"AAAHHH!"
"WARDAH!"
...
Sungguh,Wardah Sakeena tidak menyangka apa yang dilihatnya sekarang ini.
"Kak Sarah!Akak datang?!"jerit gadis itu lalu terus memeluk perempuan yang berdiri di hadapannya itu.
Puan Zara yang baru sampai ke lorong itu menarik nafas lega setelah melihat anaknya itu baik-baik sahaja.
Namun dia terkejut melihat Wardah Sakeena memeluk seseorang yang berpakaian putih dan mengenakan purdah di mukanya.
Dan ada seorang anak kecil di sebelahnya berpakaian jubah dan tudung berwarna ungu muda.
"Wardah,siapa ni?"tanya Puan Zara kepada Wardah Sakeena, menunjuk kepada kedua insan di hadapannnya.
"Ibu,kenalkan ni kakak Wardah."
Puan Zara terkejut.Dia sememangnya sudah mengetahui peristiwa di mana Wardah Sakeena berjumpa dengan kakaknya tempoh hari.
Tapi dia tidaklah menyangka yang dia dapat bertemu kakak kepada anak angkatnya yang sudah dijaganya selama berbelas tahun ini.
"Assalamualaikum, makcik.Saya Sarah Wardeena.Ni anak saya,Zulaikha Nadira. "ucap Sarah Wardeena memperkenalkan dirinya dan anaknya.Tangan dihulur untuk bersalaman
"Ya Allah, dapat jugak rupanya makcik jumpa dengan awak."huluran tangan disambut lalu Sarah Wardeena mencium tangan wanita berumur itu.
"Akak buat apa kat sini?"tanya Wardah Sakeena.
Sarah Wardeena memegang tangan anaknya yang kelihatan ingin berlari itu."Eh,buat apa lagi?Adik akak nak naik pelamin,mesti la akak kena datang."
Wardah Sakeena berasa terharu dan terus memeluk erat kakanya.
Sarah Wardeena yang merasakan bahunya sedikit basah pun berbunyi."Eh,jangan nangis.Pengantin baru tak boleh nangis."
Dia melepaskan pelukan itu dan mengelap air mata adiknya.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)
Mystery / ThrillerAndai aku tak mampu memilikimu,berilah aku peluang untuk menjadi pengganti dia -Wardah Sakeena- Satu tragedi tragik yang terjadi semasa zaman kanak-kanaknya membuatkan Wardah Sakeena terpisah dengan ibunya,Puan Syuhada' dan bapanya Encik Wafa' serta...