Areef Zafran memarkir keretanya di halaman rumahnya.Dia pun mematikan enjin lalu turun untuk membuka pintu untuk Sarah Wardeena.
"Sayang,kita dah sampai ni.Jom turun."Areef Zafran menghulurkan tangannya kepada isterinya itu.
"Hati-hati turun,ada anak kita dalam perut sayang tu."Sarah Wardeena hanya senyum mendengar perkataan suaminya sambil mengelus perutnya yang kini semakin besar.
Sarah Wardeena kini sedang sarat mengandung anak pertama mereka.Jadi,Areef Zafran amat menjaga keadaan isterinya bagi mengelakkan sebarang perkara yang buruk terjadi.
"Eh,anak ibu dah sampai.Lama ibu tak jumpa anak ibu sorang ni."terlihat seorang perempuan keluar dari rumah itu dan menuju ke arah Areef Zafran.
"Ibu apa khabar? Sihat?"tanya Areef Zafran kepada ibunya sambil menghulurkan tangan untuk menyalam wanita itu.
Ibu Areef Zafran ataupun Puan Khadijah menyambut salam anaknya itu."Sihat alhamdulillah."
Areef Zafran dapat juga melihat Sarah Wardeena menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ibunya namun ibunya bagai tidak nampak tindakan isterinya itu.
"Ibu,ni Sarah nak salam dengan ibu."kata Areef Zafran sambil menunjuk ke arah tangan isterinya.
Ibunya memandang ke arah Sarah Wardeena yang berada di sebelah kiri Areef Zafran dengan riak wajah yang sedikit ketakutan.Dia pun menghulurkan tangannya kepada Sarah Wardeena dengan tangan yang terketar.
Areef Zafran pun memang sedikit pelik dengan ibunya.Sejak kandungan Sarah Wardeena mulai sarat,ibunya melayan Sarah Wardeena bagai endah tidak endah.Kelihatan takut dan terketar-ketar.Namun Areef Zafran tidak memasalahkan itu asalkan ibunya masih berkelakuan baik dengan isterinya.
Terdengar pula suara seorang lelaki dari belakang."Ha,Areef.Dah sampai kamu ya?"
"Ayah."Areef Zafran pun menghulurkan tangan bersalam dengan ayahnya dan terus memeluk tubuh tua itu.
"Khadijah, pergilah masuk dulu.Abang nak berbual dulu dengan Areef."beritahu Encik Rizman kepada Puan Khadijah.
"Ha,ibu.Bawalah Sarah sekali."Areef Zafran pun memberi tangan isterinya kepada ibunya.
Dalam keadaan sedikit terketar,Puan Khadijah menyambut tangan itu dan bertanya."S-sarah lama ke d-duduk di sini?"
"Oh,tak lama.Dalam empat ke lima hari Areef datang ambik."balas Areef Zafran.
Sememangnya setiap bulan Areef Zafran akan menghantar Sarah Wardeena ke rumah ibunya.Ini sememangnya permintaan ibunya semasa isterinya baru mengandung memandangkan ibu bapa Sarah Wardeena sudah meninggal akibat kemalangan semasa isterinya masih kecil.
Sebenarnya keluarga Areef Zafran ialah keluarga angkat Sarah Wardeena kerana mereka menjaganya selepas kematian ibu bapanya.Puan Khadijah yang sewaktu itu bekerja di hospital di mana Sarah Wardeena dirawat selepas kemalangan itu berasa kasihan lalu mengambil keputusan untuk menjaga anak itu.
Tidak sangka pula ketika sudah dewasa,mereka akan menjalin hubungan lalu menikah.Namun sejak beberapa bulan sebelum ini,Areef Zafran sendiri pun tidak mengerti tindakan ibunya yang bagai ketakutan dengan Sarah Wardeena namun dia dapat melihat ibunya masih menjaga Sarah Wardeena dengan baik.
"Areef?"
"Areef?"
Encik Rizman memanggil Areef Zafran yang kelihatan mengelamun.
"Oh,ye ayah?"
"Mari,kita duduk di pangkin sana.Ayah nak cakap sikit."kata Encik Rizman sambil menarik tangan anaknya menuju ke arah pangkin yang terletak di bawah pokok rambutan.
Areef Zafran pun berjalan di sisi ayahnya dan mencabut kasut sebelum bersila di atas pangkin itu.
"Ayah nak cakap apa?"tanya Areef Zafran.
"Hemm..."
Encik Rizman melepaskan sedikit keluhan.
"Lepaskan dia,Areef."
Areef Zafran terperanjat.
"M-maksud ayah?"
"Lepaskan Sarah."
"AYAH!"Areef Zafran terus bangun dari duduknya.Tidak pernah dia menengking orang tuanya namun kali ini dia terpaksa.
"Apa maksud ayah?Ayah tahu kan Areef sayang Sarah.Dan dia sedang sarat mengandung.Anak Areef sendiri!"
Encik Rizman ingin menyuarakan bicara namun dipotong terlebih dahulu oleh Areef Zafran.
"Areef tahu dulu ayah tak berapa setuju masa Areef beritahu yang Areef nak kahwin dengan Sarah sebab kami dah macam adik-beradik.Tapi Areef mohon tolong,jangan suruh Areef ceraikan Sarah.Dia tengah mengandung.Dan Areef sayang dia!"dia pun terus turun dari pangkin dan menuju ke keretanya.
"Areef balik dulu,dan Areef minta dengan ayah jangan sakitkan hati Sarah.Kalau ayah tak nak Areef dan Sarah lari dari hidup ayah dan ibu jangan buat yang bukan-bukan pada Sarah."Areef Zafran terus membuka pintu keretanya lalu terus meluncur keluar dari halaman rumah itu.
Encik Rizman mengeluh."Malangnya,Areef.Sarah memang dah pergi dari hidup ayah,ibu...Dan kamu."
Encik Rizman pun masuk ke dalam rumah dengan mukanya yang sungguh kecewa.
Tbc
Kesiannya dekat Wardah,dia tak sempat pun nak tengok mak ayah dia...
Apa maksud ayah Areef? Dia kata Sarah dah pergi?
Adakah?Ha,apa dia?
YOU ARE READING
Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)
Mystère / ThrillerAndai aku tak mampu memilikimu,berilah aku peluang untuk menjadi pengganti dia -Wardah Sakeena- Satu tragedi tragik yang terjadi semasa zaman kanak-kanaknya membuatkan Wardah Sakeena terpisah dengan ibunya,Puan Syuhada' dan bapanya Encik Wafa' serta...