Sambungan flashback lepas
"Hishh abang ni,dekat hutan cam ni pun nak usik Zara lagi.Dah Zara tak kira,abang wajib teman Zara tengok apa yang ada kat bawah tu.Jom."Zara terus menarik tangan suaminya tanpa menyedari yang muka suaminya itu memang cuak gila!Macam nak mati pun ada.
"Mama"
"Mama"
"Abang!"jerit Zara
"Sayang,abang ada berdiri sebelah sayang je.Boleh tak jangan jerit.Abang dengar la."
"Sorry la,tapi Zara terkejut.Abang tengok tu.Ada budak."
"Ya Allah,berdarah teruk ni.Sayang,kita bawak balik rumah la.Abang dukung dia.Sayang tolong pegang lampu suluh ni"
Lampu suluh yang berada di tangan suaminya itu diambil dan suaminya terus mengangkat tubuh kecil anak perempuan yang berlumuran darah itu.
"Dah,jom.Kita balik rumah ambik kereta.Kita bawa dia pergi hospital."
"Sejak dari tu,ibu dengan ayah la yang jaga Wardah.Dan selepas kematian ayah,kita hidup berdua jelah."kata Puan Zara sambil tersedu-sedan.Dia teringat memori di mana jirannya memberitahu bahawa suaminya kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Wardah Sakeena menenangkan ibunya dengan menggosok belakamg ibunya."Ibu,ayah pergi sebab Allah sayang ayah.Kita kat sini tak boleh sedih sebab sekarang ni ayah dah bahagia kat sana. Sepatutnya kita pun happy sebab ayah dah ada kat syurga."
"Terima kasih sayang."Puan Zara memeluk anaknya dan Wardah Sakeena membalas pelukan ibunya.
Setelah pelukan terlerai,Wardah Sakeena membuka mulut,"Ibu,semenjak kematian ayah,sumber kewangan kita makin teruk.Jadi Wardah fikir,Wardah nak kerja di Kuala Lumpur."
Puan Zara terkejut,"Sayang,Kuala Lumpur tu bukan kecik tau.Luas.Sayang nak cari kerja kat mana?"
"Sebab Kuala Lumpur tu luas la Wardah nak kerja kat sana.Ibu jangan risau lah,kat sana peluang pekerjaan memang banyak.Walaupun Wardah belajar sampai SPM je,mungkin Wardah boleh mintak kerja di restoran ke.."Wardah Sakeena menjelaskan kepada ibunya.
Wardah Sakeena memang tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi walaupun keputusan SPMnya memuaskan kerana keadaan kewangan mereka yang tak mengizinkan.Namun,Wardah tidak kisah.Dia tidak mahu pembelajarannya makin membuat ibunya perlu bekerja lebih keras.
Tambahan,bila dia menyambung pelajaran bermakna dia tidak dapat membantu ibunya mencari nafkah untuk keluarga.Sekarang ini Wardah Sakeena bekerja penolong tukang jahit dia sebuah kedai jahit di kampung itu.Dengan kepakarannya menjahit baju,dia juga sedikit sebanyak dapat membantu ibunya mencari duit.
"Nanti Wardah nak tinggal di mana?"tanya Puan Zara lagi.Dia memang risau sungguh kerana Wardah Sakeena seorang gadis muda.Terlalu bahaya untuk dibiarkan berseorangan.
"InsyaAllah duit simpanan Wardah banyak.Mungkin Wardah boleh cari hotel bajet atau bilik sewa.Kat sana pun banyak jawatan kosong yang menawarkan bilik untuk pekerja.Kalau ada rezeki mungkin Wardah dapat kerja sekali dengan bilik."Wardah Sakeena terus menenangkan ibunya.
"Kalau tu keputusan muktamad Wardah,ibu tak boleh larang.Cuma pesan ibu, jaga diri elok-elok.Awak tu anak dara.Bahaya kalau berseorangan.Cari kawan yang baik-baik,dan sebaiknya perempuan juga."nasihat Puan Zara.
