"Ergghh."Wardah Sakeena memegang kepalanya yang sedikit pening.Matanya digosok perlahan bagi menjelaskan penglihatannya yang sedikit kabur.
"Wardah."dia dapat mendengar suara Areef Zafran memanggilnya.
Wardah Sakeena pun memandang ke arah Areef Zafran yang duduk di pinggir katilnya.
Dia mengingati semula penyebab dia pengsan sebegini.
"Kak Dina!"mulutnya mengeluarkan suara.
Dia pun beralih memandang wajah abang iparnya itu yang kelihatan dengan jelas raut kerisauan.
"Awak,tadi saya mimpi.Dalam mimpi tu saya jumpa mak ayah awak,dan diorang kata Kak Dina dah takde."beritahunya kepada Areef Zafran.
Areef Zafran hanya mampu menbatu,dia tidak mampu untuk membalas apa-apa.
"Kenapa awak diam?Kenapa awak tak balas apa-apa?"Wardah Sakeena bertanya kepada Areef Zafran sambil menggoncang tubuh lelaki itu yang hanya keras seperti patung.
Dia langsung tidak sedar akan perbuatannya itu yang memang sudah diketahui salah di sisi agama.Namun kerana kepanikannya sekarang,segala yang dilakukannya tidak diendahkan.
Dia hanya ingin mengetahui keadaan kakaknya.Dia tidak mahu kakaknya meninggalkannya yang sudah bertahun-tahun berpisah tanpa khabar.
Tiba-tiba ibu dan ayah Areef Zafran masuk ke dalam bilik itu yang baru disedari oleh Wardah Sakeena ditutup tidak ditutup.
Puan Khadijah yang membawa masuk dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air itu pun meletakkan dulang itu di atas meja solek dan beralih duduk di sebelah Wardah Sakeena.
"Nak,makcik mohon sangat Wardah boleh terima hal ni.Kakak kamu memang dah takde."ucapnya sambil menggosok lembut tangan gadis itu.
'Berat ujianmu nak.Terpisah selama berbelas tahun,dan bila sudah ditemui ditinggalkan begitu saja.'hatinya berkata.Sungguh, gadis itu sungguh kuat mengharungi semua ini.
Air mata Wardah Sakeena makin meluncur laju.Dan dia terus menjerit bagai histeria.
"AAAAAHHHHHHH!"
"Wardah,sabar.Wardah kena terima semua ni dengan hati yang terbuka."Puan Khadijah terus memeluknya,berniat menenangkan gadis itu.
Namun tak terkecuali,air matanya juga tidak mampu ditahan.
"KENAPA?!KENAPA KAK DINA TAK TUNGGU WARDAH?!"
"KAK WARDAH KEJAM!"
Jeritan gadis itu makin lama makin perlahan namun disusuli dengan air mata yang bercucuran.
Areef Zafran dan Encik Rizman yang hanya berdiri di hujung bilik itu turut mengalirkan air mata.Tidak mampu dinafikan, gadis ini lebih sedih dari mereka kerana mereka sudah lama tidak bertemu.
Namun,satu suara membuatkan keempat-empat insan itu terdiam.
"Sampai hati Wardah kata Kak Dina kejam."
Terlihat satu sosok berpakaian putih bersih bak bidadari berdiri di pintu bilik itu.
Wardah Sakeena membulatkan matanya.Itu....kakaknya!
Wardah Sakeena yang tidak mampu menahan tangisnya terus menuju ke pintu itu dan memeluk sosok kakaknya itu.
Areef Zafran membelalakkan matanya.
"Sa-sayang?"
"Ye,abang...Ni Sarah."jawab sosok itu.
Wardah Sakeena baru terperasan akan kejadian aneh ini."Tapi akak kan dah..."dia tidak mampu menyambung perkataannya.
"Akak memang dah takde,memang akak dah tinggalkan korang semua.Tapi..."tangan adiknya diraih lalu digenggam erat.
