Mereka berdua melangkah keluar dari kereta dan menuju ke pintu rumah sambil berborak tidak habis-habis dari pejabat tadi.Entah apa yang dibincangkan pun tak tahu.
Namun mereka berdua terkejut dengan kehadiran sebuah kereta Perodua Ativa merah dari belakang dan masuk ke perkarangan rumah itu yang sememangnya sudah terbuka pagarnya.
"Awak,siapa tu?"tanya Wardah Sakeena. Areef Zafran hanya mengangkat bahunya.
Kemudian mereka dapat melihat sepasang suami isteri yang keluar dari kereta itu.
"Mak?Ayah?"Areef Zafran terperanjat.
Namun,di mana Sarah Wardeena? Dia mengintai di dalam perut kereta itu untuk melihat ke bahagian belakang,namun tiada sesiapa."Mana Sarah?"
Kedua orang tuanya hanya terdiam.
"AREEF TANYA MANA SARAH?APA YANG MAK DAN AYAH DAH BUAT KAT DIA?!"pertama kali dalam hidupnya,dia menengking ibunya dan buat kali kedua kepada ayahnya.
Wardah Sakeena terkejut mendengar teriakan Areef Zafran yang menurutnya sudah melampau.Dia pun menyuruh lelaki menenangkan dirinya.
Encik Rizman pun membuka bicara."Mari masuk ke dalam dulu. Dan ayah akan terangkan semuanya pada Areef,dan Wardah."
Wardah Sakeena sedikit terkejut melihat lelaki itu mengenalinya. Namun dia berpendapat mungkin Sarah Wardeena sudah menceritakannya kepada ahli keluarganya.
...
Mereka menuju ke ruang tamu kecuali Wardah Sakeena. Dia menuju ke arah tangga sebelum ibu kepada Areef Zafran menghalangnya.
"Wardah,makcik mohon Wardah duduk sekali dengar penerangan kami.Sebab benda ni ada juga kena-mengena dengan kamu."katanya wanita tua itu.
Entah berapa kali dia terkejut hari ini,namun sekali lagi dia terkejut apabila Puan Khadijah mengatakan hal ini ada kena mengena dengannya.Dengan sedikit debar,dia pun mengikut langkah ketiga-tiga orang itu ke ruang tamu.
Tanpa sempat mendudukkan dirinya,Areef Zafran sekali lagi menjerit."Sekarang beritahu Areef, mana Sarah?Dan apa yang mak dan ayah dah buat pada dia?"
Paun Khadijah menarik nafas dalam sebelum berbicara."Okey, ibu akan ceritakan.Tapu ibu mintak kamu berdua tenagkan diri.Terutama kamu Wardah Sakeena,kamu tak pernah berjumpa dengan kakak kamu kan?"
"Tak,saya pernah jumpa sekali.Masa tu Areef nak hantar Kak Dina balik kampung,dan saya dapat tengok Kak Dina dalam kereta.Tapi dari jauh la sebab saya berdiri kat depan pintu." jelasnya.
Puan Khadijah dan Encik Rizman menganggukkan kepala mereka."Tapi,makcik nak jelaskan perkara yang sebenar dekat kamu berdua."
Wardah Sakeena dan Areef Zafran pun memandang sesama mereka.
"Sarah Wardeena...."
"Dah meninggal dunia."
Tentu semua dah tau reaksi Areef Zafran dan Wardah Sakeena, kan?
Mereka sungguh terkejut.
"Apa yang mak mengarut ni?Habis,selama ni yang Areef nampak tu siapa?Hantu?Areef tahu mak dan ayah tak sukakan dia tapi kenapa perlu membohomg macam ni?Areef tak bodohlah."Areef Zafran jalan mundar-mandir di sekitar kawasan sofa itu.
"Areef, ayah dan mak tak pernah bencikan Sarah.Kalau tak,kami takkan jaga dia.Tapi kamu kena tahu,kamu tu terlalu sayangkan dia hingga tak mampu nak terima hakikat."jelas Encik Rizman.