"Baik,ibu.Wardah ingat semua pesan ibu."kata Wardah Sakeena sambil memeluk ibunya.
...
Kuala Lumpur,8:30 malam
Hati Wardah Sakeena berbunga-bunga setelah sampai di Kuala Lumpur.Dia membawa beg galasnya turun dari bas dan mengambil beg bagasi yang diletakkan di tempat meletak beg.Dia berfikir untuk singgah di mana-mana masjid atau surau untuk solat Isyak dan merehatkan diri.Esok dia akan memulakan operasinya mencari kerja sekaligus tempat tinggal.
'Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu ini.Aku berniat berada di sini untuk membantu ibu mencari nafkah.Ya Allah permudahkanlah.Amin.'niat Wardah Sakeena dalam hati.
Dia singgah di sebuah masjid berdekatan untuk menunaikan solat Isyak.Setelah siap,dia berniat untuk tidur di situ namun tergendala kerana seorang AJK masjid tersebut mengatakan dia tidak dibenarkan tidur di masjid itu.
Wardah Sakeena hampa.Namun dia mencuba untuk mencari surau lain.'Mungkin sebab ni masjid,pakcik tu tak benarkan aku solat di sini.Cari surau kecik-kecik jelah.InsyaAllah boleh kot.'
Sedang dia berjalan di sebuah jalan,dia melihat beberapa lelaki yang sedang melepas bersama.Wardah Sakeena berasa sedikit takut.
'Ya Allah,tolong aku.Peliharalah aku Ya Allah.Hanya pada Kau aku berharap.'doa Wardah Sakeena dalam hati.
Wardah Sakeena meneruskan langkahnya namun terhenti seketika kerana sekumpulan lelaki itu memandangnya.
"Wow,ada member baru ah."salah seorang lelaki itu berkata lalu semua daripada mereka berjalan mendekati Wardah Sakeena.
Wardah Sakeena mula ingin mengangkat kaki beredar dari situ setelah merasakan sesuatu bakal berlaku pada dirinya namun tidak sempat.Lelaki-lelaki itu dengan cepat mengerikan dirinya.
"Hai,awak.Dari mana nak ke mana?"seorang budak lelaki berbaju merah bertanya.
"Abang,tolong jangan kacau saya.Saya nak cepat ni."Wardah Sakeena merayu namun tidak diendahkan.
"Eh,awak tau tak awak dah kacau port kami.Jadi sebagai balasan,awak kena la buat sesuatu untuk kami."lelaki berbaju hitam pula yang bercakap.
"Saya boleh buat apa je asalkan benarkan saya lalu dengan selamat"
"Okey,kalau awak dah setuju.Benarkan kami untuk rasa awak,boleh?"lelaki berbaju perang pula berkata.
Wardah Sakeena menelan liur."Abang,tolong jangan buat benda tu kat saya,Saya datang sini nak cari kerja.Tolonglah"
"Alala dia menangis la.Ni buat aku makin bernafsu ni " lelaki berbaju putih berkata lalu mereka terus menyandarkan Wardah Sakeena di dinding dan mencuba untuk menanggalkan pakaian Wardah Sakeena. Tangisan dan rayuan Wardah Sakeena langsung tidak diendahkan.
Setelah itu......
Tbc
Astaghfirullahalazim, terketar-ketar tangan nak tulis chapter ni.Seram pun ada.
Moga semua daripada kita dielakkan daripada segala benda yang buruk.Amin...
YOU ARE READING
Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)
Misterio / SuspensoAndai aku tak mampu memilikimu,berilah aku peluang untuk menjadi pengganti dia -Wardah Sakeena- Satu tragedi tragik yang terjadi semasa zaman kanak-kanaknya membuatkan Wardah Sakeena terpisah dengan ibunya,Puan Syuhada' dan bapanya Encik Wafa' serta...