Chapter 9

8 2 2
                                    

Chihaya Natsume (aku)

'Sasagawa..' nama keluarga Sasagawa Sakura terus-menerus bermain dalam fikiran aku.

"Meow.." bunyi kucing perliharaan aku mematikan lamunan. Aku tersenyum lalu mengangkat kucing itu dan memeluknya.

"Fuyu dah makan?" tanya aku. Kucing yang dipanggil Fuyu menginyau bagai mengiyakan pertanyaan aku. Seakan-akan Fuyu mengerti apa yang aku katakan.

Aku tersenyum. Terlupa sebentar mengenai Sasagawa. Aku belai kucing itu penuh kasih. Kucing itulah yang menjadi peneman aku dikala ibu bapanya sibuk mencari sesuap nasi.
~~~

Sasagawa Sakura (aku)

Aku merenung di luar jendela. Duduk di atas kerusi piano yang berada di ruang tamu. Langit biru dipandang tanpa mata berkedip.

Langit biru yang cerah. Tanpa awan yang melindung cahaya matahari. Entah kenapa aku suka akan perkara yang berkilau. Sejak bila dan kenapa masih menjadi persoalan.

Aku memejamkan matanya. Silau pula matanya akibat memandang cahaya matahari yang terang. Jariku diletakkan di atas kekunci piano. Kemudian, jariku mula bermain dan satu melodi merdu mula terhasil.

Satu melodi yang lembut dan mengasyikkan. Melodi yang mampu menenangkan hati semua orang.

"Sakura!"

Tersedar tersedar dan jari berhenti bermain dengan kekunci kerana suara ayah.

"Kamu buat apa Sakura?" Tanya ayah, Sasagawa Hatori.

Aku hanya mendiamkan diri. Satu keluhan aku dengar dari mulut ayah. Aku memandang ayah. Aku lihat dia tersenyum. Tapi matanya... aku tak suka. Daripada mata ayah aku tahu dia sedih. Sedih dengan perubahan sikap aku.

Aku menundukkan wajah memandang piano. Aku dapat merasakan ayah berada di belakang aku. Ayah menarik satu kerusi dan duduk di sebelah aku.

Kemudian ayah memainkan lagu Twinkle twinkle little star. Ayah pernah cakap yang aku dulu suka main lagu tu. Jujur aku cakap, sekarang pun aku masih suka lagu tu.

Aku berasa tenang. Lagu ayah sentiasa mendamaikan aku. Lama ayah bermain hingga ke malam. Tidak sedar waktu berjalan dengan pantas. Waktu ibu pulang baru kami tersedar.
~~~

Hari ni aku ditugaskan untuk menyiram pokok bunga di belakang sekolah. Jadi aku keluar lebih awal dari biasa. Dalam perjalanan, aku terserempak dengan Chihaya Natsume.

"Selamat pagi," ucap Chihaya Natsume. Aku membalas dengan anggukan.

Chihaya Natsume berjalan di belakang aku. Tanpa sepatah kata, kami sampai di sekolah. Aku meletakkan beg aku dan segera turun ke taman belakang.

Segera aku menjalankan tugasku.
~~~

Chihaya Natsume (aku)

Dalam perjalanan ke sekolah, aku terserempak dengan Sasagawa Sakura. Aku mengucapkan selamat pagi. Aku berjalan di belakang. Dalam perjalanan aku bersoal dengan diriku sendiri.

Awal dia datang ke sekolah?
Memang dia biasa datang awal ke?
Macam-macam lah. Tapi tidak pula aku nak bertanya.

Hari ni aku bertolak awal sebab nak pusing kawasan sekolah. Pasti tidak ramai pelajar pada jam sekarang. Tidaklah aku memjadi tumpuan. Boleh aku pusing dengan tenang.

Seperti yang dijangkakan, masih tidak ramai pelajar di sekolah. Aku melihat Sasagawa Sakura keluar dari kelas selepas meletakkan begnya.

'Ke mana dia nak pergi bukan ada kaitan dengan aku.' Itu yang aku fikir tapi bukan apa yang aku buat.

Aku mengikutnya dari belakang. Aku berjalan agak jauh dari dia supaya dia tidar sedar akan kehadiran aku. Entah kenapa aku mengekorinya. Dia macam ada sesuatu yang membuatkan aku tertarik.

'Owh, siram pokok rupanya,' aku bermonolog. Aku perhatikan dia dari tingkap bangunan. Mata aku tidak lepas dari dia.

Sorry sebab dah lama tak update 🙏 idea tak ada nak tulis. Plus tengah fokus untuk cerita saya yang lain. Huhuhu. Kalau ada idea untuk plot seterusnya boleh berikan cadangan.

My Throbbing HeartWhere stories live. Discover now