Chapter 2

27 3 0
                                    

"Semua pelajar sila duduk tempat masing-masing." arah cikgu matematik merangkap guru kelasku.

"Hari ini kita dapat pelajar baru. Mungkin antara kalian kenal dengan dia kerana dia pernah tinggal di sini sebelum berpindah ke Osaka." sambung cikgu.

Semua pelajar berbisik-bisik sesama mereka. Yang paling hangat berbisik adalah perempuan. Pasti mengharapkan pelajar tersebut merupakan pelajar lelaki. Yang lelaki mengharapkan perempuan. Aku tidah mengerti kenapa perlu mereka berbuat demikian. Lelaki atau perempuan tidak penting. Yang pasti mereka ialah pelajar baru.

Cikgu menjemput pelajar itu masuk. Tatkala melihat kaki yang melangkah memakai seluar, aku terdengar keluhan dari pelajar lelaki. Aku tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut. Aku mengalihkan pandanganku keluar tingkap. Nasib baik tempat dudukku di tepi tingkap. Dapatlah aku menikmati pandangan di luar.

"Nama saya Chihaya Natsume. Selamat berkenalan." kata pelajar itu ringkas sambil menundukkan kepalanya.

Aku terdengar beberapa bisikan dari pelajar perempuan. Ada yang positif dan ada yang sebaliknya. Yang positif...

"Boleh tahan lah muka dia. Nampak matang."

Yang negatif...

"Aku rasa dia mesti nerd. Tengoklah dia. Pakai cermin mata, pandang ke bawah. Nampak tak confident."

Nampaknya yang negatif lebih mendapat sambutan. Aku tidak nampak keperluan untuk mengkritik seseorang. Setiap manusia berlainan perwatakan. Tetapi manusia suka mengkritik. Seperti mereka yang paling sempurna.

"Kamu boleh duduk di sebelah Sasagawa Sakura." kata cikgu seraya menunjukkan jarinya ke arah satu meja kosong di sebelahku. Meja di sebelahku memang kosong.

Aku tidak menoleh tatkala pelajar baru itu, Chihaya Natsume menarik kerusi kemudian duduk. Wajahnya tadi pun tidakku renung. Aku hanya memandang ke luar tingkap. Cikgu pula tidak menghiraukanku. Mungkin kerana markah ujianku yang agak bagus menyebabkan cikgu yakin bahawa aku menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas. Apabila cikgu mula memulakan pembelajaran barulah aku mengalihkan pandangan ke arah cikgu.

Tiada bicara dari mulutku sehinggalah pelajar baru, Chihaya Natsume membuka mulutnya.

"Kita berjumpa lagi. Tak sangka kita satu kelas ya budak berani."

Aku hanya mendengar tanpa menoleh. Hanya memberikan tumpuan kepada pembelajaran yang sedang berlangsung. Chihaya Natsume juga turut mengalihkan pandangannya ke depan. Mungkin kerana tidak mendapat sebarang tindak balas daripadaku. Sekali lagi, hariku menjadi gelap gelita tanpa cahaya dan pelangi.
~~
Kringg!!

Loceng berbunyi menandakan waktu balik telah pun tiba. Semua pelajar mengemaskan buku dan alatan menulis dan mula bergerak meninggalkan kelas. Ada yang pulang dan ada yang pergi menghadiri aktiviti kelab. Setelah selesai memgemas aku tidak terus beredar. Aku hanya duduk dan menghadap pemandangan luar.

Dari sini aku boleh nampak pasukan bola sepak, baseball, judo dan ahli trek sekolah membuat larian. Tidak ketinggalan sekumpulan pelajar perempuan yang berjalan mengelilingi seorang pelajar lelaki. Aku dapat mengagak siapakah lelaki tersebut. Fujikata Ryu. Setia melayan kerenah mereka. Setelah 15 minit berlalu, aku bangun dan beredar menuju ke pusat sumber. Kalau aku pulang sekali pun tiada apa yang dapat aku lakukan.

Ibu dan ayah seperti biasa sibuk dengan kerja. Ayah merupakan bekas permain piano yang terkenal. Namun akibat kemalangan, jarinya patah dan tidak dapat bermain piano dengan baik seperti dulu. Tapi bagiku ayah bermain dengan baik sekali. Sekarang ayahku bekerja sebagai komposer lagu. Ramai penyanyi mendendangkan lagu hasil karya ayahku. Ibu pula merupakan seorang jururawat. Ibu pernah menjaga ayah ketika ayah di masukkan ke hospital. Kata ayah, ibu menjadi cahaya dalam hidupnya tatkala hidupnya menjadi gelap. Aku tidak mengerti. Kenapa manusia biasa boleh menjadi cahaya yang tidak berjisim?

Segala tanda tanya itu aku simpan di dalam hati. Aku meneruskan perjalananku ke pusat sumber.

My Throbbing HeartWhere stories live. Discover now