Flashback on
"Lepas ni,aku kena pergi pasaraya jumpa Sarah.Dia kata nak jumpa aku di situ."kata Areef Zafran sebelum keluar dari syarikatnya.
Setelah memarkir keretanya di kawasan parkir yang disediakan untuk pengunjung pasaraya itu,dia pun keluar dan dia dapat melihat Sarah Wardeena yang ingin melintas jalan menuju ke arahnya.
"Sayang!"jeritnya sambil mlambaikan tangan.Dia tidak kisah dengan pandangan pengunjung lain kerana di matanya sekarang ini hanyalah seorang wanita yang dengan jelas,kelihatan sedang sarat mengandung itu.
Sarah Wardeena yang melihat suaminya itu pun membalas lambaian itu.Areef Zafran pun berlari ke arah isterinya itu namun terlambat kerana ada sebuah kereta yang dipandu dengan laju dan....
Melanggar isterinya.
Dia terpaku seketika.
Isterinya kini.
Yang tadi melambaikan tangan untuknya.
Dan kini.
Terbaring lemah.
Di atas jalan raya itu.
Dengan darah yang berlumuran.
Dia pun berlari ke arah isterinya itu dan memangku kepala isterinya.
"Sayang,tahan sayang.Abang dah suruh orang call ambulance. Sayang tahan ya.Untuk abang,untuk anak kita."tangis lelaki itu.
Pedulikan pendapat orang ramai yang mengatakan lelaki yang menangis itu lemah.Kerana kini dia mengaku,dia memang lemah melihat isterinya seperti ini.
Tangan mulus Sarah Wardeena yang penuh dengan darah itu pun mencapai pipi suaminya."Maaf,abang.Sarah tak mampu tahan."
Tangisan Areef Zafran makin kuat terdengar.
Sarah Wardeena berkata lagi."Abang,jangan sedih-sedih tau. Sarah sayang abang.Cari perempuan untuk gantikan Sarah ya?"
"Sayang jangan mengarut.Abang tahu sayang kuat.Tolong tahan sedikit lagi."namun dia panik apabila nafas Sarah Wardeena tercungap-cungap.
"Sayang,mengucap sayang.Ikut abang sayang."
"Asyhaduallailahaillallah."
"Asyh-hadu a-allailaha i-illallah."
"Waasyhaduannamuhammadan Rasulullah."
"Waasyha d-duanna Mu-muhammadan R-rasulullah..."
Sarah Wardeena pun menghembuskan nafas terakhirnya.
"SAYANG!"Areef Zafran pun menangis sekuat hatinya.Tak peduli akan pandangan semua orang yang mengerumuninya.
Flashback off
Areef Zafran pun mendudukkan dirinya di sebelah ibunya dan memeluk ibunya itu.
"Sayang..."tangisnya jatuh lagi.
Wardah Sakeena terpaku.Dia tidak tahu ingin memberi reaksi seperti apa.
Dia pun berdiri,berniat untuk menenangkan dirinya di dalam bilik.
Namun...
"WARDAH!"
Areef Zafran yang perasan Wardah Sakeena rebah ke lantai pun menyambutnya sebelum jatuh.
Dia terus mengangkat tubuh itu ke biliknya.
Tbc
Jadi ke sad scene tu?Cam tak berapa berkesan je...
Tapi siapa pulak yang Areef Zafran dan Wardah Sakeena nampak hari tu?
YOU ARE READING
Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)
Bí ẩn / Giật gânAndai aku tak mampu memilikimu,berilah aku peluang untuk menjadi pengganti dia -Wardah Sakeena- Satu tragedi tragik yang terjadi semasa zaman kanak-kanaknya membuatkan Wardah Sakeena terpisah dengan ibunya,Puan Syuhada' dan bapanya Encik Wafa' serta...