"Akak minta maaf,akak tak mampu nak bertahan lama.Tapi akak datang sekejap untuk tengok Wardah. Wardah ingat tak wanita bertelekung yang Wardah nampak hari tu?"tanya Sarah Wardeena.
Wardah Sakeena hanya menganggukkan kepalanya."Itu akak sayang,pada mulanya Wardah nampak muka akak seram sebab akak fikir Areef bawa perempuan asing masuk ke dalam rumah sesuka hati jadi akak marah.."
Areef Zafran menyedari kesalahannya.Membawa masuk gadis itu tanpa pengetahuan isterinya memang boleh dikatakan kesalahan.Dia hanya terdiam.
Namun Sarah Wardeena tersenyum pada suaminya."Tapi,bila akak dapat tahu yang dia bawa balik tu Wardah,akak terus suka.Sebab tu Wardah nampak muka akak bercahaya kan?"
"Kalau Wardah nak tahu,Areef masih tak mampu terima hakikat yang akak dah tiada.Jadi sosok akak masih ternampak di matanya."sambungnya lagi.
Wardah Sakeena pula bersuara."T-tapi,yang Wardah nampak dalam kereta tu?Tu pun halusinasi ke?"
Sarah Wardeena menggeleng."Itu memang akak.Bila akak dapat tahu Areef nak tunjukkan akak pada Wardah, akak kena munculkan diri.Nanti pelik pulak Wardah, kenapa tak nampak akak."katanya seraya mengelus pipi putih adiknya.
Wardah Sakeena hanya tersenyum merasakan elusan tangan kakaknya."Tapi,macam mana akak munculkan diri?Akak kan dah ma..."dia tidak mampu menyebut perkataan itu.Sungguh,dia tidak mampu menerima hakikat yang dia kini sudah berseorangan.
Baru tempoh hari dia diberitahu yang dia sudah kehilangan ibu dan ayah,kini dia pula menerima berita yang kakaknya kini sudah meninggal dunia.Dan dihadapannya kini....
"Jangan fikir pasal misteri ni.Semuanya atas kuasa Allah."
Wardah Sakeena terus memeluk tubuh cantik itu.
"Abang..."panggil Sarah Wardeena.
Areef Zafran menatap wajah isterinya.Sungguh,dia rindu sosok itu.
"Sarah ada kejutan untuk abang."katanya sambil memandang ke arah tangga,bagai memanggil seseorang.
Dari tangga,muncul seorang budak perempuan yang juga berpakaian hitam dan bertudung.
"Abang.."Panggil Sarah Wardeena lagi sekali sambil memegang tangan anak perempuan itu.
"Sarah kenalkan,Zulaikha Nadira."
Areef Zafran hanya memandang anak kecil itu.Dia seperti kenal nama itu.
"Abang,nanti anak kita dah lahir Sarah nak bagi nama Zulaikha Nadira boleh?"
"Zulaikha Nadira?Cantik,berseri-seri?"
Sarah Wardeena mengangguk.
"Boleh,sayang.Asalkan anak kita sihat,tu dah cukup buat abang."
Dia sudah ingat!Jadi,anak itu...
"Anak kita."
Dua perkataan itu membuatkan Areef Zafran terkejut...
Dan membuatkan air matanya makin menurun laju.
Tbc
Ya Allah,selama ni Areef Zafran bercakap dengan hantu!
Okeylah,saja nak bagitau..beberapa chapter lagi nak end ya
Sikit sangat ke?Hahahaha
YOU ARE READING
Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)
Mystery / ThrillerAndai aku tak mampu memilikimu,berilah aku peluang untuk menjadi pengganti dia -Wardah Sakeena- Satu tragedi tragik yang terjadi semasa zaman kanak-kanaknya membuatkan Wardah Sakeena terpisah dengan ibunya,Puan Syuhada' dan bapanya Encik Wafa' serta...