Chapter 8

16 1 0
                                    


Sasagawa Sakura duduk di tempatnya. Buku teks dan buku nota di keluarkan. Persediaan untuk subjek seterusnya. Sementara menunggu cikgu masuk, Sasagawa Sakura menghadap ke luar tingkap. Angin yang bertiup sungguh nyaman.

Pelajar lain pula masih asyik bersembang. Semakin rancak apabila Fujikata Ryu masuk ke kelas. Riuh dengan suara perempuan gedik!

Tidak ketinggalan pelajar lelaki. Semua berkerumun di sekeliling Fujikata Ryu. Hanya segelintir sahaja yang tidak turut serta. Chihaya Natsume pula lebih selesa membaca buku.

Chihaya Natsume sesekali menjeling Sasagawa Sakura. Melihat apa yang Sasagawa Sakura melihat.

Para pelajar duduk di tempat masing-masing apabila guru sejarah masuk ke kelas dan memulakan sesi pembelajaran.
~~~
Kringgggg!!!

Loceng berbunyi tanda tiba masa untuk balik. Seperti hari sebelumnya, ramai berpusu-pusu keluar.

Sasagawa Sakura masih di tempat duduknya. Buku latihan di keluarkan. Misinya ingin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu hari ini.

Chihaya Natsume pula bangun menuju ke pusat sumber. Ingin mencari buku untuk dibaca pada masa terluang.

Kini, Sasagawa Sakura bersendirian di dalam kelas. Tingkap dibuka membenarkan angin dingin mencium kulitnya. Dingin musim luruh dibiarkan sahaja.

Fujikata Ryu masuk ke dalam kelas kerana tertinggal telefon bimbitnya dibawah meja. Sangkanya tiada sesiapa di dalam kelas. Rupaya masih ada insan yang masih tekun menyiapkan tugasan.

'Tekun sangat buat kerja rumah sampai aku yang handsome ni pun dia tak perasan. Perhati lama-lama, dia ni cantik jugak. Cantik semula jadi. Muka bersih tanpa make up.' Fujikata Ryu meneliti setiap inci susuk tubuh Sasagawa Sakura.

'Biar aku try tackle dia. Mesti dia cair dengar suara romantis aku.' Fujikata Ryu terus bermonolog sendirian. Sempat berbangga dengan dirinya.

"Hai awak! Tengah buat apa?" Fujikata Ryu mula membuka bicara.

Senyap.

"Awak?"

Masih tiada balasan daripada Sasagawa Sakura.

'Aku rasa aku tengah cakap dengan meja. Tak pernah ada perempuan yang tak nak bercakap dengan aku.' Kata suara hati Fujikata Ryu.

Belum sempat Fujikata Ryu bersuara, Sasagawa Sakura berhenti menulis. Wajah di paling menghadap ke luar tingkap. Fujikata Ryu berasa aneh dengan perlakuan Sasagawa Sakura.

Fujikata Ryu mengambil keputusan untuk menghadap apa yang dilihat Sasagawa Sakura. Kelihatan sekumpulan burung bertembangan di udara. Diiring dengan tiupan angin yang lembut memukul pipi. Terasa bagai di laut.

Matahari mulai terbenam. Membuatkan laut dia antara gunung bersinar bagai intan mutiara. Menyilaukan pandangannya lalu Fujikata Ryu tertunduk dan meihat Sasagawa Sakura.

Pada saat itu, masa seakan-akan berhenti. Jantungnya berdegup kencang tatkala melihat wajah Sasagawa Sakura yang bersinar. Angin yang bertiup menolak lembut rambut Sasagawa Sakura yang panjang.

Hanya satu perkataan yang dapat diungkap.

"Cantik.." Fujikata Ryu terus menekup mulutnya dengan telapak tangan kanan. Terlepas pulak!

Namun, Sasagawa Sakura tidak memberi riaksi. Masih dalam dunianya sendiri. Fujikata Ryu bertambah aneh dengan sikap Sasagawa Sakura. Namun, hanya satu yang pasti. Dia sudah jatuh cinta dengan Sasagawa Sakura!

Fujikata Ryu mengambil keputusan untuk meninggalkan kelas dan pulang. Senyuman terukir di bibir Fujikata Ryu.
~~~
Chihaya Natsume duduk di tempat di mana Sasagawa duduk semalam setelah mendapat buku yang dicari.

Sesekali Chihaya Natsume menoleh ke arah tingkap. Tangan dan kakinya bagaikan ditarik magnet menghampiri tingkap lalu dibukanya. Angin yang bertiup dingin menyapa kulitnya.

Namun, dia tidak menyesal kerana dapat menikmati keindahan alam. Mungkin ini yang selalu dilihat oleh Sasagawa Sakura.

Chihaya Natsume meneruskan bacaannya. Dia hanya pulang apabila perpustakaan ingin ditutup.
~~~
Chihaya Natsume bertembung dengan Sasagawa Sakura di loker kasut. Sasagawa Sakura pula seperti tidak menyedari kewujudannya. Dibiarkan sahaja Sasagawa Sakura dengan dunianya sendiri.

Tanpa disedari, Chihaya Natsume mengekori Sasagawa Sakura. Bukan mengekori tapi kebetulan satu jalan!

Satu persatu orang yang mereka selisih menyapa dengan senyuman kepada Sasagawa Sakura.

Sasagawa Sakura membalas dengan menundukkan kepalanya.

'Dekat sekolah orang tegur tak pulak dia nak bagi respond, mak cik-mak cik sapa tunduk pulak.' Chihaya Natsume bertambah aneh dengan sikap Sasagawa Sakura.

Sampai di satu simpang, Sasagawa Sakura melangkah ke kanan.

'Macam kenal je jalan ni.' Chihaya Natsume berkata di dalam hati. Sungguh dia sangat kenal jalan yang di lalui Sasagawa Sakura.

Cihaya Natsume mengambil keputusan untuk mengekori Sasagawa Sakura.

Chihaya Natsume berhenti apabila Sasagawa Sakura masuk ke perkarangan rumah. Rumah dia barangkali. Chihaya Natsume melihat papan tanda nama yang terpapar.

'Kediaman Sasagawa'

'Bila difikirkan balik, Sasagawa, macam pernah dengar. Rumah ni pun..' lamunannya terhenti apabila bunyi derapan kaki bergendang di dalam telinganya.

Dengan pantas Chihaya Natsume meninggalkan rumah Sasagawa. Dia akan siasat tentang perkara ini. Apakah Sasagawa Sakura seperti yang difikirkannya?

My Throbbing HeartWhere stories live. Discover now