Setelah itu...
Wardah Sakeena terkejut apabila dia melihat satu persatu lelaki di hadapannya ditumbuk dan dibelasah oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.Lelaki itu berpakaian kemas.Dibantu oleh lampu jalan berdekatan,Wardah Sakeena dapat melihat lelaki tersebut memakai kot perang,kemeja putih di dalam dengan tali leher berwarna hitam.
'Sepertinya lelaki ini merupakan orang korporat.'fikir Wardah Sakeena.
Ceh,dalam situasi macam tu pun sempat usha lelaki tu.Perempuan biasalah,pantang nampak mamat hensem.Lagi-lagi kalau lelaki tu selamatkan kita dalam situasi bahaya.Ala-ala hero Hindustan gitu....
Berbalik pada cerita kita semula.
Wardah Sakeena dapat melihat ke ketangkasan gerak-geri lelaki itu.Seperti dia memang menguasai ilmu mempertahankan diri.
Setelah lelaki tersebut selesai membelasah kesemua lelaki yang berniat hendak merogol Wardah Sakeena, dia terus berjalan menuju ke arah Wardah Sakeena.
"Cik okey?"tanya lelaki itu dengan suara maskulinnya.
'Mak ai mamat ni,sedapnya suara.Hailah Wardah,untungnya kau jumpa mamat hensem macam ni.Mungkin aku kena berterima kasih kat lelaki-lelakk tu.'
Mulalah gedik dia tu sampai.Orang lain berharap takde bala datang.Dia berterima kasih pulak.
"Cik?Cik?Cik okey tak?"tanya lelaki itu sekali lagi setelah melihat perempuan di hadapannya hanya tersenyum tanpa membalas pertanyaannya.
"Ah,uhm.Saya okey.Terima kasih."balas Wardah Sakeena, malu-malu.
Author:Malu-malu tapi mahu...macam la aku tak tau😏.
Wardah Sakeena:Kau diam boleh tak?Teruskan jelah tulis cerita aku.
Author:Eh,kau ni.Sedap je marah aku.Aku stop tulis cerita ni karang.Takde peluang kau nak tackle mamat tu.
Wardah Sakeena:Weh janganlah,okey² sambung cerita kau.Buat happy ending tau.
Author:Cerita aku,suka hati aku la nak buat sad ending ke happy ending ke.
Wardah Sakeena:Weh!
Author:Ishh,yelah.Tengoklah nanti.
Maafkan saya,ada masalah teknikal tadi.
Mari bersambung kepada cerita kita.
"Awak buat apa kat sini?"tanya lelaki itu kepada Wardah Sakeena.
Wardah Sakeena pun menceritakan mengapa dia berada di KL dan apa yang terjadi.
"Ya Allah, bahayanya.Awak datang sini seorang diri?"
"Haah"
"Apa nama awak?"
'Dia tanya nama aku!Tak nak tanya nombor sekali ke?'sempat lagi minah ni.
"N-nama saya Wardah Sakeena."
"Hah?"tanya lelaki itu,dengan reaksi terkejut.
'Lah,kenapa pulak mamat ni?Aku salah sebut ke?'fikir Wardah Sakeena."Wardah Sakeena, tu nama saya.Kenapa?"
"Maaf kalau saya salah cakap tapi..."
'Dia buat suspen pulak.Sebut jelah terus.Tak payah buat aku tertunggu-tunggu.'fikir Wardah Sakeena lagi.Hati dia ni memang langsung tak boleh berhenti kan?Asyik cakap dalam hati je.Haih.
"Awak adik kembar Sarah Wardeena ke?"tanya lelaki itu.
Setelah Wardah Sakeena mendengar nama itu,fikirannya mula teringat semasa zaman kecilnya.Sebelum kemalangan itu.
'Kak Dina!Kakak aku!Macam mana mamat ni boleh tau nama Kak Dina?'fikir..sape lagi kalau bukan Wardah Sakeena.
"Awak,macam mana awak tau nama Kak Dina?Awak kenal dia?Dia kata mana sekarang?Dia sihat tak?Dia okey tak?"tanya Wardah Sakeena,bertalu-talu
"Err,banyaknya awak tanya soalan.Takpe,saya jawab satu-satu ea."balas lelaki itu sambil menggaru kepalanya,mungkin sedikit pening setelah ditanya sebanyak itu sekaligus oleh Wardah Sakeena.
"Awak dah kenalkan diri awak,saya pulak lupa nak bagitau nama saya."belum habis lelaki ini berkata,Wardah Sakeena memotong percakapannya.
"Haah,betullah.Apa nama awak ea?"
"Nama saya Areef Zafran.Sebenarnya saya..."lelaki itu menghentikan percakapannya.
'Ni memang style mamat ni ke?Asyik buat suspen?'kata Wardah Sakeena dalam hati.
"Saya suami Sarah Wardeena,kakak awak.Dan maknanya saya abang ipar awak."beritahu Areef Zafran.
Wardah Sakeena terkejut.Dia memang tak boleh terangkan bagaimana perasaannya sekarang ini.'Aku baru nak crush kat dia,rupanya dah kahwin?Dan yang paling teruk,dia suami kakak aku sendiri?!'
"Awak suami Kak Dina? "tanya Wardah Sakeena lagi bagi memastikan yang dia tidak salah dengar.
"Ya,saya suami dia.Dan alhamdulillah, sihat-sihat je.Dia ada di rumah sekarang.Mungkin tengah menunggu saya balik."jelas Areef Zafran.
Belum sempat Wardah Sakeena membuka mulutnya,lelaki itu menyambung lagi."Disebabkan situasi awak sekarang ni yang macam bahaya je.Apa kata awak ikut saya balik rumah.Boleh awak jumpa kakak awak.Lagipun rumah saya besar.Ada banyak bilik.Awak boleh duduk kat mana-mana bilik,kecuali bilik saya dan Sarah la.Oh maksud saya,kakak awak."
"Oh,tak mengganggu?"tanya Wardah Sakeena. Dia cuma takut mungkin dia akan jadi orang ketiga dalam rumah tangga Areef Zafran dan Sarah Wardeena walaupun sebenarnya dia tidak berniat.
"Tak mengapa,kami hanya duduk berdua.Kami belum dikurniakan anak.Orang gaji pun hanya datang pada hujung minggu.Jadi kalau saya pergi kerja,Sarah memang tinggal seorang diri."
Wardah Sakeena yang melihat peluang untuk keluarganya bersatu kembali terletak di hadapan mata,dia tanpa ragu menerimanya."Baik,saya setuju."
"Jom,saya parkir kereta saya di surau sana.Tadi saya berhenti sembahyang sekejap di situ.Terdengar bising-bising kat sini,tu yang saya datang."
"Nasib baik awak ada,saya tak tau apa akan jadi kat saya kalau awak tak ada."kata Wardah Sakeena.
Areef Zafran hanya tersenyum.Mereka pun masuk ke dalam kereta dan pulang ke rumah.
Tbc
Macam-macam la minah ni kat chapter ni,geram pulak aku nak menulis...
Jangan lupa vomment (vote+comment) tau!
YOU ARE READING
Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)
Mystery / ThrillerAndai aku tak mampu memilikimu,berilah aku peluang untuk menjadi pengganti dia -Wardah Sakeena- Satu tragedi tragik yang terjadi semasa zaman kanak-kanaknya membuatkan Wardah Sakeena terpisah dengan ibunya,Puan Syuhada' dan bapanya Encik Wafa' serta...