Chapter 7

15 1 0
                                    

Chihaya Natsume sampai di bumbung sekolah. Chihaya Natsume melihat di sekelilingnya. Tak ada orang. Mungkin ada yang dalam perjalanan ke sini. Kesunyian ini harus dimanfaatkan. Baru tenang nak makan. Proses pencernaan pun lancar.

Pintu di tutup. Chihaya Natsume berjalan ke hadapan lalu duduk bersandarkan pagar dawai. Makanan yang di bawa di nikmatinya. Selang beberapa suap, Chihaya Natsume ternampak satu susuk badan. Sangkaannya meleset bahawa hanya dia sahaja disitu. Namun, dibiarkan sahaja. Selagi orang itu tidak mengganggu ketenteramannya dia tidak akan melakukan apa-apa tindakan.

Tetapi, Chihaya Natsume bagaikan tertarik dengan susuk tubuh itu lalu dia menghampiri susuk tubuh itu. Bukan dekat tetapi agak jauh. Untung tempatnya agak terlindung dari situ. Pantas sahaja dia bagaikan tertarik. Rupanya Sasagawa Sakura merupakan insan tersebut. Dilihat, bekal makanan Sasagawa Sakura masih banyak tersisa. Matanya pula tertumpu pada pemandangan bandar. Chihaya Natsume agak tertanya-tanya akan apa yang dilihat Sasagawa Sakura sehinggakan dia berhenti menjamah makanan sedangkan waktu rehat semakin singkat.

Chihaya Natsume menghampiri tetapi tidak disedari oleh Sasagawa Sakura. Asyik benar dia melihat pemandangan. Chihaya Natsume turut memandang ke arah pandangan Sasagawa Sakura. Disebalik gunung-ganang yang menghijau, terdapat satu cahaya yang berkilau bak intan. Chihaya Natsume perhatikan dengan lebih jelas. Rupa-rupanya yang berkilau itu adalah laut yang biru. Akibat daripada cahaya matahari, laut itu memantulkan cahaya dan menyebabkan kilauan. Chihaya Natsume memandang mata Sasagawa Sakura. Matanya turut berkilau dan bersinar. Buat seketika dia hanyut dengan pandangan mata Sasagawa Sakura. Pandangan matanya sangat memuakau. Chihaya Natsume hanya tersedar apabila Sasagawa Sakura membalas pandangannya. Sasagawa Sakura menatap wajah Chihaya Natsume.

Chihaya Natsume agak terkejut. 'Bila pula dia pandang aku?' Chihaya Natsume hanya bertanya di dalam hantinya. Disebabkan terkejut dengan situasi tersebut, Chihaya Natsume secara spontan berlalu pergi. Sasagawa Sakura tidak memberikan apa-apa riaksi. Hanya memandang Chihaya Natsume yang berlalu pergi tergesa-gesa. Kemudian Sasagawa Sakura kembali menjamah makanan memandangkan waktu rehat hanya tinggal beberapa minit. Bagaikan tiada apa-apa berlaku bagi Sasagawa Sakura.

Chihaya Natsume menuruni tangga dengan pantas. Sehinggakan orang di depannya turut di langgarnya. Nasib tidak jatuh atau berlaku apa-apa kemalangan. Chihaya Natsume berhenti di pertengahan tangga. Tiada ada sesiapa di situ. Pada saat itu wajahnya berona merah. Tangan kanannya menutupi mulutnya. Matanya dipejamkan. Kepalanya ditundukkan menghahadap lantai.

'Apa yang aku buat tadi? Bahaya betul perempuan tu. Kena jauhkan diri dari dia,' pada saat itu, tangan kirinya berada pada dadanya. Dapat dirasakan jantungnya berdegup kencang. Tidak tahu apa punca mungkin kerana penat meneruni tangga atau tentang kejadian sebentar tadi. Yang pasti, dia bertekad untuk menjauhkan dirinya daripada Sasagawa Sakura. Ada sesuatu yang ada pada gadis itu membuatkan dirinya tertarik. Gadis itu berbeza daripada gadis yang lain.

~~~

Sasagawa Sakura sudah selesai menjamah makanan. Loceng sudah pun berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Dia berjalan menuju ke kelas. Tiba-tiba sesorang terlanggarnya dan menyebabkan dirinya terjatuh. Sasagawa Sakura mengusap belakangnya dan mengambil bekas makanannya yang terjatuh. Sebelum sempat tanggannya mencapai bekas makanannya ada satu tangan sasa yang terlebih dahulu mencapainya dan dihulurkan kepadanya. Sasagawa Sakura memandang tuan punya badan. Fujikata Ryu.

"Maaf, saya tak perasaan awak tadi. Awak okay?" tanya Fujikata Ryu, budak lelaki sekelasnya, sambil tersenyum. Pelajar popular tetapi playboy. Fujikata Ryu menghulurkan tangannya untuk membantu Sasagawa Sakura bangun. Namun Sasagawa Sakura hanya memandang sepi tangan itu dan bangun dengan kudratnya sendiri. Kini dia pula menghulurkan tanggannya. Dia inginkan bekas makanannya kembali.

Fujikata Ryu agak terkejut kerana tidak pernah ada gadis yang menolak hulurannya. Kemudian dia pula yang memandang sepi huluran Sasagawa Sakura. Sasagawa Sakura tidak memandang wajahnya tetapi memandang tangannya yang masih kemas memegang bekas makanan milik Sasagawa Sakura. Seakan-akan mengerti Fujikata Ryu memulangkan bekas makanan itu kepada tuannya. Bekas makanan itu bertukar tangan dan Sasagawa Sakura berlalu tanpa berkata apa-apa. Fujikata Ryu agak terkejut kerana tidak mendapat apa-apa respons daripada Sasagawa Sakura.

"Kau buat apa tadi? Tadi bukan Sasagawa Sakura budak kelas kita yang pelik tu?" tanya teman Fujikata Ryu, Kawamura Yuuta.

"Ya ke? Kenapa aku tak pernah perasan dia?" Fujikata Ryu bertanya mohon kepastian.

"Dia tu macam tak wujud dalam kelas. Tapi tadikan dia ada baca teks. Takkan kau tak perasan kut," kini Kawamura Yuuta pula berasa aneh dengan Fujikata Ryu. Sasagawa Sakura merupakan antara pelajar top sekolah. Masakan Fujikata Ryu tidak pernah melihat Sasagawa Sakura. Pelik pelik.

"Owh, tadi aku tertidur," dengan selambanya dia memberikan alasan sedemikian rupa. Padahal tadi dia sibuk bertukar mesej dengan beberapa orang gadis.

"Tidur ke bermesej," kata Kawamura Yuuta dengan nada perlinya. Fujikata Ryu hanya tersenyum sumbing kerana kantoi dengan temannya.

'Sasagawa Sakura, menarik.' desis Fujikata Ryu.

bersambung...

My Throbbing HeartWhere stories live. Discover now