Chapter 1

80 5 3
                                    

Hari ni seperti biasa, kehidupan aku tiada cahaya yang menerangi hariku yang gelap gelita. Tiada pelangi yang menceriakan hari. Bagiku ini sudah menjadi lumrah kehidupanku. Tanpa teman disisi. Mujur ada Heart-chan yang setia menjadi teman alam maya yang terbaik.

Kringg!!!

Jam locengku berbunyi. Sekali lagi, aku terpaksa menjalani kehidupanku yang sangat membosankan. Sarapan, pergi ke sekolah kemudian pulang. Hanya itu aktiviti seharianku.

"Sasagawa-san, sila baca teks muka surat 15." arah cikgu mata pelajaran sejarahku.

Aku bangun dan membaca teks seperti yang diarahkan. Dalam pembacaanku dapat aku dengar bisikan suara yang sedang bercakap mengenai diriku.

"Kenapa mesti dia yang baca? Bosanlah."

"Haah. Lainlah kalau Fujikata Ryu. Kalau dia yang baca pasti aku bersemangat nak belajar sejarah."

Fujikata Ryu. Pelajar lelaki yang popular kerana rupa parasnya yang tampan. Mungkin kebanyakan pelajar lain tidak tahu bahawa dia seorang playboy.

Selesai membaca teks aku pun duduk. Kebetulan loceng yang menunjukkan waktu rehat juga berbunyi. Cikgu mengakhiri kelas dengan satu helaian tugasan yang perlu dihantar esok.

Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas. Ada yang mula menyusun meja membentuk kumpulan bersama dengan bekalan yang dibawa. Seperti biasa, aku membawa bekalanku dan pergi ke bumbung sekolah. Hanya situ sahaja tempat di mana bagiku sangat mendamaikan.

Dalam aku menikmati makananku, aku terdengar satu suara bising. Daripada apa yang aku dengar, pasti pelajar tahun 3 membuli pelajar junior.

"Tolong pulangkan bekalan saya!"

"Nak? Alala siannya. Bagilah kitorang. Kitorang pun lapar jugak. Hahaha!"

Pada awalnya aku ingin membiarkan sahaja. Tapi apabila terdengar suara esakan pelajar junior dengan automatik kakiku bergerak sendiri. Pergi menghampiri 3 orang pelajar tahun 3 yang sedang membuli pelajar junior itu.

"Pulangkan bekalan dia." kataku.

"Huh? Pulangkan? Kau siapa nak tunjuk berani?" kata pelajar tahun 3 dengan angkuh.

"Kalau korang enggan aku akan laporkan kepada cikgu disiplin." kataku. Aku tidak tahu apa yang aku rasakan. Takut? Gementar? Entahlah.

"Hahaha! Laporlah kepada cikgu disiplin. Lepas apa yang kitorang akan buat kat kau." kata salah seorang pelajar tahun 3.

Mereka mencampakkan bekalan pelajar junior dan menghampiri aku. Aku tidak berganjak. Hanya berdiri melihat mereka yang semakin menghampiri. Mereka berhenti apabila berada kurang 30cm daripada aku. Aku memandang mereka.

Mereka berbisik di antara mereka. Aku pura-pura tidak mendengar apa yang mereka bisikan. Aku tidak mahu ambil tahu. Aku yakin itu bukan perkara yang baik.

Aku mula melangkah pergi. Belum kakiku menyempurnakan langkah, rambutku ditarik.

"Nak pergi mana? Marilah main dengan kitorang."

Aku hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang patut di ucapkan. Akibat kebisuanku, mereka menarik rambutku dengan kasar membuat badanku berganjak ke belakang. Dengan serta merta rambutku di lepaskan. Aku menoleh ke belakang. Seorang pelajar lelaki menggenggam tangan pelajar yang menarik rambutku. Melihat wajah pelajar itu kemerahan aku dapat mengagak pasti lelaki itu menggenggam tangan dia dengan kuat.

"Gentleman lah sikit. Perempuan pun nak buli ke?" kata lelaki itu.

"Kurang ajar!" pelajar tahun 3 mula memberi satu tumbukan namun berjaya di tepis. Melihat keadaan itu, mereka pergi meninggalkan kami.

"Lain kali jangan tunjuk berani kalau tak berani."

Aku tidak mengerti. Apa itu berani? Tindakan aku di gelar berani? Aku tidak menghiraukan lelaki yang telah menyelamatkan aku. Aku pergi menyambung makananku yang tergendala.

"Terima kasih senpai!" kata pelajar junior itu. Aku tidak menghiraukannya. Aku hanya meneruskan langkahku. Lelaki yang telah menyelamatkanku pergi menghampiri pelajar junior itu.

My Throbbing HeartWhere stories live. Discover now