Kedengaran azan Subuh dari telefon bimbit Wardah Sakeena. Dia yang tertidur pulas bangun dan memeriksa jam pada telefonnya.
"5.30..."sebut Wardah Sakeena lalu menguap sambil meregangkan tubuhnya.
Tidur di atas katil mewah barsaiz queen buat pertama kali mungkin menjadi penyebab tidurnya lebih selesa dan lena.Opps,mungkin sebelum kejadian malang itu dia pernah tidur di atas katil besar dan empuk seperti ini tapi sejujurnya selepas dia tinggal bersama ibu dan ayah angkatnya,dia hanya tidur di atas tilam lama.Namun itu tidak menjadi penghalang untuk kasih sayang antara ibunya dan Wardah Sakeena terus terpaut erat.
Wardah Sakeena terus melangkah ke bilik air yang juga terletak di dalam bilik itu untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat Subuh.
'Ya Allah, sejuknya air.Malasnya lah.'detik hatinya.Namun dia teringat pesan arwah ayahnya yang sentiasa menyuruhnya untuk melawan sifat malas dalam diri bagi mengelakkan diri dikuasai nafsu.
"Allahuakbar. "Laungan takbir bergema di bilik yang cukup besar ibu.Wardah Sakeena menunaikan solatnya dengan penuh khusyuk kemudian ditutupi dengan doa.Meminta pertolongan dari Zat yang Maha Kuasa supaya dipermudahkan urusannya di kota Metropolitan ini.
Setelah berdoa,dia mencapai Quran kecil yang dibawanya yang telah terletak di atas meja.Ibunya sentiasa memesan,mulakan pagi dengan perkara yang baik-baik.InsyaAllah perjalanan hari tersebut juga akan baik-baik sahaja.
Sambil mengaji,Wardah Sakeena teringat di mana dahulu dia selalu pergi melihat kakaknya,Sarah Wardeena ketika bertanding di Pertandingan Tilawah Al-Quran. Suara kakaknya yang sungguh merdu itu memang dapat memenangi hati semua.Tanpa disedari,air mata Wardah Sakeena jatuh setitis demi setitis.Telekung yang makin basah tidak dihiraukan.
Ya,dia amat merindui sosok kakaknya itu.Dan kini,dia dapat bertemu dengan kakaknya setelah diselamatkan oleh lelaki yang baru dikenalinya sebagai abang iparnya.
"Kakak,Wardah rindu kakak."tangis Wardah Sakeena kedengaran perlahan namun masih dapat didengar dengan jelas.
"Wardah..."
Suara itu mengejutkan Wardah Sakeena. Dia teringat di mana semalam juga dia mendengar suara itu sebelum tidur namun di hiraukan kerana dia sudah terlalu penat.
"Wardah..."
Wardah Sakeena terus berdiri memandang sekeliling.
"Siapa tu?"
"Wardah."kedengaran suara memanggilnya dari luar bilik dengan ketukan dari pintu.
Wardah Sakeena pun berjalan ke arah pintu namun sedikit teragak-agak untuk memulas tombolnya.
Tangannya memegang tombol pintu dan perlahan-lahan memutarnya mengikut arah jam.
Dia terkejut melihat geramgan yang berdiri di depannya sekarang.
"Awak okey?"Areef Zafran bertanya.
Wardah Sakeena yang melihat lelaki itu berdiri di depan pintu berasa sedikit lega."Saya okey.Kenapa awak datang bilik saya pagi-pagi ni?"
"Tak,saya nak beritahu awak.Pagi ni saya terpaksa hantar kakak awak ke rumah ibu saya di Johor.Ada emergency."jawapan Areef Zafran memeranjatkan Wardah Sakeena.
"Habis tu,macam mana saya nak jumpa kakak saya."tanya Wardah Sakeena.
"Sekarang ni kakak awak dah ada dalam kereta.Awak nak jumpa pun mungkin tak boleh sebab sekarang ni hujan lebat sangat kat luar.Susah awak nak keluar."beritahu Areef Zafran.
Wardah Sakeena baru menyedari yang keadaan di luar sedang hujan.Dia memandang ke arah tingkap di dalam biliknya dan dapat melihat air hujan yang sangat lebat di luar.
"Tapi saya nak jumpa kakak.Please,saya rindu sangat kakak."jawab Wardah Sakeena sambil menundukkan kepalanya kerana tidak ingin Areef Zafran melihat air matanya yang kini sedang mengalir.
Areef Zafran hanya mengeluh kecil. Dia bukan tidak mahu,cuma memang tadi isterinya itu menghalang Wardah Sakeena untuk berjumpa dengannya memandangkan Wardah Sakeena berpeluang untuk sakit melihat kepada keadaan hujan sekarang.Gadis itu pula perlu keluar mencari kerja,jadi jika dia sakit akan menyukarkan operasinya.
"Hmm,apa kata awak duduk je di depan pintu.Awak boleh la tengok kakak awak dari jauh.Nanti saya bagitau kakak awak,awak ada depan pintu."kata lelaki tinggi itu bagi memberi peluang buat gadis kecil di depannya untuk melihat wajah kakaknya.
Tangisan Wardah Sakeena bertukar menjadi senyuman."Okey,saya tunggu depan pintu pun takpe.Asalkan saya boleh tengok kakak saya."
Wardah Sakeena pun mengikut Areef Zafran di belakangnya ke arah pintu utama rumah itu.Namun ketika berada di tangga,dia melihat lagi....
Wanita bertelekung semalam...
Yang kini sedang berdiri di tepi sofa di ruang tamu yang menghadap tangga itu.
Wajahnya tidak lagi kelihatan menyeramkan namun bercahaya seperti semalam.
Wardah Sakeena berasa takut lalu memalingkan wajahnya ke tepi.Namun saat dia memandang semula ke arah sofa itu,kelibat wanita itu telah tiada.
"Awak,awak pergi hantar Kak Dina lama ke?"tanya Wardah Sakeena. Dia bukan apa,dia cuma takut tinggal di rumah besar ini seorang diri.Tambahan lagi dia sudah beberapa kali melihat gerangan wanita bertelekung itu yang diyakini bukan manusia.
Tbc
Assalamualaikum!
Ha sudah,sape pulak perempuan tu kalau bukan manusia?Tapi wajah bercahaya, takkan setan wajah bercahaya kot🙃.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)
Gizem / GerilimAndai aku tak mampu memilikimu,berilah aku peluang untuk menjadi pengganti dia -Wardah Sakeena- Satu tragedi tragik yang terjadi semasa zaman kanak-kanaknya membuatkan Wardah Sakeena terpisah dengan ibunya,Puan Syuhada' dan bapanya Encik Wafa' serta...