✿𝓑𝓐𝓑 26

18.1K 716 33
                                    

SUDU dan garpu diletak perlahan di atas meja makan. Kenyang! Dia sempat menjeling Tengku Afiq yang masih lagi menikmati chicken chop yang dipesannya. Nampaknya lelaki itu sudah 'jinak' makan di kedai-kedai makan biasa. Jinak?

Kejamnya bahasa kau, Nadhirah.

Sejujurnya, Nadhirah memang dari awal lagi ingin mengubah cara hidup lelaki itu secara perlahan-lahan. Walaupun dia tahu yang dia tidak boleh mengubah sepenuhnya, namun selepas melihat peningkatan hasil usahanya, dia berpuas hati. Kini, dia hanya harus cekal menghadap sikap playboy dan suka berfoya-foya suaminya. Dia berharap suatu hari nanti lelaki itu akan berubah dan mencintai seseorang dengan sepenuh hatinya. Walaupun bukan Nadhirah orangnya, dia dengan rela hati akan tumpang gembira.

"Apa pandang-pandang? Kalau nak tambah, pergilah oder lagi," tegur Tengku Afiq tanpa mengangkat kepalanya.

"Saya dah kenyang."

"Dah tu kenapa?"

"Saya pelik dengan tengku. Setiap kali kita keluar, mesti ada perempuan seksi tegur kita. Tak pasal-pasal saya kena buat part time jadi ustazah nak back-up tengku!” Nadhirah kesal. 

Suapan Tengku Afiq terhenti. Dia tarik senyum sinis.

"Kau lupa ke yang kau kahwin dengan lelaki yang digilai ramai? Huh!" kata Tengku Afiq dengan penuh riak. Siap menepuk-nepuk dada lagi.

"Digilai ramai konon! Duit banyak bolehlah," gumam Nadhirah perlahan. Namun, dapat ditangkap oleh Tengku Afiq.

"Apa kau kata?!" Mata sudah dibesarkan.
"Tak ada apa-apa."

"Hai, Tengku Afiq!" tegur satu suara lunak.

Giliran Nadhirah pula senyum sinis. Nafas ditarik panjang. Nampaknya, kerja sampingannya sebagai ustazah harus bangkit kembali.

"Err… Hai!" Tengku Afiq seraya bangun dari duduknya.

"Nice to meet you, Tengku Afiq. I peminat setia, tengku,” kata gadis seksi itu dengan suara yang manja.

"Peminat I? Seriuslah?"

Tengku Afiq menjeling sekilas ke arah Nadhirah yang hanya memerhati dari tadi. Nadhirah mengangkat kening sebagai tanda ‘kenapa?’.

“Kalau tengku tak kisah, boleh I peluk sekejap? I dah lama sangat nak jumpa tengku,” pinta gadis itu separuh merayu. Bibir sudah dijuihkan.

Nadhirah sangkakan lelaki itu akan menolak namun tekaannya meleset.

Tengku Afiq mengangguk sebelum menarik tangan si gadis ke dalam pelukan. Mereka berpelukan buat seketika.

Mata Nadhirah membulat. Ternganga dia dibuatnya. 

“By the way, nama I Nora. I memang dah lama fans dekat tengku. Tak sangka pula hari ni I ada rezeki dapat jumpa tengku." Gadis bernama Nora itu memperkenalkan diri.

“Thank you. I hargainya.”

"Wait, siapa perempuan ni, tengku?" Nora mula memandang Nadhirah dari atas hinggalah bawah. Pandangan mencurigakan diberi.

Nadhirah cuba berlagak biasa. Dia sudah terbiasa dengan pandangan tersebut.

"Saya kawan dia,” jawab Nadhirah ringkas.

BOOK 3: GADIS IDAMAN MR. RICH [IN EDITING]Where stories live. Discover now