Encik ni siapa?" Giliran Nadhirah pula bertanya identiti lelaki tersebut. Namun, pertanyaannya tidak dijawab.
"Nama saya Kayrul. Tengku Afiq hantar saya untuk bawa puan muda ke rumah beliau. Saya harap puan muda dapat ikut saya."
Kekok pula Nadhirah apabila dipanggil dengan panggilan 'puan muda'. Seumur hidupnya, ini merupakan kali pertama dia digelar dengan panggilan tersebut. Paling-paling tidak pun orang selalu menggunakan panggilan 'cik' atau 'puan'.
"Tapi macam mana dengan pakaian saya yang masih lagi dekat rumah sewa? Kereta saya? Takkan saya nak biarkan kereta saya terus parking dekat office?" Nadhirah risau akan keretanya yang masih terparkir di tempat meletakkan kenderaan.
"Puan muda jangan risau. Akan ada orang yang bawa kereta puan muda ke sana nanti. Tentang pakaian pula, nanti pun akan ada orang ambil dan bawa ke rumah tersebut."
"Siapa?"
Nadhirah susah untuk percayakan orang. Macam mana kalau keretanya dicuri lalu dijual?
"Tentang itu nanti puan muda akan tahu. Puan muda jangan risau. Kami amanah dengan tugas yang diberikan." Kayrul cuba meyakinkan Nadhirah yang tampak was-was.
"Saya tak kisah nak ikut encik tapi sekarang saya masih dalam waktu bekerja. Mana boleh saya lari balik macam tu sahaja."
Ya, dia cuba mengelak.
"Puan muda tak perlu risau tentang tu. Tengku awal-awal lagi sudah minta izin majikan puan muda untuk pulang awal."
Gagal!
"Kalau macam tu, jomlah kita pergi. Karang tak pasal-pasal pula bos encik tu bising." Nadhirah mengalah. Dia cuba membuka pintu kereta namun dihalang oleh lelaki tersebut.
"Puan muda kena tutup mata."
Ah, sudah!
Nadhirah bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar.
"Saya rasa itu bukan idea yang baik." Nadhirah menolak. Kini, air mukanya sudah berubah kelat.
"Saya hanya mengikut arahan. Tolong faham keadaan saya. Saya janji saya tidak akan apa-apakan puan muda. Puan muda dibawah tanggungjawab saya."
Nadhirah berbelah bahagi. Kayrul sudah pun mengeluarkan sehelai kain dari poket seluar hitamnya. Akhirnya, Nadhirah angguk tanda bersetuju.
Kayrul tersenyum sebelum berjalan ke belakang Nadhirah. Kain itu diikat menutupi mata gadis itu sehingga membuatkan pandangan Nadhirah gelap.
"Silakan masuk, puan muda."
Susah payah Nadhirah untuk masuk ke dalam kereta dalam keadaan tidak nampak itu. Kedengaran pintu kereta ditutup dari luar. Demi mendengarkan itu, Nadhirah bertindak mengenggam beg tangan. Mana tahu ia boleh dijadikan alat untuk menyelamatkan diri jika lelaki itu benar-benar ada niat jahat terhadapnya.
"Puan muda jangan risau. Saya takkan sentuh puan muda kerana puan muda merupakan isteri kepada majikan saya. Saya setia dekat Tengku Afiq."
"Dah lama ke encik bekerja dengan tengku?" tanya Nadhirah acuh tak acuh. Hanya ingin menghilangkan rasa tidak selesa yang dari tadi bersarang di hati.
![](https://img.wattpad.com/cover/196078604-288-k245375.jpg)
YOU ARE READING
BOOK 3: GADIS IDAMAN MR. RICH [IN EDITING]
عاطفية#1 in romance (2/5/2021) 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @KuSyifaa_ Lelaki kaya itu. Hidup berlandaskan duit, pangkat dan juga wanita. Petik sahaja jari, berderet yang datang mahu menjadi kekasihnya. Siapa sahaja yang tidak mengenalnya? Sesiapa s...