"WARDAH SAKEENA!!"jerit seorang wanita berumur 40-an sambil melangkah masuk ke dalam bilik anaknya yang bagaikan tongkang pecah itu.Melihat anaknya yang masih bergelumang dalam selimut menaikkan kemarahannya.
"Ibu,hari ni cutilah.Wardah nak tidur",kata anak itu sambil menggeliat kemalasan.
"Takde,takde.Bangun sekarang tolong pergi kedai Mak Yan.Barang dapur banyak dah habis,"kata wanita itu sambil keluar dari kamar anaknya.
Puan Zara,seorang wanita beranak satu yang telah kehilangan suami.Hidup berdua di dalam sebuah rumah usang peninggalan arwah suaminya namun dipenuhi kasih sayang dan gelak tawa yang mendamaikan.Hidup sebagai seorang 'single mother' memang bukan mudah,namun dengan dorongan yang penuh dari anak kesayangannya itu membuatkan dia terus kuat untuk menyara kehidupan mereka.
Melihat ibunya keluar dari bilik,Wardah Sakeena terus mengambil selimut selimutnya yang jatuh di atas lantai lalu terus menyelimuti dirinya.
"WARDAH!"jerit Puan Zara lagi setelah melihat semula ke dalam bilik anaknya dan melihat anaknya masih lagi terbongkang,nama je anak dara tapi tahap kemalasan bila nak bangun pagi mengalahkan anak teruna.
Mendengar jeritan percuma yang kuat lagi kencang dari ibu tersayang tersayangnya itu,Wardah Sakeena terus bangun dari pembaringannya dan berlari mencapai tuala lalu dengan tahap kelajuan mengalahkan The Flash dia terus menuju ke bilik air.Dia tahu bila ibunya sudah menjerit,itu bermakna dia bakal mendapat tiket percuma untuk mendengar jiran-jirannya menggelakkannya kerana rutinnya yang selalu bangun lewat pada hari cuti.
♡♡♡
"Assalamualaikum, Mak Yan,"jerit Wardah Sakeena setelah menurunkan tongkat basikalnya di depan kedai runcit milik Mak Yan.
Wanita tua yang dipanggil Mak Yan itu menoleh ketika mendengar namanya disebut
Atau lebih tepat,dijerit.
"Kamu ni,Wardah.Tak pernah tak buat Mak Yan terkejut.Nasib baik Mak Yan takde sakit jantung,"kata Mak Yan sambil menggeleng dan tersenyum.Dia sangat kenal dengan perangai Wardah Sakeena yang sangatlah suka menjerit.
"Mak Yan ni kot ye pun jawablah salam saya dulu,"kata Wardah Sakeena sambil mengerecutkan bibirnya tanda merajuk,macam cantik sangat bibir tu.
"Iyelah,waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh Cik Puan Wardah Sakeena,"jawab Mak Yan berseloroh.
Wardah Sakeena tergelak dengan cara jawab Mak Yan. "Ha,macam tulah.Mak Yan jangan risaulah.Saya taulah Mak Yan takde sakit jantung. Sebab tu saya berani terkejutkan Mak Yan,".
"Haih,dah la kamu ni.Pergilah pilih barang apa kamu nak beli.Makin Mak Yan layan kamu makin pening Mak Yan,"jawab Mak Yan sambil menggelengkan kepalanya dan berjalan menuju ke kaunter.
"Kalau boleh saya nak pilih Mak Yan jelah.Saya nak beli Mak Yan untuk jadi pembantu saya kat rumah,boleh?"seloroh Wardah Sakeena.
"Pergilah pilih barang tu!"jerit Mak Yan yang sudah rimas asyik menjadi mangsa usikan Wardah Sakeena. Pening dibuatnya jika melayan kerenah gadis 23 tahun ini.
Wardah Sakeena yang tahu wanita yang telah dianggap sebagai ibunya itu telah berasa menyampah dengan gelagatnya hanya tergelak dan terus menuju ke rak barangan dapur untuk membeli barang-barang yang dikirim ibunya.
Tbc
So,macam mana setakat ni?Okey x ceritanya?
Jangan lupa vote & comment sekali tau.Bagitau saya pendapat korang tentang cerita pertama saya ni.So,saya boleh perbaiki kesalahan saya untuk cerita seterusnya.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)
Mystery / ThrillerAndai aku tak mampu memilikimu,berilah aku peluang untuk menjadi pengganti dia -Wardah Sakeena- Satu tragedi tragik yang terjadi semasa zaman kanak-kanaknya membuatkan Wardah Sakeena terpisah dengan ibunya,Puan Syuhada' dan bapanya Encik Wafa' serta...